HAZWANI BINTI YUSRI
AB140018
SEKSYEN 3
UTHM
EN. NIZAM BIN ATTAN
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, hubungan merupakan pertalian, kaitan ataupun sangkut paut. Manakala Etnik pula di definasikan sebagai kaum atau bangsa. Dengan ini, Hubungan Etnik ini bermaksud suatu pertalian kaum. Berdasarkan video yang saya telah lihat, Hubungan Etnik boleh di pecahkan kepada dua bahagian ataupun konsep iaitu, Perpaduan dalam kepelbagaian dan Kesepaduan Sosial. Konsep perpaduan dalam kepelbagaian mempunyai dua perspektif yang berbeza. Perspektif yang pertama ialah Psikologi Sosial dan perspektif yang kedua ialah Antropologi-Sosiologi.
Psikologi Sosial, boleh di definasikan sebagai kajian tentang pengaruh social terhadap perilaku manusia. Psikologi social dianggap tidak memeliki peranan penting tetapi kini hal itu mula berubah. Dalam psikologi modern, psikologi sosial mendapat tempat dan posisi yang sangatlah penting. Hal ini kerana, psikologi social telah memberikan pencerahan tentang bagaimana berfungsinya otak pemikiran manusia dan ia juga mewarnai jiwa dari masyarakat kita. Antropologi Sosiologi pula boleh di definasikan sebagai kajian tentang masyarakat dan budaya. Antropologi merupakan ilmu tentang manusia masa lalu dan kini, yang mengambarkan manusia melalui ilmu pengetahuan social dan alam. Antropologi ini bertujuan untuk lebih memahami manusia sebagai spesies “homo sapiens” dan makhluk social yang komprehensif. Antropologi menggunakan teori evolusi biologi dalam memberikan erti dan fakta sejarah. Ianya juga banyak menekankan dan menjelaskan perbezaan antara kelompok- kelompok manusia dalam perspektif budaya, perilaku social, Bahasa, dan pendangan hidup. Antropologi lahir dari orang orang Eropah pada ciri ciri fasiknya, adat istiadat dan budaya etnik- etnik lain yang berbeza.
Perpaduan; boleh di definasikan sebagai suatu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui ideaologi. Selain itu, ianya juga bermaksud membentuk / mencipta satu identity dan nilai bersama malah satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan juga boleh di definasikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air. Perpaduan ialah kesamaan atau kesatuan-satu bangsa, satu agama, satu Bahasa, satu negara. Gambaran suatu masyarakat yang sempurna dan tidak boleh menjadi kenyataan. Perkataan “Perpaduan dalam kepelbagaian”, dari sudut pandangan sosial, ia merupakan rasa kesatuan yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal. Menurut pandangan ataupun perspektif antropologi-sosiologi, ia merupakan rumusan tentang bagaimana manusia mengurus dan menyusun perbezaan social di kalangan mereka. Konsep “kesepaduan sosial” merupakan satu fenomena ataupun insiden perpaduan dan ianya boleh difahami menerusi konsep ‘takrifan harian’ dan ‘takrifan autoriti’. Takrifan Autoriti ini bermaksud cenderung bersifat tetap. Contohnya; orang Melayu merupakan orang yang menganut agama Islam, boleh bertutur dan berkata kata dalam Bahasa Melayu serta mengamalkan adat resam orang melayu. Manakala, Takrifan Harian pula bermaksud takrifan masyarakat awam berbeza dalam kehidupan seharian. Contohnya, orang Melayu merupakan orang yang bertutur sebahagian dalam Bahasa Melayu dan sebahagian lagi bertutur dalam Bahasa Inggeris. Takrifan harian oleh masyarakat lebih pelbagai dan terdapat unsur bertolak ansur serta saling memahami bagi memastikan kehidupan mereka diteruskan dengan aman dan tidak mempuyai sebarang konflik yang mampu membawa kemusnahan kepada perpaduan.
Kenapa kita perlu mengurus dan menyusun perbezaan ini? Mengurus dan menyusan perbezaan ini akan mewujudkan keadaan yang lebih aman dan stabil, agar kita dapat meraih kesenangan dan kemewahan. Kita semua mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh itu, kesemua rakyat Malaysia perlu sedar serta mengambil berat akan kepentingan ke atas perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberikan impak yang sangat besar kepada seluruh rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama. Perpaduan kau mini dikatakan sangat penting kerana ianya yang dapat mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan polotik dalam setiap jabatan perlulah terjamin bagi keutuhan sktrutur pentadbiran Malaysia. Sekiranya kestabilan politik dan perpaduan kaum di Malaysia sangatlah stabil, maka ia akan memberi impak positif kepada Negara Malaysia seperti dapat melebarkan jalinan persahabatan dan perdangangan bagi mencukupi arena global. Perpaduan kaum juga dapat menjamin keselamatan Negera Malaysia. Secara amnya, kita mengetahui bahawa Malaysia ini terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, India dan Cina yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan juga kepercayaan sejak dekad yang lalu. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan drastik sehingga kita setanding dengan negara negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi oekbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.
Konsep Kesepaduan Sosial – satu fenomena social yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan. Mendorong ahli masyarakat berusaha untuk mencapai perpaduan. Konsep kesepaduan adalah lebih realistic dalam konteks Malaysia. Oleh itu, konsep kesepaduan sosial ini diutarakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku di Malaysia. Di Malaysia, telah berlakunya tiga era iaitu era konflik, era tegang tapi stabil, era kesepaduan sosial. Era konflik dimana berlakunya Pasca Perang Dunia yang kedua. Rusuhan Etnik, huru hara buruh serta darurat berlaku semasa era ini. Era konflik ini berlaku bermula pada 1945-1960. Selepas tamat sahaja era konflik, berlaku pula era tegang tapi stabil iaitu bermula pada tahun 1961 sehingga 1970. Dalam era tegang tapi stabil ini berlakunya Pembentukan Malaysia 1963, Konfrontasi 1963-1966, Singapura dan Malaysia berpisah pada 9 Ogos 1965 dan sebagainya. Selepas itu, tibanya era kesepaduan sosial (1971-2011) di mana kita memperolehi 40 tahun keamanan dan kestabilan. Pada waktu ini, lahirnya masyarakat Malaysia yang matang, suka bertikam lidah tetapi tidak berperang sehingga berlaku pertumpahan darah. Wujudnya konflik tetapi masih hidup dalam kesepaduan. Jadi, kita haruslah berusaha mengekalkan perpaduan dalam Malaysia ini. Dengan bantuan tayangan video ini, saya rasa saya lebih mengerti maksud Perpaduan dan Kesepaduan Sosial dengan lebih mendalam dan mampu membuat perbezaan antara kedua terma ini.