1. Huraikan peranan (i) agama dan (ii) budaya dan nilai dalam membina personaliti berjiwa Malaysia.
Negara tidak mungkin dapat membangun di dalam apa bidang sekalipun jika sekiranya rakyat tidak dapat bersatu hati dan enggan bekerjasama. Kita akur dengan kata-kata seperti “Muafakat membawa berkat”. Kita akui kebijaksanaan kata-kata pusaka “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.” Kita juga sering melaungkan “Bersatu Teguh Bercerai Runtuh”. Negara hanya dapat dibina di dalam suasana yang aman dan damai. Ketenteraman ini hanya dapat dijamin dengan adanya persefahaman di antara rakyat. Kita juga telah menyaksikan beberapa negara di dunia yang menderita akibat dilanda sengketa dan rusuhan kaum. Oleh itu Malaysia menjalankan berbagai usaha untuk menjauhkan rakyat dari bencana ini. Perpaduan di antara rakyat berbilang kaum adalah asas yang kukuh untuk pembinaan negara. Menerusi penyatuan dan perpaduan ini dapatlah kita berusaha menangani cabaran-cabaran seterusnya bagi merealisasikan wawasan gemilang sebagai bangsa Malaysia yang berkeyakinan, demokratik, makmur, bertolak ansur, liberal, saintifik, progresif, penyayang, bermoral dan beretika. Pengertian “Bangsa Malaysia yang Bersatupadu” Apakah yang kita maksudkan dengan ungkapan “Bangsa Malaysia yang Bersatupadu”? Apakah ciri-ciri yang terdapat pada bangsa Malaysia yang bersatupadu? Atau dengan kata lain, di dalam situasi bagaimanakah maka kita dapat menganggap yang negara telah berjaya mengatasi cabaran yang pertama ini. Bangsa Malaysia yang bersatupadu bererti: -Setiap rakyat dengan nyata dan ikhlas menerima negara Malaysia sebagai tanahair yang tunggal dengan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. - Setiap rakyat merasa komited untuk menjayakan cita-cita negara. Ini bermakna matlamat negara telah dikongsi bersama oleh setiap rakyat. -Setiap rakyat dengan rasa bangga mengidentifikasikan diri sebagai warga Malaysia dan tidak seagai golongan sesuatu etinik, ras atau penghuni dari sesuatu wilayah atau daerah. Adalah amat ideal kalau semuanya mengamalkan cara hidup atau berbudaya Malaysia dan menghapuskan ciri-ciri yang menonjolkan pengenalan mereka sebagai berketurunan tertentu. Pendek kata mereka berjiwa Malaysia dan berupa Malaysia. Namun walaupun masih ada ciri-ciri keturunan dan kedaerahan yang diwarisi, mereka tidak akan membiarkannya menjaid sentimen sehingga mencetuskan persengketaan. - Setiap rakyat berpegang kepada nilai-nilai murni yang tidak bercanggah di antara satu sama lain dan tidak merasa perlu untuk berperang-perangan bagi menegakkan sesuatu pegangan hidup yang mungkin berbeza dengan orang lain. Di sini tetap wujud sikap bertolak ansur demi keharmonian bersama. Usaha untuk membina bangsa yang bersatupadu Apakah langkah yang sedang dijalankan bagi mencapai hasrat pembinaan bangsa Malaysia yang bersatupadu? Sebahagian dari langkah-langkah ini dapat dirumuskan oleh petikan ucapan Dato Seri Dr Mahathir di bawah ini, “Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatupadu, kita telah memperkenalkan pelbagai dasar-dasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasu “Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatupadu, kita telah memperkenalkan pelbagai dasar-dasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk Dasar Pendidikan Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Perpaduan negara adalah matlamat penting dalam dasar dan program berkenaan. Kesemua dasar dan program ini boleh menyumbangkan ke arah hubungan sosial yang sihat di kalangan masyarakat majmuk, perkongsian nilai dan persepsi, persamaan ideniti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan yang mengekalkan warisan bangsa.” Dr Mahathir berkata demikian semasa berucap di majlis makan malam anjuran Kelab Harvard di Kuala Lumpur pada 31 Januari 1992. Petikan ini menjelaskan bahawa Kerajaan telah melancarkan dasar-dasar yang bermatlamatkan penyatuan dan perpaduan rakyat. 