ZAIM AKMAL BIN ALI's 7.A2 : Perbincangan 2 - OpenLearning

Soalan 1

Hubungan antara agama dan etnik di Malaysia.
Agama berperanan dalam penyatuan etnik di Malaysia malah penyatuan ini juga kepada dunia jika mereka memahami peranan agama itu dengan sebaiknya. Agama berperananan dalam pelbagai aspek dalam etnik khususnya di Malayisa yaitu aspek nilai, pembangunan, pemerintahan, penyatuan, nasionalisme, kesenian, dan juga tamadun. Oleh sebab itu kepercayaan kepada tuhan dalam rukun negara amat penting. Kepercayaan kepada tuhan merujuk kepada agama dan juga kepercayaan dalam rukun negara. Ini kerana agama mencorakan etnik supaya setiap etnik memelihara hubungan dengan tuhan.menghayati akhlak ataupun etika diri, memelihara hubungan baik dengan individu yang lain dan juga menghormati individu yang berlainan agama. Dengan ini masyarakat yang tidak beragama dan juga kepercayaan akan menyebabkan keruntuhan dan kemusahan sesebuah tamadun dan juga sesebuah negara kerana ketidak beragamaan dan kepercayaan akan menyebabkan ketidak seimbangan dalam sesebuah negara dan juga tamadun.

Soalan 2

Hubungan antara faktor politik dan agama di Malaysia.
Politik dan pemerintahan adalah satu aspek yang penting dalam sesebuah tamadun dan negara dan ianya merupakan sumber rujukan dalam fungsi pemerintahan bagi sesetengan negara. Ini kerana politik merujuk kepada agama secara majoriti dalam negara mereka. Contohnya eropah secara keseluruhan beragama Kritian mengamalkan politik yang bedasarkan agama Kristian manakala Malaysia merujuk kepada Islam kerana secara manjoritinya beragama Islam dan China mengamalkan politik yang mempunyai unsur agama Budha/Taoism/Confusios kerana mereka mengamalkan agama tersebut. Di Malaysia dengan politik mempunyai nilai Islam akan mengekalkan keamanan dalam negara tersebut. Setiap politik akan ada unsur agama walaupun sedikit malah jikalau banyak lebih baik.

Comments

Chat