Ukm-RAL-Manushantini Pillai's 9.A2 : AKTIVITI 2 - OpenLearning

Soalan

Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam gambar rajah di atas, tuliskan satu kertas refleksi mengenai peranan pendidikan di dalam membina kesepaduan sosial berdasarkan pengalaman anda sendiri.
Jika dilihat dari sudut pendidikan, pakar-pakar pendidikan terdahulu sering merujuk dan terbawa bawa dengan pandangan bahawa antara tujuan utama pendidikan ialah untuk perpaduan.Pendidikan juga menjadi satu instrumen untuk menyediakan proses kepada pengisian kesepaduan sosial. Faktor fizikal dan sekitaran merupakan antara faktor penting untuk mendidik rakyat Malaysia ke arah membina kesepaduan. Sebagai contoh, konsep matrikulasi yang pada suatu masa dahulu hanya diberikan keutamaan kepada pelajar Bumiputera Malaysia, kini konsepnya telah berubah dan mula menerima pelajar bukan Bumiputera. Semasa di matrikulasi , saya telah ditempatkan sebilik dengan tiga orang rakan yang berlainan kaum daripada saya. Mereka merupakan kaum Melayu. Sepanjang lapan bulan di matrikulasi, saya telah mempelajari pelbagai adat orang Melayu serta saya berpeluang untuk memahami dengan lebih jelas tentang agama Islam. Kami tidak pernah sekali mempunyai perselisihan antara satu sama lain oleh sebab kami sentiasa menghormati antara satu sama lain. Selain itu, kawasan perumahan saya yang terdiri daripada pelbagai kaum juga telah mengajar saya ke arah kesepaduan sosial. Semasa zaman kanak-kanak, saya seringkali mengunjungi rumah rakan yang berlainan kaum untuk main congkak dan menikmati juadah yang disediakan oleh ibunya. Secara tidak langsung, saya telah mempelajari tradisi kaum Melayu di samping mengeratkan tali silaturahim. Oleh itu, kita dapat melihat bahawa faktor fizikal dan sekitaran, misalnya susun atur bangunan dan pilihan rakan sebilik atau budaya masyarakat setempat dapat merupakan faktor vital dalam membina kesepaduan sosial. Seterusnya, penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua telah memainkan perananya dalam membina kesepaduan sosial.Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Tindakan ini telah mengurangkan masalah 'language barrier' sebagai alasan kepada ketidaksefahaman antara kaum yang berbeza. Di samping itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan bukannya bahasa Inggeris, telah mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia kerana ia menimbulkan perasaan cinta akan negara. Perkara ini dapat saya lihat semasa zaman persekolahan dan sekarang di zaman universiti. Sehubungan dengan itu, pengisian ko-kurikulum dan kurikulum juga dapat mendidik masyarakat Malaysia ke arah membina kesepaduan sosial. Sebagai contoh, semasa zaman sekolah rendah dan sekolah menengah, kami telah didedahkan dengan matapelajaran Sivik serta Pendidikan Moral yang menitikberatkan perpaduan antara kaum-kaum yang berbeza. Kami juga dikehendaki melaksanakan aktiviti praktikal yang telah meningkatkan lagi kesedaran dalam memupuk kesepaduan dalammasyarakat majmuk ini. Tindakan sebegini tidak terhad kepada sekolah primer dan sekunder sahaja, malah telah diimplikasikan ke tahap universiti juga melalui subjek Hubungan Etnik. Selain itu, sukan dapat seccara tidak langsung mendidik rakyat Malaysia tentang semangat kekitaan.Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.Kesenian juga dapat menjadi instrumen untuk mendidik seseorang tentang budaya kaum lain di samping meningkatkan rasa hormat terhadap kaum tersebut. Saya dapat mengamalkan perkara ini ketika saya menyertai persembahan menari tarian tradisional kaum Melayu. Akhirnya ialah kepelbagaian pelajar dan pengajar heterogen dapat mendidik masyarakat Malaysia ke arah membina kesepaduan Malaysia. Semasa zaman sekolah rendah dan menengah, saya telah memasuki sekolah kebangsaan harian dan didedahkan dengan pembelajaran dalam suasana kepelbagaian etnik. Rakan-rakan sekelas serta guru-guru saya terdiri daripada pelbagai kaum. Saya rasa perkara ini telah membentuk diri saya untuk mempunyai fikiran yang lebih terbuka untuk menerima dan menghormati perbezaan agama dan adat yang diamalkan oleh kaum lain. Tambahan pula, saya berjaya untuk menguasai bahasa Malaysia dan dapat bertutur bahasa tersebut dengan lancar kerana kami asyik menggunakannya sebagai bahasa pertuturan antara rakan-rakan yang erdiri daripada kaum yang berbeza.

Comments

Chat