Hazwani yusri's 1.A3 : Video - OpenLearning

HAZWANI BINTI YUSRI

AB140018

SEKSYEN 3

UTHM 

EN. NIZAM BIN ATTAN

Malaysia mengalami pelbagai era untuk mencapai kestabilan negara yang diimpikan . Era kejatuhan , kegemilangan dan pelbagai lagi telah Malaysia atau dikenali juga sebagai Tanah Melayu . Bermulanya era Malaysia dengan zaman penjajahan Jepun pada 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 . Mungkin tidak lama tapi memberi kesan mendalam kepada Tanah Melayu . Tentera Jepun telah menjajah Tanah Melayu demi mendapat sumber semulajadi . Tanah Melayu yang diduduki etnik melayu telah berperang dengan tentera Jepun demi mempertahankan tanah air sendiri . 

 
    Berdasarkan video yang disediakan untuk tajuk Era-era dalam hubungan etnik di Malaysia . Era konflik yang terjadi selepas Perang Dunia ke 2 telah meninggalkan perasaan takut kerana perang merupakan keganasan yang halal . Pelbagai bentuk kumpulan telah wujud seperti munculnya komunis dan pelbagai parti . Pada zaman jepun , pengenalan dan penggunaan mata wang Jepun telah digunakan di Tanah Melayu . Rusuhan juga berlaku antara kaum cina dan melayu yang memberi kesan terhadap hubungan etnik di Malaysia sehingga kini . Sedikit sebanyak masih wujud jurang antara kaum . 
 
    Selain itu , mogok pekerja yang timbul pada tahun 1947 juga melibatkan pelbagai etnik di Tanah Melayu . Mogok kerja juga dikenali sebagai 'Hartal' . Tujuan utama mogok kerja adalah untuk membantah perlembagaan persekutuan digubal oleh penjajah British ketika itu . Bantahan tersebut telah dipimpim oleh Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya . Mereka mengutamakan supaya perlembagaan rakyat yang menitikberatkan hak kesaksamaan dan keadilan kepada semua kaum tidak kira agama atau budaya . Pada ketika itu , lebih 60% pekerja telah mogok demi mempertahankan hak negara . Mereka telah bergabung dengan kesatuan sekerja . Mogok tersebut mencerminkan betapa pentingnya kelas pekerja . 
 
    Tanah Melayu juga mengalami zaman darurat dalam waktu yang panjang sehinggalah berlakunya Tragedi Berdarah pada 13 Mei 1969 . Tragedi ini telah mengorbankan sejumlah penduduk Tanah Melayu antara kaum melayu dan cina . Peristiwa ini berlaku di kawasan batu , Selangor pada hari keputusan Pilihanraya diumumkan . Ia merupakan sejarah hitam negara . Parti Gerakan telah diberi kebenaran mengadakan perarakan kemenangan Gerakan . Banyak kenderaan ditepi jalan dibakar tanpa mengetahui nasib pemandu dan penumpang . Oleh itu pada 14 Mei 1969 , Yang dipertuan Agong Malaysia telah mengisytiharkan darurat . Perlambagaan dan parlimen digantung . 
 
    Pada pendapat saya , peristiwa yang wujud memberi pelbagai kesan baik mahupun buruk . Era-era yang dialami penting untuk pembangunan negara dan masa depan generasi akan datang . Penting juga untuk membina hubungan etnik yang baik di Malaysia . Zaman Jepun telah membawa masuk etnik berbangsa cina ke dalam Tanah Melayu . Pelbagai budaya ditarik atau dipelajari oleh penduduk Tanah Melayu . Tentera Jepun yang memasuki Tanah Melayu ketika penjajahan British . Walaupun penjajahan British banyak menggunakan jenis pentadbiran mereka dalam sistem Tanah Melayu , Ia membantu Tanah Melayu mempunyai pentadbiran yang lebih baik . 
 
