CHEW SHI LING's 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan - OpenLearning

NAMA: CHEW SHI LING 

NO MATRIK : SIK 160037 

UNIVERSITI MALAYA 

KUMPULAN 9

PENSYARAH : DR. WENDY YEE MEI TIEN 

1.

          Pada pendapat saya, saya seorang yang tipis batas etniknya. Saya boleh bergaul dengan orang yang terdiri daripada pelbagai etnik. Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, saya dapat berkawan dengan orang India dan orang Melayu kerana ada juga ibu bapa yang bukan bangsa Cina menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kawan saya yang bangsa India menjemput saya ke rumahnya semasa Hari Deepavali. Saya menyambut Hari Deepavali dengan dia dan keluarganya. Bukan susah untuk bergaul dengan orang yang berlainan etnik dengan kita kerana Bahasa Melayu adalah Bahasa penghantaran Malaysia. Saya dapat berkomunikasi dengan kawan-kawan yang terdiri daripada etnik yang berbeza dengan menggunakan Bahasa Melayu. Ibu bapa kawan India saya menyediakan kuih-muih dan kari ayam untuk saya. Saya amat suka mencuba makanan bangsa lain. Bagi saya, ini adalah salah satu cara menipiskan batas etnik. Ini disebabkan saya sudi pergi rumah kawan yang berlainan etnik dan merasa makanan yang disediakan oleh mereka tanpa rasa tidak selesa. Kita akan rasa malas untuk bergaul dengan orang yang berlainan etnik sebab kita lebih sudi berkawan dengan orang yang sama etnik dengan kita. Ini disebabkan kita selalu merasa orang yang sama etnik dengan kita akan sama kepala dengan kita. Walaubagaimanapun, kita tidak pernah terfikir ada kemungkinan berkawan dengan orang yang berlainan etnik dengan kita akan lagi rapat berbanding dengan orang yang sama etnik dengan kita. Ini adalah tanggungjawab mahasiswa dan mahasiswi untuk menyebarkan fikiran yang kritikal kepada masyarakat.

          Terdapat banyak pengalaman saling kebergantungan yang saya alami, misalnya semasa saya mengambil khusus diploma di Segi Kolej, Kuala Lumpur. Pelajar yang mengambil khusus ini dipisah berdasarkan tempat praktikal mereka. Saya dapat praktikal di Hospital Putrajaya dengan seorang kawan India yang bernama Pavithra. Kita haruslah bangun pada pukul 4:30 pagi setiap hari. Pavithra ada masalah bangun pagi. Oleh itu, saya akan mengejutnya selepas saya mandi. Kadang-kala, Pavithra akan memasak air semasa saya tengah mandi, dengan itu, lagi cepat kita dua bersiap untuk pergi ke Hosital Putrajaya. Pada hari pertama kita praktikal, kita ada masalah dalam mencari lokasi Hospital Putrajaya. Akhirnya, kita dapat mencari Hospital tersebut. Dalam ingatan saya, saya pernah membuat kesilapan di Hopsital dan dimarahi oleh kakitangan makaml. Masa itu, saya berkongsi perasaan rendam dan tidak puas hati saya dengan Pavithra. Pavithra pun cuba menghiburkan dan mengingatkan saya supaya tidak membuat kesilapan yang sama. Kita balik bersama-sama selepas kerja makmal selesai. Kita dapat mengenali dua pelajar daripada Universiti Teknologi Mara. Mereka menyewa rumah di kawasan yang dekat dengan Hospital Putrajaya. Pada hari Jumaat, kita dapat rehat selama 2 jam 15 minutes. Ini adalah waktu solat untuk lelaki yang beragama Islam. Dengan masa rehat ini, dua kawan saya dari UITM akan membeli makanan dari luar hospital dan kita akan makan bersama-sama. Selain itu, kita juga pergi ke rumah sewa mereka dan rehat di sana. Waktu praktikal saya adalah juga Hari Puasa bagi kawan Muslim saya.  Kita juga membuka puasa bersama-sama dengan kawan Muslim kita. Ini adalah kenangan manis bagi saya.

          Takrifan harian berdasarkan pengalaman hidup saya adalah sebahagian orang Cina bertutur dalam Bahasa Inggeris manakala mereka tidak faham dalam perkataan Cina. Kawan saya adalah seorang pelajar daripada fakulti undang-undang. Dia digelar sebagai "banana". Dia berada di dalam kumpulan whatsap  whatsap yang sama dengan saya kerana kita adalah pelajar Cina yang tinggal di asrama yang sama. Dalam kumpulan whatsap itu, kami menggunakan Bahasa Cina sebagai Bahasa penghantaran. Ini disebabakan semua pelajar dalam kumpulan whatsap ini adalah pelajar Cina. Kawan saya selalu tidak faham apa yang kita bincang dalam kumpilan whatsap ini sebab dia bukan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Oleh itu, dia tidakboleh memahami dalam perkataan Cina. Bahasa Cina adalah Bahasa ibunda untuk orang Cina. Dengan ini, kawan saya masih boleh memahami Bahasa Cina yang asas. Kejadian ini telah menjadi sesuatu arah aliran dalam masyarakat. Hal ini deisebabkan ibu bapa mereka berkomunikasi dengan mereka dengan menggunakan Bahasa Inggeris dari kecil. Tambahan lagi, ibu bapa mereka menghantar anak mereka ke sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa penghantaran. Tegasnya, iu bapa mereka lebih mengutamakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan berbanding dengan Banhasa Ibunda sendiri. Oleh itu, mereka tidak banyak peluang untuk belajar dan bertutur dalam Bahasa Cina. 

