Jawapan Esei
Menurut Verhaar (1985:1), „linguistik‟ berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘lingua’ yang bermaksud bahasa. Selain itu, perkataan linguistik juga boleh ditemukan dalam bahasa Perancis „Langue dan Langage‟, Itali „Lingua‟, Sepanyol „Lengua‟ dan Inggeris „Linguistics‟. Menurut Kamus Dewan (1993) perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Terdapat perbezaan antara istilah ahli bahasa, ahli linguistik dan ahli terjemahan. Ahli bahasa adalah individu yang mahir dalam satu-satu bahasa, terutamanya dari segi peraturan bahasa serta penggunaan bahasa yang betul dalam pelbagai konteks. Ahli linguistik pula adalah individu yang mahir tentang teori-teori lingistik serta kaedah-kaedah penyelidikan linguistik. Seseorang ahli linguistik yang bersandarkan sesuatu teori boleh menjelaskan apa-apa fenomena atau permasalahan dalam bahasanya sendiri atau bahasa-bahasa lain walaupun beliau sendiri tidak memahami bahasa tersebut. Ini juga Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa| 2 bermakna ahli linguistik bukanlah seseorang yang mahir dalam banyak bahasa seperti ahli terjemahan. Ahli terjemahan ialah seseorang yang mahir lebih daripada satu bahasa. Kemungkinannya, seseorang itu boleh menterjemahkan bahasa Melayu dengan bahasa Rusia atau dengan beberapa bahasa yang lain. Sejarah perkembangan ilmu linguistik sebagai salah satu disiplin ilmu moden secara relatifnya masih dianggap baharu. Di Eropah seperti Britain, ilmu ini mula berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an. Ijazah ilmu linguistik mula-mula diperkenalkan di Universiti York, Britain. Di Malaysia pula, ilmu linguistik mula diajarkan di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei 1984. Bidang ini telah mendapat perhatian hampir di semua universiti di Malaysia. 1.1 Definisi Linguistik Berikut ialah beberapa pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu linguistik: 1. John Lyons (1968) mendefinisikan linguistik sebagai “the scientific study of language”. 2. David Crystal (1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. 3. Langacker (1987), mendefinisikan linguistik sebagai kajian terhadap bahasa manusia. 4. Ferdinand de Sausure (1988), mendefinisikan linguistik sebagai kajian mengenai bahasa yang diucapkan oleh segolongan masyarakat. 5. Verhaar (1993) menyatakan bahawa linguistik adalah suatu kajian ilmu bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa perkataan „linguistik‟ sudah memberikan maksud kajian yang menyentuh sesuatu kajian bahasa boleh dilaksanakan. 1.2 Saintifik Kajian Linguistik Saintifik bermaksud sesuatu kajian itu dilakukan berdasarkan metodologi yang tepat, bersandarkan teori-teori tertentu, mempunyai sampel atau data kajian yang sah, dan mempunyai dapatan kajian yang sah. Kajian saintifik dikenali sebagai empiris atau emperikal iaitu dilakukan secara menyeluruh. Kajian mestilah konsisten, iaitu dilakukan secara berterusan terhadap sesuatu sampel atau data bahasa. Emperikal juga mempunyai ciri ekomomi dalam menghasilkan sesuatu dapatan kajian bahasa. Dapatan kajian mestilah ringkas, padat dan tepat. Pengenal