Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.Murtad ialah satu istilah yang diberikan oleh Islam kepada perbuatan seorang muslim yang melakukan sesuatu perkara yang boleh mengeluarkan dia daripada syariat Islam baik berupa perbuatan ataupun kepercayaan serta keyakinan yang mencukupi syarat untuk mengeluarkan dia daripada agama Islam. Riddah: Menurut bahasa: Kembali dari sesuatu kepada sesuatu. Menurut syara'/istilah: Kembali dari agama Islam kepada agama kafir, samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan. Dan orang yang melakukan perbuatan riddah itu dinamakan murtad. Perbuatan ini adalah sekeji-keji kufur kerana orang yang murtad berlainan hukumnya daripada orang-orang kafir lainnya pada beberapa perkara tertentu. Dan orang yang murtad, ia juga diertikan sebagai orang telah melakukan jenayah yang menghina Islam, itu adalah contoh yang buruk bagi orang lain yang mungkin terpengaruh dengan da'yahnya, hal ini tentunya akan menimbulkan fitnah kepada Islam. SEBAB BERLAKU RIDDAH DI KALANGAN UMAT ISLAM Sebab-sebab berlaku riddah di kalangan orang Islam Seseorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi murtad dengan melalui salah satu dari beberapa sebab berikut ini, antaranya ialah Mempersekutukan Allah sama ada melalui I'tikad, ucapan ataupun perbuatan seperti sujud kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan gaya serupa macam orang Nasrani. Disamping itu juga kerana mengingkari agama Islam atau satu rukun daripadanya, atau mengingkari satu hukum Islam yang dapat diketahui secara jelas dan sahih. Antaranya juga ialah Orang yang meng'itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah. Malahan itu juga Orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya, dan demikian pula jika ia mengingkari kewajiban solat walaupun tidak meninggalkannya dan Orang yang meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian. Orang yang meninggalkan solat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap solat juga adalah sebab berlaku riddah, Orang yang meninggalkan solat, dan berterusan meninggalkannya hingga dibunuh dan Orang yang meninggalkan solat kerana berpaling daripadanya, ia tidak mengakui kewajiban solat dan tidak pula mengingkarinya. Antara sebab berlaku riddah paling ketara ialah mencela agama Islam, menghina al-Quran serta hukum-hukumnya dan sunnah nabi muhammad SAW, Mendakwa bahawa wahyu turun kepadanya, Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya, Mencampak al-Quran atau kitab hadith Nabi dengan niat penghinaan, Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainyadanTidak mengamalkan hukum-hukum Islam juga selain itu juga bernmahupun wanita dan perbuatan demikian dilakukan dengan inisiatif sendiri maka perbuatan itu menjadikannya murtad. Syarat sah seseorang itu boleh jadi murtad, seseorang muslim itu boleh menjadi murtad dengan melakukan perkara-perkara kufur dengan beberapa syarat.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Mahkamah Persekutuan dalam membuat keputusan baru-baru ini, mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa platform yang sepatutnya mendengar pertikaian ini ialah Mahkamah Sivil walaupun salah satu pihak yang terlibat adalah orang Islam. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa dalam pembubaran perkahwinan dan penentuan hak penjagaan kanak-kanak. Ini kerana, kedua-dua pasangan yang terlibat mendaftar perkahwinan di bawah Akta 1976 dan segala isu yang berkaitan selepas itu hendaklah diselesaikan di Mahkamah Sivil. Menurut Mahkamah Persekutuan lagi, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa walaupun ke atas pihak yang memeluk Islam. Dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan sebelum membuat keputusan siapa yang lebih berhak mendapat hak penjagaan kanak-kanak telah memanggil kedua-dua anak Izwan dan Deepa, Nurul Nabila (11 tahun) dan Nabil (8 tahun). Dalam keputusan yang “adil” ini, anak lelaki diserahkan hak penjagaan kepada si bapa dan anak perempuan kepada si ibu. Mahkamah Persekutuan seterusnya memutuskan bahawa anak lelaki tersebut masih boleh berhubungan dengan ibunya melalui telefon dan anak perempuan juga boleh berhubungan dengan bapanya melalui cara yang sama. Cuma hak untuk berjumpa anak ditentukan di hujung minggu setiap dua bulan tanpa boleh bermalam.