    Ketika terdapatnya ancaman komunis , pelbagai cara telah dilakukan untuk mendedahkan ahli komunis . Komunis merupakan parti yang wujud untuk menentang jajahan Jepun di Tanah Melayu . Antara langkah Jepun untuk mendedahkan komunis adalah dengan membuat catuan makanan dan mengehadkan jam penduduk keluar masuk . Komunis bertempat di dalam hutan untuk bersembunyi daripada tentera Jepun . Pada zaman ini , rakyat hidup dalam kesengseraan . Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat menakutkan penduduk Tanah Melayu . Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang tentera Jepun . Era ini merupakan era kejatuhan atau era jajahan penduduk Tanah Melayu . Ekonomi negara merosot , ramai rakyat yang mati kebuluran , hasil pertanian dirampas , pengganguran bertambah , dan ubat ubatan tidak mencukupi menyebabkan banyak penduduk mati akibat berpenyakit . 
 
    Era ini juga , orang cina juga berperang dengan tentera jepun . Dasar penjepunan diperkenalkan , sekolah-sekolah diganti dengan sekolah jepun , lagu negara jepun juga dinyanyikan . Lebih teruk apabila penduduk cina yang ingin menghantar bekal atau keperluan ke negara China ditangkap dan dibunuh dengan kezaliman . Rakyat dipaksa untuk membina Keretaapi Maut di Thai . Zaman pendudukan jepun telah menaikkan semangat tetapi masalah perpaduan kaum yang diwujudkan telah menyebabkan masyarakat menjadi kucar kacir . Pada awal kemasukan tentera jepun , mereka telah meyakinkan rakyat untuk membantu mereka dengan mencipta slogan atau propaganda 'Asia untuk orang Asia' . Tentera Jepun menjanjikan untuk memerdekakan Tanah Melayu dari sebarang jajahan . Tetapi kejadian yang berlaku adalah sebaliknya . Kekerasan digunakan . Akibat daripada zaman jepun , semangat cintakan negara dipupuk dan cuba untuk menyatukan pelbagai etnik . 
 
    Kerajaan telah mencuba pelbagai usaha untuk menyatukan semula pelbagai kaum setelah berlakunya pelbagai tragedi buruk di Malaysia . Era tegang tapi stabil yang dikatakan didalam video tersebut merupakan era yang terjadi pada bermulanya darurat sehingga lah peristiwa tragedi berdarah . Darurat sendiri bermula ketika pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa eropah di Sungai Siput , Perak . Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat . Parti Komunis Malaya juga diharamkan pada 23 Julai 1948 . Inilah antara peristiwa yang berlaku ketika zaman penjajahan Jepun . 
 
    Antara usaha kerajaan selepas berlakunya Tragedi Berdarah pada 13 Mei , Rukunegara telah dibuat sebagai dokumen awal untuk menanamkan semangat kesetiaan , kesopanan , kesusilaan dalam diri setiap rakyat Malaysia yang pelbagai kaum . Selain itu , wawasan 2020 juga merupakan satu pandangan jauh yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri . Wawasan 2020 diciptakan untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju dari pelbagai segi termasuklah ekonomi , pengangkutan juga pembangunan . Pelbagai cabaran yang wujud bagi merealisasikan Wawasan 2020 . Dasar ekonomi baru juga telah diwujudkan pada tahun 1970-1990 sebagai tindak balas kepada peristiwa 13 Mei . Dasar ini digubal melalui penghapusan kemiskinan dan struktur sosio-politik serta ekonomi Malaysia yang tidak seimbang . Antara dasar lain yang digubal adalah dasar pembangunan nasional , dasar kebudayaan kebangsaan , dan dasar pendidikan kebangsaan . 
 
    Kesimpulannya , era-era yang wujud sepanjang tempoh Tanah Melayu atau Malaysia hendak mencapai perpaduan dan memerdekakan negara memberi kesan yang baik dan juga buruk . Kesan yang baik adalah pelbagai kaum yang masuk ke dalam negara melayu dan wujudnya pelbagai budaya dan agama telah diterapkan dalam jati diri rakyat . Selain itu , penduduk Malaysia yang pelbagai akhirnya berjaya hidup bersatu padu dan harmoni . Kesan buruk pula , banyak nyawa yang terkorban demi mempertahankan negara tercinta dan mempelajari bahawa peperangan dan pergaduhan bukan lah satu jalan untuk mencapai sesuatu kemenangan atau mendapatkan sesuatu hasil . Setiap era yang berlalu dan bakal berlaku mempunyai kesan tersendiri terhadap negara . 
 
URL youtube :https://www.youtube.com/watch?v=489P1WyzOQU

Comments

Chat