1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnikmelalui penggunaan bahasa Melayu yang telah diaplikasikan dalam buku tersebut. Buku teks mengandungi penyampaian nilai-nilai murni dalam bahasa Melayu yang mudah difahami berserta ilustrasi gambar yang menarik. Ia dapat menarik minat pembaca yang terdiri daripada pelbagai etnik dan akhirnya penyampaian nilai murni dalam buku tersebut mencapai objektif. Hal ini demikian kerana, pembaca yang terdiri daripada pelbagai etnik akan mengamalkan nilai murni dan meningkatkan lagi penguasaan dalam bahasa melayu melalui pembacaan buku teks
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan merupakan salah satu elemen penting yang digunakan pada zaman sekarang bagi membantu memupuk jalinan perhubungan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Selain itu, rancangan yang di siarkan kepada masyarakat juga banyak mengaitkan tentang pelbagai etnik yang mana ini dapat memberikan input yang positif kepada penonton.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang kaya dengan pelbagai corak seni yang menggambarkan etnik masing-masing. Kesepaduan sosial dalam hubungan antara etnik yang terhasil daripada aktiviti seni dapat dilihat semasa proses penghasilan sesuatu kesenia yang dijalankan dan produk kesenian. Contohnya, seni lakon memerlukan saling bergantungan antara etnik lain untuk menjayakannya .Oleh itu, individu dapat mempelajari dan memahami apa yang menjadi amalan kumpulan etnik yang lain. Penglibatan pelbagai etnik mewujudkan interaksi dalam kumpulan yang berbilang kaum.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Banyak perkara harus diteliti dan dikawal dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia supaya tidak menimbulkan sebarang salah faham dan spekulasi perkauman. Dalam hal ini, antara perkara yang harus dititikberatkan ialah sensitiviti perkauman.Selain itu, kawalan dari segi batas-batas pergaulan harus dijaga kerana setiap agama yang terdapat di negara ini mempunyai undang -undang dan batasnya. Tambahan pula, semua pihak haruslah memainkan peranan mereka masing-masing dalam memupuk semangat perpaduan ini dalam diri mereka.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pemimpin sepatutnya memimpin rakyat dan menjadi individu pertama yang mempertahankan negara.Malangnya, daripada pemerhatian saya, parti politik masa kini lebih memilih polarisasi kaum daripada perpaduan atau dengan erti kata lain lebih memilih untuk memenuhi kepentingan parti daripada kepentingan negara sehingga kadangkala mereka lantang mempertikaikan hak-hak kaum lain yang akan melukakan perasaan kaum lain. Hal ini jelas apabila masih ada banyak parti politik yang hanya memperjuangkan dan mementingkan kepentingan kaum mereka sendiri daripada bertolak ansur dengan kaum lain.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pada pendapat saya NGO pada masa sekarang lebih mengutamakan perpaduan berbanding polarisasi kaum. Hal ini jelas terbukti melalui aktiviti yang diadakan kebanyakan NGO pada hari ini yang mana berbentuk gotong-royong beramai-ramai bagi membantu pihak yang memerlukan serta menubuhkan Rukun Tetanggan yang mana berfungsi bagi menjaga keselamatan dan keharmonian kaum. Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan yang erat antara kaum dapat dijana.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita lagi. Setiap kaum mempunyai permainan tradisional mereka masing-masing seperti congkak, silat, wau dan batu seremban bagi kaum melayu, mahjong, yoyo cina dan xiangqi bagi kaum cina dan kho-kho, chaturanga dan kabadi bagi kaum india. Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh pelbagai etnik. Oleh itu, dengan adanya pelbagai permainan tradisional bagi setiap etnik ini akan menghasilkan persefahaman antara pelbagai etnik di Malaysia.