anira mohd bhohari's 3.A3 : Aktiviti 3 - OpenLearning
No.  Tajuk Bidang Laporan/Catatan ringkas
1 Perubatan tradisional Kesihatan perubatan tradisional kini kurang diamalkan lagi kerana perubatan moden telah menjadi pilihan ramai dan perubatan moden lebih efektif jika dibandingkan dengan perubatan tradisional. Namun begitu, perubatan tradisional masih lagi diamalkan. Contohnya aktiviti mengurut, akupanture, luluh dan sebagainya masih diamalkan oleh semua bangsa tidak kira Melayu, Cina mahupun India. 
2 Sukan tradisional mengikut kaum Sukan dan rekreasi sukan tradisional mengikut kaum pula sudah tidak diamalkan malah semua kaum turut serta mengikuti sukan-sukan kaum lain. Contohnya, tai chi kini bukan sahaja kaum cina yang melakukannya tetapi kaum india dan melayu juga turut melakukannya bersama-sama. Tambahan lagi, konsep 1Malaysia dilaksanakan segala aktiviti sukan dilakuakn bersama-sama tanpa megira kaum dan agama. 
3 Amalan pantang larang selepas bersalin Adat resam Amalan pantang larang selepas bersalin lebih cenderung kepada adat resam kaum. Kini, adat resam kaum tidaklah diamalkan mengikut kaum tersendiri sahaja tetapi berlakunya pencampuran adat resam yang diamalkan walaupun berbeza kaum. Contohnya,  adat pantang larang selepas bersalin ada berlaku percampuran adat kaum lain seperti berbengkung, mengurut, tidak boleh keluar rumah jika baru bersalin, banyakkan makan sayur-sayuran, makan atau minum  pati ikan haru agar cepat sembuh luka dan sebagainya.
4 Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian  Agama; Budaya; adat resam & kepercayaan

untuk upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian walaupun setiap kaum mempunyai adat resam tersendiri tetapi setiap kaum akan saling hormat-menghormati antara satu sama lain dengan menziarahi antara satu sama lain.Contohnya, adat perkahwinan kaum Melayu kini sudah berlaku percampuran adat resam kaum India dan Cina iaitu tepung tawar, berinai, bersanding dan sebagainya. setiap kenalan akan dijemput memeriahkan majlis tanpa mengira bangsa dan mereka pun turut serta memeriahkan lagi majlis tersebut. Perkara ini telah mewujudkan tali persaudaraan yang begitu erat antara kaum walaupun berbeza warna kulit.

5 Makanan/Minuman tradisional Makanan; Budaya dari segi makanan atau minuman tradisional kini telah berlaku akultrasi dimana setiap kaum makan atau minum makanan tradisional kaum lain. Sebagai contoh, kaum cina boleh makan budu, laksa, nasi lemak, kari, roti canai dan sebagainya. malahan  mereka juga tidak kekok memakai pakaian kaum lain. Sebagai contoh, orang Melayu memakai tiong hwa, sari, kurta dan sebagainya.
6 Perjuangan kemerdekaan Politik

 dari segi perjuangan kemerdekaan pula, semua kaum bersatu padu dan berkerjasama berjuang berhabis-habisan bagi memperjuangkan kemerdekaan negara daripada dirampas oleh orang luar. Perpaduan yang wujud telah menyebabkan keadaan politik negara lebih stabil dan wujudnya penyepaduan antara kaum di Malaysia.

7 Pemodenan dan pembangunan negara Politik; Sosio-Ekonomi  pemodenan dan pembangunan negara berlaku dengan pesat rentetan wujudnya kerjasama dan perpaduan antara kaum tanpa mengira perbezaan warna kulit. politik, ekonomi dan spsial Malaysia kini lebih stabil dan harmoni. Contohnya bidang ekonomi yang dulunya dipelopori olek satu kaum sahaja iaitu kaum Cina kini kaum India dan kaum Melayu juga turut serta mempelopori bidang ekonomi dan mereka boleh berdiri sama tinggi dengan kaum Cina. Di sanalah wujudnya persaingan yang sihat antara kaum dan akhirnya ia membawa banyak manfaat terhadap pembangunan negara juga. 

Comments

Chat