Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Ciri-ciri yang dinyatakan diatas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama. Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakattanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapatperbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah. Namun,ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari cantuman perkataanSanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud kecergasanfikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa,tenaga dan pengaruh.Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagaikeseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan danberfikir di mana ia meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaandan bukan kebendaan. Dalam konteks pendidikan semasa, budaya dilihat melalui budaya di sekolahyang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah,murid akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki olehmasyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya disesebuah sekolah.Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yangpelbagai kaum. Ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik darisegi kepelbagaian budaya, adat resam, bahasa dan sebagainya. Sehubungandengan hal sedemikian, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, guruhendaklah mempunyai kesedaran tentang keunikan pelbagai budaya dan adatresam dan ini boleh membantu seorang guru untuk melaksanakan pengajarandan pembelajaran yang berkesan dalam suasana bilik darjah yang mesra.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Dasar pendidikan sebelum merdeka lebih berbentuk pengasingan mengikut etnik kaum itu sendiri. Contohnya, sekolah vernakular menyebabkan semua etnik tidak bersatu padu dan tidak mengenali antara satu sama lain. Hal ini adalah disebabkan sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan menyukarkan komunikasi antara kaum kerana perbezaan bahasa. Manakala sukatan pelajaran dan kurikulum pula adalah tidak seragam dan mengikut sekolah masing-masing. Hal ini menyebabkan hubungan perpaduan antara kaum susah untuk dibentuk kerana kandungan sukatan pelajaran tidak menetikberatkan nilai perpaduan dan lebih kepada menjaga kepentingan etnik masing-masing. Seterusnya selepas merdeka, hubungan perpaduan antara etnik mudah dibentuk apabila Laporan Razak 1956 menekankan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan semua etnik. Secara tidak langsung, hubungan antara etnik semakin membaik dan wujudnya persefahaman antara etnik kerana berkomunikasi dalam satu bahasa yang mudah difahami. Pada masa yang sama, Laporan Rahman Talib menyeragamkan sistem peperiksaan dan persekolahan walaupun berbeza bahasa diperingkat rendah dan menengah. Penyeragaman sistem peperiksaan menyebabkan pelajar berbilang etnik saling bergaul dan bertukar-tukar pendapat dalam membincang hal pelajaran. Sekaligus, perpaduan antara etnik dapat dicapai melalui pendidikan.