Soalan 1
Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.Malaysia merupakan sebuah Negara yang memiliki kepelbagaian agama dan bangsa. Terdapat 4 agama utama yang terdapat di Malaysia iaitu agama Islam, agama Hindu, agama Buddha dan agama Kristian. Agama memberi maksud kepada kepercayaan kepada Tuhan atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Manakala penganut pula memberi maksud kepada individu yang menganuti dan mengamalkan sesuatu kepercayaan atau fahaman daripada agama yang dianuti. Bagi agama Islam penganutnya ialah muslim. Penganut agama Buddha pula dikenali sebagai Buddhism. Manakala penganut agama Hindu pula dikenali sebagi Hinduisme dan bagi agama Kristian pula mereka dikenali sebagai penganut agama Kristian. Agama islam itu sangat sinonim di Negara kita kerana penganut majoritinya ialah orang melayu, namun masih ada juga bangsa lain yang menganuti agama Islam. Begitu juga kepada agama Hindu yang majoritinya dianuti oleh kaum India, namun ada juga kaum India yang menganuti agama lain seperti Kristian dan Islam dan ada juga yang masih menjalani tradisi dan budaya bangsa mereka. Agama Kristian juga menerima penganut daripada kepelbagaian bangsa yang kebanyakannya masih mengamalkan budaya bangsa masing-masing walupun telah menganuti agama lain.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat.Agama dan budaya memberikan pengaruh yang penting dalam kehidupan bermasyarakat. Budaya didefinisikan sebagai segala amalan, penerimaan dan kepercayaan oleh sesuatu masyarakat yang dipraktikan secara berterusan atau diulangi oleh generasi yang seterusnya. Budaya yang diamalkan oleh masyarakat setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat tersebut. Sebagai contoh, pembinaan masjid di sesuatu kawasan itu sebagai rumah ibadat bagi orang muslim menunjukkan amalan agama masyarakat di kawasan tersebut kebanyakannya beragama Islam. Begitu juga sekiranya kawasan tersebut didirikan kuil, gereja dan tokong.