NURUL NATASAH's 8.A2 Aktiviti 2: JPNIN - OpenLearning

1. Apakah matlamat utama ditubuhkan Jabatan Perpaduan Negara pada 7 Julai 1969?


Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara ini pada waktu itu.

2. Apakah visi, misi dan moto JPNIN?


MISI Menjadi agensi peneraju untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia. VISI Meningkatkan dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Gagasan 1 Malaysia MOTTO 'Bersatu Kita Maju'

3. Nyatakan peranan: i. mediator komuniti; ii. Rukun Tetangga


i. mediator komuniti *memelihara keharmonian negara. *memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah atau konflik antara pihak yang bertelagah, memulihkan hubungan antara mereka serta membantu mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh pihak-pihak berkenaan. ii. Rukun Tetangga * menjalankan aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, keharmonian dan kualiti hidup dalam kalangan masyarakat. *menerima maklumat mengenai konflik masyarakat *menyediakan pengantaraan dalam masyarakat.

4. Apakah tujuan dilaksanakan Program Integrasi Antara Wilayah?


Antara langkah dan usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia ialah dengan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 yang dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan ini merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW). Tujuan utama kerajaan menubuhkan jabatan ini adalah untuk memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. JPNIN juga mempunyai visi untuk menjadi sebuah agensi kerajaan yang unggul dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, berwawasan dan berdaya maju. Misi jabatan ini pula ialah untuk memupuk kefahaman dan semangat muhibah melalui jaringan dan interaksi sosial ke arah pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti nasional. Moto bagi jabatan ini pula ialah “Bersatu Kita maju”. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional juga berperanan untuk mengukuhkan perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan suatu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Selain itu, JPNIN juga berfungsi untuk mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah serta memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat. Peranan lain yang turut dijalankan oleh JPNIN ialah menyelaraskan program dan aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak lain, dan yang paling utama adalah berusaha merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia khususnya di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Sesungguhnya, kebijaksanaan pihak kerajaan dalam usaha melicinkan matlamatnya untuk memupuk perpaduan dan integrasi dalam negara kita dengan menubuhkan sebuah jabatan khas untuk menguruskan usaha ini adalah merupakan suatu langkah yang terbaik. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ternyata telah berjaya memainkan peranannya dan membawa impak yang positif kepada kita semua. Pelan tindakan kerajaan yang seterusnya ialah dengan melancarkan satu program pembangunan bersepadu dan menyeluruh iaitu dengan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan utamanya adalah untuk membentuk perpaduan negara. Dua langkah telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah kedua pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang dan setarusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi

5. Apakah peranan Institut Kajian Latihan Integrasi Nasional?


mengendalikan aktiviti latihan kepada pegawai , kakitangan dan sukarela jabatan dalam membantu memperkasakan peranan JPNIN dalam masyarakat dan menjadi lebih relevankepada keperluan pelanggan dalam bidang perpaduan.

Comments

Chat