CHONG WANN YEE's 2.A1 : Wajah kepelbagaian dan simbol penyatupaduan - OpenLearning

CHONG WANN YEE

BS16110412

UMS

SEKSYEN 7 (DR. MOHD SOHAIMI ESA)

 

(a) Apakah wajah kepelbagaian yang dipaparkan di dalam lagu tersebut? Positif, negatif atau ideal? Mengapa anda berpandangan demikian? 

Berdasarkan lagu yang dipaparkan, ketiga-tiga wajah iaitu positif, negatif dan ideal juga menimbul dalam lagu tersebut.

Wajah pertama iaitu wajah positif telah menggambarkan etnik dalam Malaysia seperti budaya, adat resam dan cara hidup. Malaysia telah menjual wajah positif ini untuk menarik minat pelancong untuk melawat Malaysia serta menarik pelabur dari negara lain untuk memajukan negara kita. Hal ini kerana Malaysia adalah satu negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan negara.

Seterusnya, wajah kedua adalah wajah negatif. Sabagai peribahasa, setiap pisau mempunyai dua belah. Wajah ini telah ditunjukkan melalui konflik yang berlaku antara kaum seperti agama, adat resam dan sebagainya yang menjadi isu semasa baru-baru ini. Sebagai contohnya, perkara yang berlaku di 13 Mei adalah kesalahfahaman antara dua kaum.

Wajah yang ketiga adalah ideal. Wajah ideal muncuk daripada fenomena kepelbagaian dalam bentuk bersifat emosional iaitu rasa rindu dan keinginan yang mendalam akan bentuk perpaduan yang paling ideal iaitu “unity in uniformity” atau “perpaduan dalam kesatuan”. Sebagai contohnya merupakan keinginan mengelakkan pergaduhan, untuk terus maju dan stabil dalam perniagaan dan negara.  Wajah ini menjelmakan harapan 1 Malysia dan bangsa Malaysia.

 

(b)  Apakah simbol-simbol penyatupaduan yang ditunjukkan di dalam lagu 1Malaysia tersebut? Bagaimanakah simbol-simbol ini boleh membantu ke arah pengukuhan kesepaduan di antara rakyat negara ini?

Maksud tiga konsep keramat ialah perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Perpaduan ialah perkara yang sering disebut-sebut tetapi belum benar-benar berlaku dan yang timbul hanya keinginan untuk merasai perpaduan. Namun begitu, negara kita masih disebut-sebut sebagai negara model yang sentiasa bersatu-padu dan hakikatnya yang benar-benar wujud di negara kita ialah kesepaduan serta belum lagi perpaduan. Kesepaduan perlu difahami dalam konteks kepelbagaian. Walau bagaimanapun, kesepaduan ini masih belum menjadikan kita masih bersetuju dalam semua isu di negara kita yakni tentang isu sosial, pilitik mahupun ekonomi dan banyak lagi. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi setiap isu yang timbul dan ini dipanggil sebagai usaha kearah penyatupaduan. Jadi ini bermaksud negara kita mempunyai konsep perpaduan yang kita rindukan, yang wujud kesepaduan namun tetap timbul beberapa konflik dan setiap konflik cuba diselesaikan dengan konsep atau cara ke arah penyatupaduan.

 

Simbol-simbol yang boleh membantu kea rah pengukuhan kesepaduan di antara rakyat negara ini adalah daripada aspek politik, ekonomi dan sosial

Dalam aspek politik, kita perlu menggabungkan parti-parti politik supaya semangat perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama walaupon terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi dan saling tolak ansur sesama ahli.

Dalam aspek ekonomi, Pelaksanaan Dasar Ekonomi baru (DEB) sebagai satu dasar untuk mengerakkan rakyat untuk bersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat serta mewujudkan peluang pekerjaan yang luas dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandar dan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi di samping meningkatkan taraf pembangunan ekonomi negara.

Akhirnya, dalam aspek sosial, Kerajaan menerapkan perpaduan kepada rakyat pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan krismas untuk menggalakan masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling mengunjungi antara satu lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan, masyarakat dapat mengenali budaya dan agama masyarakat lain secara langsung akan mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat.

Comments

Chat