Soalan
Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam gambar rajah di atas, tuliskan satu kertas refleksi mengenai peranan pendidikan di dalam membina kesepaduan sosial berdasarkan pengalaman anda sendiri.Minggu lepas adalah minggu yang sibuk buat para ibubapa yang menguruskan anak anak tahun satu yang memulakan alam persekolahan. Anak anak kecil ini akan mula mengenali satu lagi dimensi baru dalam kehidupannya. Jika dulu hanya keluarga dan jiran tetangga sahaja yang memenuhi alam kehidupannya, permulaan kepada alam persekolahan akan membawa mereka ke alam rakan sebaya yang baru di kenali, tanggungjawab belajar dan melalui budaya persekitaran sekolah yang berbeza dengan budaya persekitaran keluarga. Alam pendidikan di sekolah bukan sahaja akan membina kejayaan akademik tetapi juga akan ‘mendidik’ anak-anak ini tentang belajar hidup bersama orang lain. Mengimbau kembali ketika Dasar Ekonomi Baru di bentuk dan mula dilaksanakan pada tahun 1970, dua matlamat utama yang telah diletakkan ialah membina sebuah masyarakat yang bersatupadu melalui tindakan menyusun semula masyarakat dan juga membasmi kemiskinan. Dua agenda ini telah dilaksanakan sehingga tahun 1990 melalui rancangan Malaysia lima tahun. Hinggalah pada akhirnya DEB telah menunjukkan hasil apabila masyarakat kita berjaya disusun semula dan kemiskinan berjaya dikurangkan. Peratus ekuiti bumiputera pula telah berjaya diseimbangkan dengan kumpulan bukan bumiputera, Begitu juga dengan pengukuhan jumlah tenaga profesional bumiputera seperti jurutera, doktor, arkitek dan sebagainya yang semakin bertambah. DEB sebagai satu program afirmatif telah berjaya memberikan satu asas kepada bentuk rupabangsa Malaysia yang baru selepas Mei 1969. Malah sebagai mengukuhkan lagi kejayaana DEB, di bawah dasar Pembangunagan nnasional selepas 1990, kita bercita cita menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan satu rupa bangsa malaysia yang baru. Sebenarnya pemikiran untuk mewujudkan sebuah negara yang rakyatnya bersatu padu telah bermula setahun sebelum merdeka melalui Laporan Pelajaran Razak 1956. Antara intipati utama laporan itu ialah pendidikan mestilah berfungsi membina perpaduan secara berkesan. Maka Laporan Pelajaran Razak telah meletakkan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kepada semua sekolah untuk membina satu ‘bangsa malaysia’ melalui cara berkongsi satu bahasa. Hal ini diterima oleh semua kumpulan etnik kerana Laporan razak juga mengiktiraf penggunaan bahasa ibunda masing masing di sekolah Cina dan sekolah Tamil. Sejak 1957, keberkesanan dalam mencapai perpaduan melalui pendidikan telah dikaji dan diperbincangkan oleh ramai pakar pendidikan. Berbagai pandagan serta agenda kerajaan untuk mencapai perpaduan melalui pendidikan telah dilakukan sejak 50 tahun yang lalu. Tetapi kajian kajian terkini misalnya oleh Helen Ting (2012), Wan Norhasniah (2011) menunjukkan perpaduan yang diharapkan seperti yang diutarakan di dalam Laporan Pelajaran Razak (1956) masih belum tercapai sepenuhnya. Apa silapnya? Bulan lalu, Prof Ulung Negara, Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin telah menyampaikan ucap utama di dalam sebuah seminar bertemakan Pemikiran Tun Mahathir Mohammad di ibunegara. Seminar anjuran Majlis Profesor Negara ini sempena menghargai sumbangan mantan Perdana Menteri itu. Antara intipati utama ucapan beliau ialah kita harus kembali meneliti dua konsep asas yang digunakan selama ini tetapi masih tidak difahami sepenuhnya. Pertama perpaduan dan keduanya kesepaduan. Perpaduan (unity in uniformity) merujuk kepada usaha menyatukan semua kumpulan etnik menjadi satu dan berpadu. Perpaduan adalah matlamat akhir kepada semua usaha membentuk satu bangsa malaysia. Perpaduan bermaksud sama, serupa dan tidak berbeza antara satu sama lain. Kesepaduan sebaliknya merujuk kepada satu ‘proses’ yang mempunyai maksud ‘progress’. Kesepaduan (unity in diversity) membawa makna kita mempunyai rakyat yang multietnik yang berbagai budaya, agama, bahasa dan adat tetapi mempunyai keinginan secara bersama dan berkeupayaan untuk bersepadu sebagai sebuah bangsa Malaysia. Kesepaduan ini memerlukan rakyat untuk sanggup bertoleransi, rakyat yang mempunyai kematangan bertindak serta menggunakan perundingan bukan pergaduhan sebagai ‘alat’ menyelesaikan konflik yang timbul antara kaum di negara ini. Maka untuk mencapai perpaduan di dalam semua negara yang multi etnik dengan kepelbagaian budaya, bahasa dan agama memerlukan satu tempoh masa yang sangat panjang dan berliku. Apa yang boleh diusahakan secara berterusan ialah meraikan kepelbagaian melalui kesepaduan.