NURUL AFIQAH AINI BINTI EXRIMAH's 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan - OpenLearning

NURUL AFIQAH AINI BINTI EXRIMAH

IIN160032

KUMPULAN 20

DR. NOOR AIN BINTI MAT NOOR

UNIVERSITI MALAYA

1) a )  Saya ialah seorang  yang tipis dalam batas etnik. Hal ini kerana saya jarang bergaul dengan bangsa lain iaitu cina dan india semenjak dari sekolah rendah lagi. Semasa di sekolah rendah, bangsa selain melayu seperti cina dan india adalah golongan atau pelajar minority di sekolah  saya dahulu. Jadinya, saya lebih rapat dan mesra dengan kawan-kawan melayu sahaja. Selain itu, pelajar sekolah yang berbangsa india lebih suka bergaul bersama rakan-rakan sekaumnya sahaja. Disamping itu, sekolah rendah saya berdekatan dengan sekolah jenis kebangsaan tamil dan cina. Jadinya, ibu bapa mereka lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut untuk menjaga tradisi mereka. Pada peringkat sekolah menengah pulasaya tidak langsung bergaul dengan kaum cina dan india atau kaum etnik lain. Hal ini kerana, saya bersekolah di sekolah berasrama dan sekolah tersebut hanya  untuk pelajar beragama islam sahaja. Selain itu,  di sekolah itu juga tiada staf atau tenaga pengajar  yang berbangsa selain daripada  kaum melayu. Jadinya, selama 5 tahun saya tidak berinteraksi dengan kaum lain. Pada peringkat seterusnya, iaitu apabila saya di peringkat asasi, saya juga tidak berinteraksi dengan kaum lain. Hal ini kerana, pusat asasi tersebut hanya menawarkan kos pengajian islam kepada pelajar. Bukan itu sahaja, asasi tersebut juga terletak di negeri yang terkenal dengan ramai masyarakat islam. Jadinya, saya juga tidak memerlukan sebarang komunikasi dengan kaum lain. Apabila saya di peringkat Universiti , saya mula berinteraksi dengan kaum lain seperti cina dan india. Sebagai contoh, salah satu subjek Universiti kami iaitu TITAS memerlukan perbincangan di dalam kumpulan yang ahlinya mestilah terdiri daripada pelbagai kaum. Ahli kumpulan saya terdiri daripada kaum melayu dan cina. Kami dapat berinteraksi dan bekerjasama dengan baik dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah walaupun kami berlainan agama dan fakulti.

 b) antara pengalaman saling kebergantungan yang saya pernah alami ialah pengalaman semasa menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah TITAS. Kami  dikehendaki untuk membentuk kumpulan secara sendiri. Pada mulanya, untuk membentuk kumpulan dengan berlainan bangsa adalah amat sukar bagi saya. Hal ini disebabkan, saya tidak pernah lagi berinteraksi dengan mereka. Tetapi , setelah kami mula mengenali antara satu sama lain dan mula berkerjasama , tidak lah sepertimana yang saya sangkakan . ada diantara mereka yang baik dan selalu memberi kerjasama apabila setiap perjumpaan dibuat. Kami ditugaskan untuk membuat satu video sebagai tugasan kerja kursus subjek university, jadinya kami sebulat suara untuk membuat video mengenai Masjid Negara, Kuala Lumpur. Penggambaran untuk video tersebut mengambil masa yang sedikit lama. Hal ini kerana, tidak semua di dalam ahli kumpulan kami yang kekosongan waktu ketika penggambaran kami . jadinya, kami yang berbangsa melayuini terlebih dahulu memulakan penggambaran tersebut. Saya juga sebagai ahli kumpulan  tersebut berasa kagum dengan rakan sekumpulan kami  yang berbangsa cina kerana mereka menutup aurat dengan sempurna ketika masuk ke dalam masjid tersebut iaitu dengan memakai baju kurung mereka sendiri dan berrtudung. Mereka kelihatan sangat cantik dan amat menghormati rumah ibadah kaum islam. Selain itu juga, kami diberi tugasan untuk membentang isu semasa di hadapan kelas. Kami dapat membuat perbincangan dengan ahli kumpulan yang lain sebelum perbentangan berlangsung walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan dan program lain.