          Manakala, takrifan autoriti lebih bersifat tetap. Takrifan autoriti berdasarkan pengalaman hidup saya adalah orang Melayu menganut agama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam dan budaya Melayu. Inilah identiti mereka. Orang Melayu wajib menganut agama Islam dan mereka percaya pada ALLAH dan mengikiuti ajaran-ajaran Islam. Mereka menjaga aurat dengan berpakaian tutup. Orang Melayu bukan sahaja menetap di Malaysia sahaja, mereka juga menetap di Kepulauan lauan Melayu yang lain seperti Indonesia, Filipina, Australia dan sebagainya. Mereka masih mengamalkan adat resam dan budaya sendiri walaupun mereka berkahwin dengan orang tempatan di negara masing-masing. 

          Bentuk rundingan sosial yang saya lakukan di dalam mengalami kehidupan sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini adalah mengamalkan konsep akomodasi. Saya berkongsi asrama dengan kawan Melayu semasa saya belajar di Universiti Malaya. Perbezaan kebudayaan antara saya dengan kawan saya adalah lazim dan tidak dapat dielakkan. Oleh itu, kita saling menghormati budaya antara satu sama lain dan mengekalkan identiti masing-masing di bawah bumbung yang sama. Selain itu, saya juga mengamalkan konsep akulturasi dalam kehidupan saya sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Kebiasaannya, kelompok minoriti mempelajari daripada kelompok dominan dan unsur kebudayaan asing akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. Saya sebagai kelompok minoriti telah menerap unsur kebudayaan daripada kelompok majority, terutamanya orang Melayu. Saya selalu membeli nasi lemak dengan mak cik Melayu yang tinggal berhampiran dengan rumah saya. Saya masih memakan makanan Cina tetapi saya juga boleh memakan makanan Melayu. Inilah keindahan Malaysia. Tambahan lagi, penggunaan angpau juga merupakan salah satu aplikasi konsep akulturasi. Hal ini demikian, angpau yang oleh bangsa Cina adalah warna merah manakala angpau yang digunakan oleh bangsa Melayu adalah warna hijau. Angpau yang digunakan dalam kedua-dua etnik ini adalah digunakan sebagai sampul untuk duit raya. Inilah anatara contoh peminjaman dan penerimaan unsur kebudayaan di kalangan kelompok lain. 

2. Pelan tindakan 

Bil Langkah-langkah praktikal  Kumpulan Sasaran  Output
1. Melibatkan diri dalam projek untuk mengembangkan kedudukan taraf ekonomi antara etnik

Penduduk luar bandar 

Masyarakat yang mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah 

Golongan yang berpendapatan rendah 

Memastikan bahawa penduduk luar bandar menikmati hasil pembangunan ekonomi setaraf

Memudahkan aktiviti ekonomi dengan memberi akses kepada infrastruktur asas

Perpaduan dicapai kerana penduduk luar bandar tidak terpinggir dengan menikmati hasil pembangunan ekonomi 

Mengurangkan jurang antara etnik

2. Memberi kehormatan kepada agama dan budaya etnik lain. Etnik Melayu, Cina, India, Sarawakian dan Sabahan

Memahami budaya etnik lain

Mengurangkan perselisihan antara sesuatu etnik dengan etnik yang lain. 

Keamanan masyarakat diwujud. 

3.  Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dapat  yang dapat mengeratkan perpaduan di peringkat sekolah Pelajar sekolah yang terdiri daripada pelbagai etnik

Membina jati diri nasional 

Memupuk semangat kebangsaan

4. Menggunakan Bahasa Kebangsaan  Semua rakyat Malaysia Pelbagai etnik boleh berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu
5.

Berusaha untuk mewujudkan persefahaman dalam perlembagaan dan bangsa Malaysia 

i) Berkawan dengan etnik yang lain dan bukan hanya rapat dengan kawan yang sama etnik sahaja

ii) Membetulkan masyarakat yang mempunyai stereotaip terhadap etnik tertentu

Semua rakyat Malaysia

Menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik supaya bersama-sama menuju ke Wawasan 2020

Mempunyai persefahaman yang sama antara etnik

Menwujudkan kesedaran bahawa perbuatan jahat itu dilakukan oleh individu yang berniat jahat dan bukan sebab etniknya. 

 

Comments

Chat