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Sekarang ni, isunya secara mudah begini: 1) Malaysia tak larang penganur agama lain nak bina gereja, kuil atau tokong. Bahkan banyak je kat Malaysia. Tak di sekat pun. CUMA, Kebenaran untuk membina rumah ibadah seperti gereja dan kuil ini adalah ketat. Ada akta yang mengawalnya. Data menunjukkan kadar penganut agama dan skala/jumlah rumah ibadah yang dibina adalah tidak munasabah. Tindakan boleh diambil terhadap pihak yang melanggar syarat ditetapkan mengikut peruntukan Seksyen 128 dan Seksyen 129 Kanun Tanah Negara 1962 (Akta 56), Seksyen 20 dan Seksyen 26 Akta Jabatan Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Seksyen 70(12) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1975 (Akta 133)," Ini tidak bermakna penganut agama lain tidak boleh membina rumah ibadat cuma mereka perlu melakukan permohonan melalui Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam terlebih dulu untuk mendapatkan kelulusan dan dinilai oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri. 2) DAN, gereja tu di bina secara HARAM dan tiada permit. Boleh rujuk di sini:http://www.ismaweb.net/2015/04/gereja-haram/ 3) Seterusnya, dalam FIQH KENEGARAAN, ulama'-ulama islam telah berbincang tentang isu "boleh tak di sebuah negara islam, agama lain mengangkat syiar mereka seperti jual arak terang-terang, jual babi terang-terang dan angkat salib terang-terang. Maka, ini adalah pendapat ulama': "Mereka tidak dilarang sama sekali untuk menunjukkan secara terang-terangan penjualan babi dan arak serta tanda lambang salib dan membunyikan loceng gereja pada sebuah kampung yang tiada padanya penduduk Muslim. Adapun pada sebuah perkampungan Islam, maka dilarang sama sekali mereka mengangkat tanda lambang salib atau mempamerkan berhala mereka pada kerayaan mereka". ( Kitab "بدائع الصانع في الترتيب الشرعي, tulisan Imam Al-Kasani) "Tiada masalah bagi orang bukan Islam untuk mengekalkan tempat ibadat mereka yang lama, bahkan mereka berhak untuk memperbaharuinya. Adapun untuk membina rumah ibadat yang baru pada perkampungan Islam, maka perkara itu adalah dilarang..." (Kitab حقوق أهل الذمة, tulisan Abul A'la Al-Maududi) 4) Maka berdasarkan apa yang ulama' sebut di atas, jika sesuatu kawasan tu majoriti muslim, tak boleh tegakkan syiar agama lain. Jika di situ kawasan majoriti non muslim, maka tiada masalah. 5) Tapi, pendekatan di Malaysia adalah sederhana. Boleh buat rumah ibadat agama lain, CUMA, pastikan ikut saluran yang betul, bukan secara haram. 6) Maka, teguran saya: Kepada gereja, gunalah saluran yang betul untuk bina gereja, bukan dengan cara haram. Kepada penduduk Taman Medan, gunalah saluran yang betul untuk berdemontrasi, jika ada jalan yang lebih murni, utamakan.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Allah s.w.t. mengakui kebenaran Islam bahkan mengiktiraf hanya Islam sebagai suatu kebenaran dan hanya Islam merupakan agama yang benar yang mengandungi segala ajaran yang benar dalam segenap sudut samada dari sudut aqidah, hukum-hakam dan akhlak. Berdasarkan ajaran Islam juga, hanya dengan aqidah murni Islam sahaja, seseorang dapat selamat daripada api neraka. Walaupun Islam memberi kebebasan beragama kepada sesiapa sahaja dari kalangan orang-orang kafir, namun Islam tetap mengajak umat manusia kepada menerima ajaran Islam yang murni dan tidak pernah mengiktiraf agama-agama mereka sebagai kebenaran. Ini kerana, hanya Islam sahaja merupakan agama yang boleh menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Maka, konsep toleransi dalam Islam tidak membawa kepada sama-rata atau persamaan secara mutlak, tetapi masih wujud konsep eksklusifnya seperti hanya Islam sahaja diterima sebagai agama di sisi Allah s.w.t., hanya penyembahan kepada Allah s.w.t. sahaja secara tauhid, yang diterima di sisi Allah s.w.t. dan selain konsep kehambaan ini, tidak menyelamatkan seseorang daripada kekal dalam neraka.