1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) danDasar Pembangunan Nasional (DPN). DPN telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991 bagi meneruskan hasrat yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum sebagai langkah pengukuhan perpaduan negara. DPN menggariskan eberapa startegi yang diantaranya jelas mencerminkan cita-cita memakmur dan membina bangsa yang bersatupadu. Ianya mengambil langkah-langkah agi memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan menjadi lebih sama rata dan saling melengkapi di antara satu dengan lain, memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan dalam masyarakat perindustrian melalui s satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyususnan semula masyarakat. DPN juga bermatlamat untuk menghapuskan keadaan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia. Adalah menjadi cita-cita DPN bagi memperkukuh integrasi nasional dnegan mengurangkan jurang yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar dan dengan ini berupaya membangun sebuah masyarakat progresif di mana kesejahteraan dinikmati oleh semua rakyat di samping memiliki sikap dan nilai kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara. Usaha-usaha yang lebih gigih dilaksanakan untk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayan khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain. Program pelaksanaan untuk mengatasi kemisikinan di bandar-bandar juga dipertingkatkan. Kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan awam. Bandar dan desa di bangunkan dengan lebih teratur pertumbuhan setinggan dikawal, peluang-peluang untuk peniaga dan pengusaha kecil dibuka. Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusnan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Kedudukan ini boleh dicapai dengan perlaksanaan strategi meningkatkan gunatenaga dan penyertaan Bumiputera. Matlamat penyususnan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di berbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi berbagai kumpulan etnik dalam negara. 2. Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang lebih terlatih bagi pembangunan negara. Dengan hasrta ini lahirlah Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penek Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan antarabangsa. Prinsip-prinsip Kebudayaan Kebangsaan yang telah dikenalpasti ialah: 1) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan –persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu –Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. 2) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar. Unsur-unsur budaya lain seperti Cina, India, Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar boleh diberi pertimbangan dan penerimaan selagi tidak wujud percanggahan dengan Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara dan kepentingan nasional, serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya. 3) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Agama merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperiadi mulia. Penerimaan unsur-unsur budaya lain boleh dipertimbangkan selagi ia tidak mencemarkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi. Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan segala usaha Kerajaan ini hanya akan berjaya jika semua warga negara mencapai taraf perpaduan yang sebenarnya.
2. Ekonomi boleh memberikan kesan negatif kepada perpaduan kaum di Malaysia. Bincangkan.
What is the answer to this other question?Negara Akan Terus Maju Jika Perpaduan Kaum Dapat Dikekalkan Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM DR AHMAD ZAHARUDDIN SANI AHMAD SABRI Oleh: DR AHMAD ZAHARUDDIN SANI AHMAD SABRI editor@mstar.com.my (Ubah saiz teks) MALAYSIA memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing. Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara. Di kebanyakkan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama telah membawa peperangan yang berlarutan sekaligus membantut pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik negara berkenaan. Pergolakan Kaum Menggugat Kedaulatan Negara Negara kita telah pun mencapai kemerdekaan selama 55 tahun, namun dalam soal perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum masih tidak lagi diselesaikan sepenuhnya. Pada masa kini, hubungan yang harmoni sesama kaum dipandang ringan oleh sebahagian besar daripada kita. Menurut Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, isu sensitif antara kaum dalam soal hak, warna kulit, kepercayaan agama dan budaya sering dipertikaikan. Sebagai contoh, dalam insiden seorang pengetua sekolah menengah dan penolong pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis, mereka didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menyedihkan. Walaupun terdapat sebab-sebab di sebalik kejadian tersebut, tetapi perkataan sedemikian yang dikeluarkan oleh seseorang yang berkelayakan tinggi telah menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat Cina dan India, seolah-olah mereka diperlakukan seperti warga negara kelas kedua. Pada satu sudut yang lain pula, seorang bloger yang kemudian menjadi artis dan pengarah popular yang bernama Namewee sering kali menggubah lagu-lagu yang mengandungi unsur-unsur yang dilihat sebagai