1. Apakah matlamat utama ditubuhkan Jabatan Perpaduan Negara pada 7 Julai 1969?
Matlamat utama Jabatan Perpaduan Nasional dan Integrasi Nasional (JPNIN) ditubuhkan pada 7 Julai 1969 adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan segregasi antara kaum di Malaysia. Idea penubuhan jabatan ini muncul selepas peristiwa 13 Mei 1969 iaitu perlunya satu jabatan yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia
2. Apakah visi, misi dan moto JPNIN?
Visi JPNIN adalah untuk menjadi agensi peneraju untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia. Misi JPNIN adalah untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Gagasan 1 Malaysia. Moto jabatan ini adalah Bersatu Kita Maju
3. Nyatakan peranan: i. mediator komuniti; ii. Rukun Tetangga
MEDIATOR KOMUNITI Mediator Komuniti adalah pihak ketiga yang berusaha mendapatkan penerimaan pihak-pihak yang terlibat di dalam sesuatu konflik sosial untuk mencari titik-titik persetujuan yang boleh diterima oleh semua pihak utama dengan harapan perhubungan mereka tidak terus merosot, malah bertambah positif. PERANAN 1. Memberi perkhidmatan mediasi secara sukarela kepada pihak yang memerlukan. 2. Membantu mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh pihak yang bertelagah bagi memelihara keharmonian masyarakat. 3. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran mediasi melalui latihan dan perkongsian pengalaman secara berterusan. 4. Menenteramkan ketegangan antara pihak-pihak yang bertelagah serta memulihkan perhubungan di antara mereka. 5. Menjalankan mediasi secara profesional, adil dan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan/balasan. RUKUN TETANGGA Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom. Rukun tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan kuat kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (Rukut Tetangga 1975). Pada dasarnya, rukun tetangga membolehkan penduduk mengawal sendiri keselamatan di kawasan kediaman masing- masing. Rukun tetangga ini diwajibkan kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 55 tahun. Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Ianya juga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari.
4. Apakah tujuan dilaksanakan Program Integrasi Antara Wilayah?
Tujuan Program Integrasi Antara Wilayah adalah untuk mengeratkan hubungan antara kaum dari wilayah yang lain dan untuk mengalakkan komunikasi di kalangan masyarakat antara wilayah
5. Apakah peranan Institut Kajian Latihan Integrasi Nasional?
Peranan Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) adalah memberi latihan kepegawaian , dan memupuk kesatuan, keharmonian serta keamanan negara.Aktiviti 31) a) Peranan agama dalam membina personaliti berjiwa Malaysia ialah setiap agama menyeru penganutnya untuk hidup dalam keadaan aman dan damai serta elakkan perseketaan. Semua agama menyembah kepada yang paling berkuasa dan semua mempercayai kuasa itu akan melindungi kita. Semua agama juga mengalakkan umatnya untuk selalu bertolensi, tidak melakukan perkara yang jahil dan sebagainya. Agama adalah tunjang kepada kedaulatan negara seperti mana keutamaanya diberikan dalam Rukun Negara kita iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. b) Peranan budaya dan nilai adalah melalui kesematan nilai kemanusiaan yang tinggi. Semua budaya mengamalkan dasar terbuka, menerima dan menghormati orang lain. Nilai seperti keterbukaan, saling menghormati sesama manusia, toleransi, rasional dan nilai cinta akan negara perlu dipupuk sejak dari kecil lagi supaya integrasi yang lebih berkesan dapat dilihat. Jika semua mengamalkan nilai dan budaya yang baik, nescaya integrasi nasional akan lebih pantas.2) Saya bersetuju dengan ekonomi negara membawa kesan negatif kepada perpaduan kaum. Pada tahun 1969, walaupun ekonomi negara baik namun ketidaksamarataan telah mengungkit rusuhan kaum pada 13 Mei. Untuk mengelakkan peristiwa sebegini terus berulang, kerajaan telah mengubal dasar baru iaitu Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Dasar ini telah diwujudkan untuk mengurangkan kemiskinan tegar di negara ini dan menyusun semula masyarakat untuk mengelakkan ketidakseimbangan ekonomi. Sasaran penstrukturan berupa 30:40:30 telah diwujudkan untuk memastikan keseimbangan ekonomi masyarakat peribumi, rakyat Malaysia yang lain dan warga asing. Oleh itu, semua pihak boleh merasa kepuasaan dan kadar kemiskinan menurun. Pelbagai strategi juga diatur untuk membantu golongan di luar bandar untuk maju dengan yang tinggal di bandar. Oleh itu, dapatlah dirumus disini yang ekonomi boleh mengugat kemakmuran negara.