Soalan 5
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Allah s.w.t. mengakui kebenaran Islam bahkan mengiktiraf hanya Islam sebagai suatu kebenaran dan hanya Islam merupakan agama yang benar yang mengandungi segala ajaran yang benar dalam segenap sudut samada dari sudut aqidah, hukum-hakam dan akhlak. Berdasarkan ajaran Islam juga, hanya dengan aqidah murni Islam sahaja, seseorang dapat selamat daripada api neraka. Walaupun Islam memberi kebebasan beragama kepada sesiapa sahaja dari kalangan orang-orang kafir, namun Islam tetap mengajak umat manusia kepada menerima ajaran Islam yang murni dan tidak pernah mengiktiraf agama-agama mereka sebagai kebenaran. Ini kerana, hanya Islam sahaja merupakan agama yang boleh menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Maka, konsep toleransi dalam Islam tidak membawa kepada sama-rata atau persamaan secara mutlak, tetapi masih wujud konsep eksklusifnya seperti hanya Islam sahaja diterima sebagai agama di sisi Allah s.w.t., hanya penyembahan kepada Allah s.w.t. sahaja secara tauhid, yang diterima di sisi Allah s.w.t. dan selain konsep kehambaan ini, tidak menyelamatkan seseorang daripada kekal dalam neraka.
Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.Demonstrasi kepala lembu adalah suatu demostrasi telah diadakan di depan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Shah Alam, Selangor pada hari Jumaat, 28 Ogos 2009 selepas sembahyang Jumaat dengan menggunakan kepala lembu sebagai lambang protes. Daripada ribuan jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kira-kira 200 jemaah lelaki telah berjalan kaki sejauh 2 km, berarak ke bangunan SUK Shah Alam iaitu ibu pejabat Menteri Besar Selangor Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Rodziah Ismail. Salah seorang daripada mereka membawa kepala lembu yang masih berdarah dan dipijak-pijak sebagai tanda protes terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang seolah-olah 'lembu dicucuk hidung'. Dalam laman web sebelumnya ,memang ada cadangan membawa kepala lembu. Kepala lembu itu mulanya tersangkut di pagar masjid Shah Alam . Lembu dan babi pernah mencetuskan peristiwa 'Black hole Culcutta' di India. Penduduk berugama Islam di Seksyen 23, Shah Alam tertanya-tanya dan tidak setuju kuil [Hindu]] dibina berhampiran kawasan perumahan mereka. Kuil baru itu sebenarnya adalah kuil Hindu dari Seksyen 19 yang akan dipindahkan ke Seksyen 23. Lokasi baru ini berhampiran dengan taman permainan dan 300 meter dari rumah penduduk . Penduduk Seksyen 23 mahu kuil S19 dipindahkan sahaja ke S22 iaitu di kawasan industri, bukan di S23. Lagipun penganut Hindu S19,S22 dan S23 sekitar 20 % sahaja. Rumah YB Rodziah Ismail selaku Adun Batu Tiga dikatakan di SS19. Penduduk S23 tidak diajak berbincang walaupun pejabat Adun terdapat di situ. Penduduk Melayu di Taman Ixora S23 diminta bertolak ansur dalam kehidupan masyarakat majmuk. Penduduk Melayu tentu akan sama tersinggung jika penduduk Klang yang ramai India membantah pembinaan masjid dan surau. Selama ini orang Melayu tidak pernah membantah kuil-kuil yang dibina di kawasan ladang atau di kawasan majoriti India kerana mereka berjauhan. Banyak juga masjid dan surau di Malaysia yang bersebelahan dengan kuil dan gereja seperti di Teluk Intan dan di Singapura . Memorandum bantahan telah diserahkan kepada Rodziah Ismail menerusi pegawai khasnya, Naim Yusri pada 14 Ogos 2009.Pengerusi Badan Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil itu Ahmad Mahyuddin Abdul Manaf mendakwa kuil S23 di atas tanah perindustrian milik PKNS tidak sesuai kerana ia terletak 160 meter dari kawasan penempatan yang 70 % penduduknya beragama Islam selain berdekatan dengan Surau Al-Jannah Taman Ixora S23. [1][2] Kuil di S19 dipindahkan kerana berada di depan rumah orang (8 meter) sahaja. Kesesakan berlaku apabila pihak pihak kuil mengadakan upacara . Minit mesyuarat ditandatangani oleh Rodziah Ismail dan Khalid Abdul Samad bertarikh 7 Mei 2009 meluluskan cadangan itu setelah berunding dengan pengguna kuil S19 tetapi tidak berunding dengan penduduk S23. Pemindahan kuil itu bersyarat iaitu : Seluruh lot tanah kuil diwartakan sebagai milik kuil dan setengah ekar (0.2 hektar) untuk kuil manakala bakinya kawasan lapang atau tempat letak kereta. Kuil sedia ada di Seksyen 19 masih boleh beroperasi sehingga hujung tahun 2010 atau sehingga kuil baru di Seksyen 23 siap sepenuhnya