SITI RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABDUL GHANI
KIB160046
UNIVERSITI MALAYA
KUMPULAN PENGAJARAN 17
DR NOOR AIN
1.
(a) Saya seorang yang tipis batas etniknya. Hal ini adalah kerana saya telah didedahkan kepada persekitaran yang mana ianya terdiri daripada pelbagai etnik, sejak kecil lagi. Saya telah bergelak tawa, bermain, belajar dan hidup dengan individu yang datang daripada pelbagai etnik, oleh itu ianya menjadikan saya seorang individu yang berfikiran terbuka. Dimana saya merasa senang untuk bekerja dengan mereka. Walaupun ada sesetengah individu daripada etnik tersebut yang tidak dapat atau susah untuk bekerja dengan saya. Selain itu, saya juga bersyukur kerana dengan bersosial dengan individu daripada pelbagai etnik, saya dapat sedikit sebanyak maklumat mengenai etnik tersebut sama ada dari segi cara bersosial, adat dan pemakaian. Dengan adanya pengetahuan sebegitu, dapatlah saya menanam semangat cinta akan negara. Ini ada kerana saya faham bukan mudah untuk mengekalkan perpaduan dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Saya juga mengambil peluang itu untuk menjadikan topik tersebut sebagai topik perbincangan dengan mereka dimana ianya akan mengeratkan hubungan sesama etnik. Saya juga ada pengalaman, hidup dalam sebuah masyarakat dimana hanya saya seorang yang datang daripada etnik yang berbeza. Akan tetapi, dengan menjadi seorang yang tipis batas etniknya, saya dapat bersosial dengan baik dengan mereka. Jalinan kemesraan juga berkekalan dalam tempoh yang panjang. Dengan adanya kemesraan antara pelbagai etnik ini, kedamaian juga perpaduan negara dapat dipelihara.
(b) Pengalaman saling kebergantungan pertama yang saya alami adalah ketika saya masih dikaki bangku sekolah. Dimana sebuah persembahan telah dipraktiskan untuk majlis anugerah pelajar. Persembahan itu telah melibatkan pelbagai etnik yang ada di Malaysia. Sebagai seorang individu yang datangnya daripada kumpulan etnik minoriti, kumpulan etnik yang lain tidak pernah mengabaikan saya. Akan tetapi, mereka sangat bertimbang rasa dan memahami saya dalam menjelaskan ketidakfahaman yang saya alami. Ada juga peristiwa lain yang sangat memberi kesan kepada saya, dimana beberapa sahabat saya yang berbangsa Cina dengan rela dan sepenuh hati mengajar untuk memahamkan saya berkenaan dengan topik tertentu. Apa yang saya dapat ambil daripada peristiwa tersebut adalah kita haruslah menghulurkan bantuan dalam pelbagai aspek tanpa mengira bangsa juga agama. Peristiwa seterusnya sering berlaku sama ada ketika menunggu bas, menunggu pesanan makanan sampai ataupun ketika kita sedang berjalan. Dimana datangnya saya atau individu lain yang ingin bertanyakan arah, dengan senyuman ikhlas, nada suara yang lembut si pemberi maklumat memberi penerangan. Kita tahu ianya hanya satu perbuatan yang sangat mudah. Tapi bagi saya, kesan daripada layanan sebegitu dapat mengubah hati yang gelisah disamping mengukir senyuman disebalik wajah individu yang bertanya juga yang memerhati. Oleh itu, kita hendaklah menghulurkan bantuan dengan ikhlas tanpa mengira darjat, kedudukan, agama juga bangsa.
(c) Takrifan harian adalah realiti sosial yang dialami oleh orang ramai dalam kehidupan harian mereka manakala takrifan autoriti adalah realiti sosial yang ditakrifkan oleh pihak yang menjadi struktur kuasa dominan dalam negara. Berikut adalah definisi tarifan harian dan takrifan autoriti secara umum. Berdasarkan pengalaman saya selama ini, apa yang saya dapati kedua-dua takrifan ini akan dipraktikkan mengikut situasi. Sekiranya perbincangan sesuatu topik dibuat dalam kalangan satu bangsa adalah baiknya untuk kita mempraktikkan takrifan autoriti. Sebagai contoh orang-orang kampung yang hanya terdiri daripada bangsa Melayu telah mengadakan mesyuarat bagi memutuskan sesuatu perkara. Dengan itu adalah lebih baik jika kita menggunakan bahasa melayu agar maklumat mudah untuk disampaikan dan difahami. Selain itu, kita juga perlu menggunakan peluang tersebut bagi mengamalkan adat resam dan budaya kita. Bagi takrifan harian, kita dapat lihat dalam sistem pendidikan. Dimana kita menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Hal ini adalah kerana ianya akan memudahkan pelajar juga para pendidik. Setiap individu menggunakan bahasa Inggeris walaupun ianya bukan bahasa asal kita. Takrifan harian ini dipraktikkan atas sebab-sebab tertentu sebagai contoh kita gunakan bahasa Inggeris agar ianya akan memudahkan kita bagi mendapatkan maklumat yang luas juga pada masa hadapan seperti peringkat pelajaran tinggi juga pekerjaan. Akhir kata, takrifan autoriti dan harian ini mempunyai kesesuaian yang mana ianya berpandukan situasi yang kita alami.
