Nicx Asyqyn's 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan - OpenLearning

TENGKU NOR ASYKIN BINTI TENGKU HAMZAH

AB160037

UTHM

SEC8 (DR.SHAHIDAH BINTI HAMZAH)

 

a) Adakah anda seorang yang tebal atau nipis batas etniknya?

        "Adakah anda seorang yang tebal atau nipis batas etniknya"? sebagai rakyat malaysia yang berbilang kaum, saya tidak kekok untuk dan tidak kisah untuk bergaul dengan berlainan kaum. Hal ini demikian kerana, di awal pendidikan sekolah rendah lagi sehinggalah ke pendidikan sekolah menengah, dalam alam pekerjaan dan hinggalah ke saat ini kita telah didedahkan dengan kepentingan menjaga hubungan yang baik antara kaum, pentingnya menghormati dan menghargai keunikan bangsa-bangsa lain, menghayati adat dan warisan budaya etnik lain. Pendedahan yang berterusan daripada keluarga, orang sekeliling, media sosial, guru-guru,iklan dan sebagainya membuatkan nilai batas etnik itu semakin menipis di dalam diri. Rasa inginkan keharmonian semakin menebal dan cuba untuk tidak menimbulkan konflik dengan bangsa lain semakin menipis. 

       Malaysia mempunyai pelbagai bangsa, adat, agama, dan keunikan makanannya. Saya suka kepada perbezaan adat dan keunikan makanan. Oleh itu, saya amat menghargai perbezaan yang wujud di negara ini dan saya tidak pernah menganggap budaya, makanan dan adat etnik lain adalah tidak sebagus etnik saya. Saya suka bergaul dengan pelbagai etnik dan kebiasaanya etnik cina dan india. Contohnya saya tidak kisah untuk menggayakan baju tradisional etnik cina dan juga amat menggemari masakan mereka. Saya juga sering memuji etnik lain sebagai contohnya etnik cina kerana mereka rajin dan pandai di dalam subjek matematik. Saya juga suka menonton rancangan televisyen yang dilakonkan oleh etnik lain, suka mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh etnik lain.Perkara ini membuktikan bahawa batasan etnik di dalam diri saya adalah berkurang kerana saya tidak menganggap etnik lain sebagai orang asing dan menerima mereka sebagaimana mereka menghormati kita.

      Justeru itu, sikap saling menghargai dan menghormati antara satu sama lain amat penting dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan terpelihara.

     

b) Apakah pengalaman saling kebergantungan yang anda alami?

        Pengalaman saling kebergantungan yang saya alami adalah saya pernah bekerja sebagai pembantu jururawat peribadi di rumah orang tua yang didiami oleh pelbagai etnik sebelum mendapatkan tawaran menyambung pengajian. Pada mulanya saya agak kekok dan janggal apabila terpaksa menjaga orang yang berbeza dengan pegangan dan latar belakang daripada saya.Hal ini kerana, kebiasaanya saya hanya berurusan dengan etnik lain seperti ingin membeli alat-alat komunikasi, pokok bunga, ikan hiasan dan sebagainya tetapi tidak melibatkan komunikasi secara berterusan dan mengambil masa yang lama seperti menjaga mereka 24jam, merawat, berbual dan sebagainya.

       Pengalaman ini adalah amat berharga kerana saya mula membiasakan diri untuk menerima perbezaan mereka, mula belajar adat resam mereka, makanan, bahasa dan pantang larang. Walaupun kami berbeza tapi kami saling memerlukan. Sewaktu merawat mereka, saya juga bertanggungjawab untuk memasak makanan yang sihat seperti yang dijadualkan dan mereka memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk memasak makanan yang digemari etnik mereka malah jika sambutan tahun baru kami akan sama-sama meraikannya.  Masa yang dihabiskan sewaktu merawat mereka telah mengubah perspektif saya terhadap kepelbagaian etnik dimana kepelbagaian dan perbezaan yang kita warisi ini telah melengkapkan. Pepatah ada menyatakan "tak kenal maka tak cinta", jadi selepas saya mengenali mereka, saya mula suka dan tidak kekok lagi untuk berkomunikasi dengan baik serta melayan mereka sama seperti kita melayan yang sebangsa dengan kita.

       Kesimpulannya, mereka memerlukan saya untuk menjaga dan merawat mereka di rumah orang tua tersebut dan saya pula mendapat gaji setelah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan tersebut untuk membeli keperluan saya. Situasi ini menggambarkan saling kebergantungan yang berlaku namun disebalik imbalan atau hasil yang diperolehi oleh saya dan mereka itu bukan kepentingan yang utama. Kepentingan utamanya adalah kami saling menerima perbezaan dan keunikan etnik kami dan perkara ini menjadikan kami dapat berinteraksi dengan baik dan menjalinkan hubungan yang harmoni tanpa memilih etnik lagi.

c) Apakah takrifan harian dan takrifan autoriti yang berkait rapat dengan hidup anda sendiri?

      Takrifan harian adalah realiti sosial yang dialami oleh orang ramai dalam kehidupan harian mereka. Takrifan autoriti adalah realiti sosial yang ditakrifkan oleh pihak yang menjadi struktur kuasa dominan dalam negara. Takrifan autoriti lebih cenderung bersifat tetap. Batas kaum, wilayah, agama dan bahasa tidak memisahkan kita sebagai individu yang saling bersosial daripada etnik-etnik lain.

     Takrifan harian yang berkait rapat dengan hidup saya sendiri adalah kita sinonim dengan kata-kata seperti "janji melayu" yang menggambarkan bahawa orang melayu apabila berjanji hanya tinggal janji dan sukar untuk mengotakan janji. Masyarakat sekeliling sering mengaitkan perkataan ini dengan etnik melayu padahal sikap ini tidak asing juga dalam kalangan etnik lain. Selain itu, saya juga ada seorang kawan yang mukanya iras-iras cina dan seorang lagi berkulit india dan kalau orang yang tidak mengenalinya mesti akan menggangap dia daripada etnik india. Seringkali rakan-rakan memberikan takrifan harian kepada mereka dan adakalanya membuatkan mereka berkecil hati. Namun begitu, takrifan ini tidak memberikan kesan yang buruk dalam kehidupan bermasyarakat.

    Seterusnya, takrifan autoriti yang berkait rapat dengan kehidupan sendiri adalah saya berbangsa melayu, bertutur menggunakan bahasa melayu, menganut agama islam dan mengamalkan adat istiadat melayu. Takrifan ini adalah realiti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan yang menjadi struktur kuasa dominan dalam negara Malaysia.

     

d) Apakah bentuk rundingan sosial yang anda lakukan di dalam menjalani kehidupan sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini?    

    Bentuk rundingan sosial yang saya lakukan di dalam menjalani kehidupan sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini adalah akomodasi dan akulturasi.

    Akomodasi adalah satu proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai-nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesuatu masyarakat. Sebagai contohnya setiap etnik menghormati perayaan dan agama anutan etnik lain tanpa mempertikaikannya. Akulturasi pula adalah satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza

     

 

Comments

Chat