Toong's 3.A3 : Aktiviti 3 - OpenLearning
No.  Tajuk Bidang Laporan/Catatan ringkas
1 Perubatan tradisional Kesihatan

Terdapat pelbagai rawatan tradisional yang disediakan yang dapat digunakan oleh seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Kaum Melayu terkenal dengan penggunaan tumbuh-tumbuhan semula-jadi atau herba seperti kacip Fatimah, tongkat Ali, pokok tetulang.

Kaum Cina pula sangat terkenal dengan rawatan akupunktur iaitu rawatan yang menggunakan jarum-jarum halus dandicucuk di titik khusus di badan bagi melegakan penyakit. Selain itu, kaum Cina juga ada mengunakan herba Cina untuk penyaman badan.

Kaum India pula terkenal dengan rawatan Ayurveda, Siddha, Kappa dan pelbagai lagi.

2

Sukan tradisional mengikut kaum

Sukan dan rekreasi

Terdapat pelbagai sukan tradisional yang di Malaysia dan dimainkan oleh pelbagai kaum bersama-sama.

Kaum Melayu sangat terkenal denganpermainan seperti congkak,batu seremban,wau , gasing dansepak raga.

Kaum Cina pula terkenal dengan Xiang QI,Manjong, Qi gong, Taiji dan lain-lain.

Kaum India terkenal dengan sukan tradisional ula Kabadi, Chaturanga dan Kho.

3

Amalan pantang larang selepas bersalin

Adat resam

 Bagi amalan pantang larang selepas bersalin, pelbagai kaum mempunyai amalan pantang larang tersendiri. Tetapi tujuan bagi pantang larang semua kaum selepas bersalin adalah untuk menjamin kesihatan ibu-ibu tersebut.

Kaum Melayu bagi seseorang ibu yang melahirkan anak akan dijaga selama 44 hari. Masa ini juga dikenali sebagai masa berpantang dan ibu yang baru bersalin akan dikenakan beberapa pantang larang. Dalam tempoh ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi dengan berpantang dengan menggunakan herba-herba, rempah dan minyak untuk membolehkan mereka sembuh dan segar sepenuhnya.

Kaum Cina pula ibu-ibu dilarang keluar dari bilik semasa cuti bersalin sebelum kanak-kanak itu mencapai umur bulan penuh. Segala makanan akan disediakan oleh ibunya atau sebelah ibu saudara lakukan. ibu-ibu yang bersalin tidak dibenarkan mandi atau mencuci rambut sepanjang waktu berpantang, iaitu sekurang- kurangnya 30 hari.

Kaum India, ibu-ibu tidak dibenarkan makan makanan laut  jika ibu menyusukan anak, kerana ia akan menyebabkan muntah dan ruam pada bayi.Sayuran dan buah-buahan yang sejuk dan berangin seperti kubis, terung dan anggur tidak dibenarkan. Minum terlalu banyak tidak dibenarkan. Hanya air susu panas atau air suam boleh diminum.

4

Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian 

Agama; Budaya; adat resam & kepercayaan

 Setiap kaum mempunyai keunikan bagi upacara perkahwinan dan kematian. Walaupun begitu, mereka boleh menyertai upacara perkahwinan atau kematian mereka walaupun tidak sama etnik.

Bagi kaum Melayu, mereka menuruti kaedah pengkebumian berasaskan garis panduan al-Quran dan as-Sunnah dan diselitkan dengan sedikit adat-adat kemelayuaan. Pertamanya,semasa berlakunya kematian, keluarga si mati akan menghebahkan kematian kepada imam atau siak yang berada di masjid seterusnya masyarakat sekitar.Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi tunjang bermulanya kehidupan sesebuah keluarga . Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam,perkahwinan Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu sangat dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dilaksanakankan secara meriah dan penuh adat istiadat 

Bagi kaum Cina, apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik.Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yangmembawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatursamada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untukmemilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

 

Bagi kaum India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suaminya meninggal dunia.Dalam perkahwinan, seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. 

5

Makanan/Minuman tradisional

Makanan; Budaya

 Makanan yang terdapat di Malaysia merupakan salah satu keunikan bagi negara kita. Rakyat Malaysia juga berasa bangga akan keunikan ini dan berasa syurkur dapat menikmati makanan yang pelbagai di negara sendiri.Dan kebanyakan rakyat mengetahui cara membuat makanan kaum lain.

Kaum Melayu mempunyai makanan seperti Nasi Lemak, Kuih, Bahulu dan lain-lain.

Kaum Cina mempunyai makanan Dim Sum, Ba Zang, Nasi Ayam Hainan dan lain-lain

Kaum India pula mempunyai makanan Maruku, Capatti, Roti canai dan banyak lagi.

6

Perjuangan kemerdekaan

Politik

 Perjuangan kemerdekaan Malaysia bukan jasa satu etnik sahaja tetapi dari usaha semua etnik di Malaysia, kita baru dapat hidup dalam negara yang aman dan harmoni.Tunku Abdul Rahman (Bapa Kemerdekaan), Tun Tan Cheng Lok (Pengasas MIC) dan Tun V.T Sambanthan (Presiden Kongres India Malaya) pernah berjuang untuk mendapat kemerdekaan negara kita. Walaupun dulu berlaku konflik etnik tetapi usaha pemerintah kita telah menguruskan hubungan ettnik dengan aman dan harmoni.

7

Pemodenan dan pembangunan negara

Politik; Sosio-Ekonomi

Walaupun setiap etnik mempunyai bidang tersendiri untuk membangunkan negara kita tetapi matlamat setiap kaum terhadap pembangunan negara adalah sama iaitu meningkatkan kehidupan dan ekonomi negara supaya menjadi negara yang maju dan dapat bersaing dengan negara lain.

Melayu: Mendominasi organisasi pentadbiran negarab)

Cina: Maju dalam perniagaan dan keusahawananc)

India: Kepakaran teknologi pengangkutan dan pembuatan (perkilangan)

Comments

Chat