(d) Rundingan sosial yang pernah saya praktikkan dalam kehidupan saya ialah akomodasi, akulturasi juga asimilasi. Apa yang saya praktikkan menerusi proses akomodasi adalah saya sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain. Dimana saya tidak berasa benci untuk melihat mereka mempraktikkan adat resam mereka. Sebaliknya saya belajar adat resam mereka agar sedikit sebanyak dapat membantu mereka di hari kelak. Sebagai contoh ketika saya hadir ke majis perkahwinan orang Melayu, saya dapat lihat adat berinai juga makan beradab mereka. Dengan itu, saya dapat menghulurkan sedikit pertolongan pada masyarakat Melayu dalam mempersiapkan majlis berinai juga makan beradab mereka. Selain itu, saya juga berpeluang untuk mempraktikkan konsep akulturasi dalam hidup saya dimana saya menerima suatu unsur kebudayaan dalam kalangan kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain dan mengolah sehingga unsur kebudayaan asing itu diterima. Sebagai contoh, design baju kurung telah dikombinasikan dengan unsur-unsur budaya lain seperti Cina. Dimana butang baju kurung itu digantikan dengan butang baju Cheong Sam. Seterusnya, saya sebagai kumpulan minoriti telah mengamalkan budaya kumpulan majoriti bagi mengurangkan batas etnik. Ianya terkandung didalam proses asimilasi, iaitu proses percantuman dan penyatuan antara etnik. Hal ini dapat dilihat dimana saya sekeluarga menjalankan majlis perkahwinan yang mana adat resamnya merupakan percantuman antara etnik minoriti dan majoriti. Proses asimilasi ini hanya berlaku dalam konteks budaya sahaja. Hal-hal ini harus diterima agar kita dapat hidup dalam suasana harmoni dan penuh dengan toleransi.
2.

Saya sebagai agen penyatuan akan memainkan 3 peranan penting dalam merealisasikan negara perpaduan berbilang kaum. Pertamanya, ketua kampung hendaklah memainkan peranannya dalam memupuk perpaduan antara bangsa. Antara langkah yang boleh dijalankan ialah dengan menjalankan aktiviti mingguan yang berkait rapat dengan bangsa seperti membangunkan pasar-pasar yang mana jual belinya dijalankan dengan menggunakan bahasa-bahasa terpiliih. Sebagai contoh pada minggu pertama, jual beli akan dibuat dalam bahasa Dusun untuk Negeri Sabah begitu juga yang lain-lain. Pengunaan bahasa itu tidaklah sepenuhnya, mungkin cukuplah sekadar yang memahami agar kita dapat merasai budaya bangsa lain. Bagi para ibu bapa, mereka hendaklah memberi sedikit sebanyak pendidikan mengenai kepelbagaian bangsa di Malaysia sejak kecil lagi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah membawa anak-anak untuk mengisi masa lapang dengan menari tarian tradisional, seperti mana yang saya katakan untuk langkah yang sebelum ini, aktiviti sebegini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada anak-anak. Hal ini adalah untuk melahirkan anak-anak bangsa yang tidak kekok dengan bangsa lain. Selain mempraktikkan proses akomodasi. Dan peranan yang terakhir haruslah dimainkan oleh barisan pelajar. Seperti apa yang kita ketahui, golongan pelajar adalah kumpulan paling besar dalam negara ini. Oleh itu, saya menyarankan institusi pelajar agar mengadakan festival seni dimana mereka akan mempersembahkan seni budaya bangsa lain. Hal ini dapat merapatkan hubungan antara pelbagai bangsa. Sebagai contoh orang India akan melatih orang Cina, Melayu juga Bumiputera Sabah Sarawak untuk menari tarian tradisional India. Dengan itu, mereka dapat bekerja dengan baik walaupun didalam satu kumpulan itu terdiri daripada berbilang kaum.