a) Pada pendapat saya, wajah kepelbagaian yang dipaparkan di dalam lagu tersebut ialah wajah kepelbagaian yang positif dan ideal. NEgara kita terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Cina dan India. Namun, dengan adanya masyarakat yang pelbagai etnik tidak menghalang kita untuk mengamalkan perpaduan kaum dalam negara. Hal ini kerana wajah kepelbagaian etnik boleh diniagakan, ditarikan dan dipakai melalui sektor perlancongan. Kementerian Kebudayaan dan Perlancongan telah mengangkat wajah kepelbagaian etnik yang wujud di Malaysia kerana ia adalah wajah yang berasaskan kepelbagaian yang sesuai diwar-warkan ke seluruh dunia kerana ia adalah sesuatu keunikan negara yang mampu menjadi contoh sebuah negara yang bersatu. Selain itu, wajah kepelbagaian yang ideal pula ialah wajah yang menjelmakan pengharapan. Ini adalah kerana apabila negara bersatu, mereka mengharapakan tiada sebarang pergaduhan atau persefahaman. Mereka mengharapakan sebuah negara yang maju dan stabil. Maka tercetuslah, 1Malaysia dan bangsa Malaysia bagi merealisasikan pengharapan yang mereka inginkan.
b) Simbol-simbol yang terdapat di dalam lagu 1Malaysia adalah antaranya semangat rakyat Malaysia yang bersatu untuk mencapai matlamat negara. Semangat tersebut adalah berlandaskan tiga konsep iaitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Hal ini kerana rakyat Malaysia kini mempunyai keinginan yang mendalam untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dan bangsa lain walaupun perpaduan masih belum berlaku. Namun, walaubagaimanapun kesepaduan antara rakyat Malaysia telahpun wujud dikalangan mereka. Mereka mempunyai pendapat mereka sendiri yang berpotensi dalam memecah-belahkan kesepaduan mereka. Maka, wujudlah usaha penyatupaduan yang dilakukan bagi menangani potensi konflik dan membina kesepaduan. Kesepaduan yang akan dapat dicapai sekiranya ia melibatkan pihak kerajaan dan juga semua rakyat Malaysia.