1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik melalui penggunaan bahasa Melayu yang telah diaplikasikan dalam buku tersebut. Bahasa merupakan medium terbaik dalam memupuk hubungan etnik. Dengan erti kata yang lain, bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar utama di dalam buku teks. Pada masa yang sama, buku teks mengandungi penyampaian nilai-nilai murni dalam bahasa Melayu yang mudah difahami berserta ilustrasi gambar yang menarik. Secara tidak langsung, menarik minat pembaca yang terdiri daripada pelbagai etnik dan akhirnya penyampaian nilai murni dalam buku tersebut mencapai objektif. Hal ini demikian kerana, pembaca yang terdiri daripada pelbagai etnik akan mengamalkan nilai murni dan meningkatkan lagi penguasaan dalam bahasa Melayu melalui pembacaan buku teks. Maka, penguasaan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merancakkan lagi komunikasi yang baik antara etnik dan dengan mudah dapat mengeratkan lagi hubungan etnik yang berbilang kaum.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan merupakan cara paling mudah untuk mengeratkan hubungan dalam masyarakat pelbagai budaya di Malaysia. Hal ini demikian kerana, artis menjadi idola kepada masyarakat. Maka tindak-tanduk artis dapat mempengaruhi masyarakat. Kebiasaannya artis bersifat terbuka dari segi pergaulan dengan artis-artis lain yang berbilang kaum. Artis juga mudah dalam mengayakan baju-baju etnik yang berbilang kaum. Sebagai contoh, Faizal Tahir artis lelaki yang berketurunan Melayu berduet dengan artis berbangsa Cina iaitu Elizabeth Tan yang berbaju kurung di dalam sebuah lagu melayu. Secara tidak langsung, masyarakat akan terpengaruh dan cenderung untuk menjalinkan hubungan antara kaum serta memahami budaya masyarakat lain.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Apresiasi merupakan kepada penghargaan atau penilaian yang positif terhadap sesuatu karya yang dihasilkan. Seni pula dapat diertikan sebagai hasil ciptaan manusia yang mempunyai nilai etika tertentu. Hal ini dapat dirumuskan bahawa apresiasi seni adalah penghargaan kepada hasil karya seni. Setiap kaum mempunyai seni mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, kaum Melayu terkenal dengan tarian Zapin, kaum Cina pula terkenal dengan tarian kipas. Manakala kaum India, tarian tradisionalnya iaitu tarian Bharata Natyam.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Antara kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum. Di Malaysia adalah kawalan dari segi dasar pendidikan dan dasar politik. Dari segi kawalan dasar pendidikan, negara meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah dan syarat kelulusan bahasa Melayu di peringkat SPM menjadi satu terma untuk memohon kemasukan ke universiti awam. Secara tidak langsung, masyarakat yang berbilang kaum akan berkomunikasi dalam satu bahasa dan proses integrasi antara kaum mudah berlaku kerana penggunaan bahasa kebangsaan yang mudah difahami. Seterusnya, dasar kawalan politik negara yang menetapkan pentadbiran dan perundangan negara tertumpu kepada perlembagaan negara dan demokrasi berparlimen. Hal ini dapat memupuk perpaduan kaum melalui penggunaan satu perlembagaan dan pemimpin yang mewakili etnik berbilang kaum berhak bersuara dan bertukar-tukar pendapat. Secara tidak langsung, sifat perpaduan dapat dipupuk.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pada pendapat saya, parti politik sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum berbanding perpaduan kerana itulah terjadi sedikit pergolakan dalam kalangan rakyat. Parti politik kurang menitikberatkan persoalan perpaduan tetapi hanya bergabung ketika pilihan raya bagi memerintah Malaysia.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Orientasi organisasi bukan kerajaan (NGO) merupakan suatu badan beruniform yang mana tujuan penubuhannya adalah untuk memperjuangkan hak-hak kepentingan yang mereka mahukan tanpa campur tangan kerajaan. Selain itu, pertubuhan ini ditubuhkan bukanlah bertujuan untuk mencari keuntungan semata-mata. Pada pendapat saya NGO pada masa sekarang lebih mengutamakan perpaduan berbanding polarisasi kaum. Hal ini jelas terbukti melalui aktiviti yang diadakan kebanyakan NGO pada hari ini yang mana berbentuk gotong-royong beramai-ramai bagi membantu pihak yang memerlukan serta menubuhkan Rukun Tetangga yang mana berfungsi bagi menjaga keselamatan dan keharmonian kaum. Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan yang erat antara kaum dapat dijana
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persefahaman antara pelbagai etnik permainan tradisional yang menjadi warisan dan wadah persefahaman adalah permainan congkak. permainan congkak dimainkan oleh berbagai-bagai etnik dan tidak mengira jantina.