rasis oleh orang Melayu. Tetapi Namewee dikatakan bertindak sedemikian hasil daripada pengalamannya yang tidak dilayan dengan wajar oleh pihak-pihak tertentu. Filem kontroversinya ‘Nasi Lemak 2.0’ tidak menikmati penolakan cukai sebanyak 20% sebagaimana yang dinikmati oleh kebanyakan filem tempatan Malaysia yang lain walaupun filem tersebut berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia dan telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan di luar negara. Ironinya, tiada sebarang pengecualian atau pengiktirafan yang diberikan walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (2011), menyokong dan berkata bahawa ‘Nasi Lemak 2.0’ merupakan filem 1Malaysia. Justeru, ia membuktikan bahawa isu keharmonian antara kaum masih menjadi persoalan besar dan penyelesaian bagi masalah ini tidak ditemui lagi walaupun pelbagai usaha telah diambil. Faktor-Faktor Berlakunya Ketidakharmonian Hubungan Antara Kaum Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kenyataan di atas. Pertama sekali merupakan faktor sistem pendidikan yang berasingan. Rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai bahasa ibunda yang berbeza dan sistem persekolahan yang tersendiri. Ini sekaligus memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Misalnya, sekolah aliran kebangsaan akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Justeru, majoriti kaum Melayu yang akan menuntut di sekolah Melayu. Situasi ini menyebabkan interaksi para pelajar yang berbeza kaum dengan kaum yang berlainan sangat-sangat terhad. Persefahaman antara satu sama lain juga tidak disampaikan dengan sepenuhnya. Tambahan pula, sejak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19, selain bertujuan untuk mencari kekayaan, orang Cina tidak lupa akan tanggungjawab sosial mereka iaitu mendidik kanak-kanak Cina agar mereka mewarisi bahasa dan budaya etnik Cina. Justeru, penubuhan sekolah vernakular Cina menjadi satu agenda penting kepada mereka (Tan Yao Sua, 2005:65). Selain daripada itu, ibu bapa yang tidak yakin terhadap sekolah kebangsaan tetapi menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan yang merasakan struktur pendidikan tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka juga menjauhi hubungan antara etnik. Faktor yang kedua ialah keadaan politik di negara kita. Isu-isu mengenai bahasa, budaya, agama, kerakyatan dan ekonomi sering kali dijadikan isu oleh orang politik bagi tujuan tertentu. Teknik-teknik yang digunakan oleh orang politik berkenaan isu sensitif tersebut akan memberikan impak yang negatif kepada rakyat. Setiap kaum akan cuba mempertahankan hak mereka bagi mendapatkan satu keadaan yang sama rata. Sebagai contoh, parti-parti politik tertentu cuba mengambil peluang untuk menimbulkan perasaan kurang senang hati di kalangan masyarakat dan seterusnya menyebarkan propaganda berkenaan isu perkauman. Di samping itu, perbezaan nilai antara etnik juga mengakibatkan hubungan antara kaum bertambah rumit. Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan dan bahasa yang berlainan. Justeru, setiap kaum akan mengamalkan ciri-ciri yang kemudiannya menjadi identiti diri mereka. Persoalannya apabila identiti mereka dipersoalkan, kesejahteraan dan keamanan negara akan terancam. Oleh itu, setiap etnik cuba mengambil keputusan bagi mengurangkan interaksi antara satu sama lain. Impaknya jurang hubungan antara kaum semakin membesar. Anggota etnik akan memilih etnik yang sama dengan mereka sebagai kawan mahupun rakan sekerja. Mereka mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dan menerima budaya etnik yang lain dan menganggapnya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada mereka dalam kehidupan seharian. Sebagai contohnya, sesetengah pensyarah di IPTA terpaksa mengagihkan ahli kumpulan kerja kursus dengan memastikan setiap etnik terdapat dalam sesebuah kumpulan itu. Walaubagaimanapun, cara tersebut tidak memberikan kesan yang diingini kerana masalah komunikasi dan ketidakselesaan wujud di kalangan etnik. Masalah saling menyalahkan etnik-etnik tertentu akan wujud. British telah menempatkan kaum-kaum tertentu kepada sektor-sektor ekonomi yang berbeza semasa Tanah Melayu masih dijajah. Misalnya, kaum Melayu telah ditempatkan di sektor pertanian yang berada di luar bandar. Sektor tersebut memerlukan sumber tenaga fizikal dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina pula ditempatkan di sektor perdagangan atau perniagaan yang melibatkan teknologi tinggi. Manakala kaum India pula terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Agihan tersebut mengakibatkan jurang pendapatan