NURUL NATASAH's 3.A3 : Aktiviti 3 - OpenLearning

No. Tajuk Bidang Laporan/Catatan ringkas 1 Perubatan tradisional Kesihatan Perubatan tradisional ialah sejenis perubatan pra-saintifik bagi sesuatu kaum.Perubatan ini berbeza daripada perubatan Barat kerana perubatan tradisional lebih banyak menggunakan bahan semulajadi sebagai ubat.Perubatan tradisional digunakan pada masa tertentu yang bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu kaum tertentu. 2 Sukan tradisional mengikut kaum Sukan dan rekreasi Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain. 3 Amalan pantang larang selepas bersalin Adat resam Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.” Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini. Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa menganudung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas. 4 Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian Agama; Budaya; adat resam & kepercayaan Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian. 5 Makanan/Minuman tradisional Makanan; Budaya Malaysia merupakan sebuah Negara yang penuh dengan keunikan.Terdapat pelbagai jenis tempat menarik di Negara ini bagi memenuhi kehendak pelancong tempatan mahupun luar Negara.Malaysia bukan hanya terkenal dengan destinasi pelancongan menarik malah turut terkenal dengan pelbagai jenis makanan tradisonal.Apa yang lebih menarik makanan tradisional di Malaysia berlainan jenis mengikut negeri-negeri serta perbezaan suku kaum 6 Perjuangan kemerdekaan Politik Rakyat Malaysia amat istimewa jika dibandingkan dengan rakyat negara-negara lain; kerana perjuangan mereka ke arah kemerdekaan telah berjaya dilakukan tanpa pertumpahan darah, kemusnahan harta benda atau melibatkan sebarang revolusi mahupun pemberontakan bersenjata. Kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana wujudnya suatu faktor yang tiada pada negara-negara lain di dunia ini - kebersatuan yang kukuh di antara pelbagai kelompok etnik yang menganuti pelbagai budaya, kepercayaan dan agama. Kerjasama yang kukuh di antara kaum telah menjadi asas perjuangan kemerdekaan kerana masyarakat dunia, malah rakyat Tanah Melayu sendiri pada waktu itu tidak yakin negara ini boleh kekal aman dengan struktur masyarakat yang sebegini majmuk. 7 Pemodenan dan pembangunan negara Politik; Sosio-Ekonomi Menurut para sarjana sains sosial dan kamanusiaan, pembangunan adalah sebahagian daripada proses perubahan sosial yang lebih menyeluruh sifatnya. Pembangunan itu pula dibahagikan oleh mereka kepada dua kategori besar. Pertama, pembangunan yang dirancangkan, dan kedua pembangunan yang tidak dirancangkan. Ternyata hampir keseluruhan tumpuan dunia selama ini adalah terhadap pembangunan yang dirancang. Pembangunan berbentuk ini melibatkan usaha sedar manusia merancang perubahan dalam hidup mereka. Tindakan ini sering diungkapkan sebagai social engineering yang pula melibatkan banyak pihak untuk menjayakannya:perecana, pelaksana, penerima dan terpenting sekali pembiaya. Dalam konteks sebuah masyarakat, tindakan merancang pembangunan menjadi tanggungjawab semua lapisan rakyat, masing - masing dengan bentuk sumbangan yang tertentu. Ahli politik, anggota profesional, para akademik, saudagar dan pemodal, pakar teknologi, kaum tani, kelas pekerja dan berbagai-bagai golongan lain termasuk rakyat terbanyak, semuanya sama-sama terlibat memupuk proses pembangunan berbentuk ini.

Comments

Chat