 

c ) antara takrifan harian dan takrifan autoriti berdasarkan pengalaman saya ialah takrifan harian bagi masyarakat melayu Malaysia ialah mereka memiliki ciri fizikal seperti kulit sawo matang, memiliki mata yang sederhana bulat dan sepet dan memiliki ketinggian yang sederhana besar dan tegap. Selain itu, masyarakat melayu juga mempunyai budi bahasa, berlemah lembut, dan sopan santun ketika berinteraksi dengan masyarakat luar. Selain itu juga, takrifan harian bagi masyarakat cina pula ialah mereka memiliki ciri fizikal seperti kulit putih bersih, memiliki mata sepet dan mereka  juga memiliki ketinggian yang sederhana besar serta tegap. Manakala, kaum india pula mereka memiliki  ciri fizikal seperti berkulit gelap, memiliki mata yang bulat dan juga memiliki ketinggian yang sederhana besar. Disamping itu, masyarakat melayu kebanyakkan  menggunakan bahasa melayu dalam pertuturan harian, masyarakat cina pula menggunakan bahasa dialek mereka iaitu hokkien, hokka, kartonis, dan lain-lain, masyarakat india pula dikelaskan berdasarkan etnik kaum tersebut seperti tamil, telegu, malayalee atau lain-lain. Manakala, takrifan autoriti pula, kebanyakkan masyarakat melayu mengganut agama islam dan mengamalkannya ajaran islam dan institusi agama islam ialah masjid dan surau. Masyarakat cina pula, lazimnya mengganut agama Buddha dan kristian dan institusi agama mereka  ialah tokong dan wat. Masyarakat india pula, lazimnya mereka mengganut agama hindu dan sikh dan institusi agama mereka ialah hindu.

 

d ) bentuk rundingan sosial yang saya lakukan di dalam menjalani kehidupan sebagai  ahli masyarakat pelbagai etnik  ialah konsep akomodasi iaitu merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Sebagai contoh, di Malaysia masyarakat cina memakai baju kurung apabila tiba sahaja sambutan yang bertemakan pakaian melayu tradisional. Ini bererti masyarakat cina tersebut menghormati adat dan budaya kaum melayusekaligus mereka tidak meninggalkan adat-adat kaum mereka. Selain itu, di Malaysia juga terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh dimakan oleh rakyat Malaysia mengikut kaum masing-masing. Contohnya, roti canai merupakan makanan kaum india, tetapi menjadi kebiasaan kaum melayu bersarapan pada waktu pagi dengan roti canai yang dibeli dari restoran. Bukan itu sahaja, nasi lemak yang merupakan makanan tradisional masyarakat melayu turut mendapat tarikan dari ramai masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan menjadikan nasi lemak sebagai sarapan pagi mereka. Konsep akomodasi ini diwakili oleh formula A+ B + C = A + B + C , di sini A, B dan C merujuk kepada budaya pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan saling menghormati antara satu sama lain.

 

 

2 ) sebagai agen penyatuan di dalam masyarakat pelbagai etnik di Negara ini, saya perlu merangka beberapa cadangan atau pelan tindakan bagi mengharmonikan lagi masyarakat yang berbilang kaum di Negara ini. Antaranya , mengadakan sambutan perayaan secara terbuka kepada setiap kaum dan bangsa. Sebagai contoh, mengadakan rumah terbuka perayaan hari raya aidilfitri dengan menjemput kaum cina dan india ke rumah tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara berlainan kaum dan bangsa. Selain itu, mengadakan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan perumahan. Seperti yang kita ketahui, setiap taman perumahan terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Sebagai  contoh, mengadakan aktiviti gotong-royong pada setiap hujung minggu. Jadinya dengan mengadakan aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama antara pelbagai kaum di kawasan perumahan tersebut. Bukan itu saja, untuk memupuk persefahaman dan menyatupadukan rakyat Malaysia juga, institusi dalam keluarga merupakan tunjang utama dalam hal ini. Ia bermaksud setiap ibu bapa dalam setiap institusi keluarga tersebut berperanan dalam mendidik anak mereka dari kecik sentiasa menghormati dan menolong jiran mereka. Bak kata pepatah “ melentur buluh biar dari rebungnya” . Sebagai contoh, membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran yang berlainan kaum setiap kali perayaan yang disambut atau melawat mereka ketika sakit. Disamping itu juga, institusi sekolah juga berperanan dalam menyatukan anak-anak muda dan pelajar di sekolah, hal ini kerana di sekolah juga merupakan tempat mereka berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelas. Oleh itu, setiap guru perlulah menyatukan mereka dan elakkan mereka daripada bergaul sesama rakan-rakan kaum mereka sahaja. Sebagai contoh, membahagikan tempat duduk di dalam kelas dengan mencampurkan mereka dalam satu kumpulan tersebut dengan pelbagai kaum dan bangsa. Dengan ini, dapat memupuk semangat tolong menolong setiap kaum di dalam kumpulan tersebut.

Comments

Chat