antara kaum semakin ketara dan tidak seimbang. Kaum Melayu dan India akan berhadapan dengan kemiskinan manakala kaum Cina akan terus mencari peluang-peluang perniagaan bagi mengukuhkan kemewahan mereka. Perasaan tidak puas hati di antara etnik akan wujud. Justeru, ini akan menyebabkan etnik-etnik berusaha untuk mempertahankan hak-hak mereka serta kesaksamaan. Proses mempertahankan hak tersebut akan merosakkan hubungan kaum kerana masing-masing mahu menjuarai perjuangan mereka. Kesan-Kesan Akibat Ketidakharmonian Antara Kaum Hubungan ketidakharmonian antara kaum akan mengakibatkan negara kita berada di dalam keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan mendorong kepada pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum. Keadaan yang tidak stabil ini akan membimbangkan para pelabur. Sekiranya, sesebuah negara mengalami suasana huru-hara, pelabur asing akan terasa bimbang terhadap modal yang dilaburkan juga tentang keselamatan perniagaan mereka di negara ini. Kemerosotan ekonomi akan melambatkan proses perkembangan dan kemajuan negara kerana kehidupan rakyat yang derita akibat kenaikan harga barang secara mendatar dan kemunduran teknologi kerana tiada sumbangan modal daripada para pelabur di dalam mahupun dari luar negara. Malahan, taraf hidup penduduk akan menjadi rendah akibat ketiadaan peluang pekerjaan. Oleh hal yang sedemikian, perpaduan di kalangan rakyat menjadi salah satu faktor penting dalam penjanaan ekonomi negara. Mengancam Keselamatan Negara Pertahanan bagi sesebuah negara juga banyak bergantung kepada rakyatnya. Secara langsungnya, hubungan tegang antara rakyat akibat daripada perselisihan sememangnya mampu menggugat keselamatan negara. Hal ini demikian kerana hubungan yang harmonis di kalangan rakyat secara tidak langsungnya akan mewujudkan sebuah tembok pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin keselamatan sesebuah negara. Negara yang kacau bilau bukan sahaja terdedah kepada ancaman dari dalaman tetapi juga dari luar yang melihat ini sebagai peluang untuk campur tangan sekaligus membuka peluang untuk menguasai negara tersebut sama ada secara halus atau pun terang-terangan. Menjejaskan Imej Negara Bagi sebuah negara yang tidak aman, ia akan menjadi tajuk perbualan di peringkat global. Imej negara terjejas dan keadaan ini menjadi buruk apabila kita akan ditolak sama sekali untuk mengadakan kerjasama dengan negara-negara maju yang lain. Negara akan menjadi mundur sementara negara-negara yang tidak mengalami pergolakan kaum akan mencapai kejayaan secara berterusan. Tanpa keamanan, negara tersebut sukar untuk melakukan sesuatu yang dapat membanggakan mahupun menarik perhatian negara lain. Sebaliknya, jika perpaduan dan hubungan harmonis wujud antara rakyat, ia adalah simbol kejayaan di peringkat global. Dengan ini, sesebuah negara tersebut bukan sahaja akan disegani oleh negara lain malah akan menjadi model dan rujukan kepada negara lain. Hubungan antara negara akan berjaya dianjurkan dan pelbagai peluang kerjasama akan wujud lalu membawa keuntungan ekonomi, sosial mahupun politik. Langkah-Langkah Bagi Mengatasi Ketidakharmonian Antara Kaum Sepanjang sejarah selepas kemerdekaan, isu bagi mewujudkan hubungan harmoni antara kaum telah menjadi isu yang tiada titik noktah. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional. Antara dasar–dasar dan pelan tindakan khas kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 – 1990 dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991 – 2000, Dasar Wawasan Negara dan juga Program 1 Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak semasa berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Dalam waktu yang membimbangkan ini, punca tercetusnya perusuhan itu dikesan dan langkah mengatasinya telah diambil. Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosio – ekonomi antara kaum dan wilayah. Ia juga diwujudkan untuk mempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan sebagai usaha untuk membasmi perasaan tidak puas hati dalam masyarakat. Bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, usaha diteruskan lagi dengan pelancaran dasar pembangunan nasional pada 17 Jun 1991. Dasar tersebut meneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Objektifnya ialah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan makmur berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara. Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020 merupakan usaha kerajaan untuk mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan meliputi aspek-aspek politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.