Soalan 1
Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?globalisasi ini mempunyai dua impak yang berbeza kepada Malaysia iaitu impak positif dan impak negatif. antara impak positif globalisasi yang diperolehi oleh Malaysia ialah aksess pengetahuan, ilmu, teknologi, pasaran negara berkembang luas dan sebagainya. Namun begitu terdapat juga impak negatif yang terpalit rentetan amalan globallisasi ini. sebagai contoh, sepertimana yang sedia maklum, Penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran Malaysia sebenarnya menunjukkan perpaduan yang terbina dek kerana penggunaan Bahasa Melayu difahami oleh setiap lapisan masyarakat tanpa berbilang kaum dan agama. Namun demikian , arus globalisasi telah menjadikan Bahasa Melayu tidak lagi digunakan sebagai bahasa ilmu. Hal ini adalah kerana perkembangan teknologi maklumat membolehkan pelajar untuk mendapatkan maklumat melalui internet yang kebanyakkannya memaparkan carian dalam bahasa Inggeris. Selain itu, kolej-kolej swasta di Malaysia juga kebanyakkannya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Ilmu. Jadi lama-kelamaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua dan ramai masyarakat tidak dapat memahami Bahasa Malaysia. Selain itu, ekonomi negara juga akan berlakunya naik turun mengikut ekonomi negara dimana jika ekonomi negara meleset negara Malaysia juga akan merasa tempiasnya dan jika tidak sebaliknya yang berlaku pula.
Soalan 2
Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?Sistem pendidikan yang berasingan sebagai tindakan pengukuhan etnik di Malaysia. Setiap gologan etnik dan kaum yang berlainan mempunyai pendidikan yang tersendiri. Sebagai contohnya, sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda mereka sendiri. Oleh yang demikian, perbezaan etnik ini kurang memainkan peranan yang berkesan dalam mewujudkan persefahaman dalam kalangan pelajar.
Soalan 3
Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?Di universiti telah wujudnya subjek wajib lulus yang diperkenalkan oleh kementerian pendidikan tinggi Malaysia seperti Hubungan Etnik, Titas dan sebagainya. Subjek-subjek ini telah mengajar tentang kesatuan dan perpaduan rakyat Malaysia selain daripada mempuyai tugasan berkumpulan yang merangkumi pelajar yang berbilang bangsa. Dengan adanya kos universiti ini, jati diri pelbagai etnik dan kaum dapat dipupuk dalam diri pelajar masing-masing di samping memupuk perasaan cinta akan negara Malaysia.
Soalan 4
Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Secara ringkasnya ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak dll. Hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak termasuklah berkaitan dengan perkhidmatan awam, ekonomi, dan pendidikan. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tanggungjawab YDPA atas nasihat Jemaah Menteri merizabkan untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak suatu kadar bilangan jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awam memandangkan sebelum ini amat kurang golongan tersebut memegang jawatan perkhidmatan awam. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan Hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam bidang ekonomi. Jika sesuatu permit atau lessen yang dikehendaki bagi menjalankan perniagaan atau perdagangan, YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi mengeluarkan permit atau lessen tersebut. Ini bagi menolong golongan tersebut melibatkan diri dalam perniagaan memandangkan tidak ramai dari kalangan mereka yang terlibat dalam sector tersebut semasa penjajahan. Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA bertanggungjawab menentukan perizaban kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak seumpama biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran yang diadakan oleh kerajaan persekutuan. Namun YDPA tidak boleh memberhentikan apa-apa biasiswa, bantuankepada kaum-kaum lain.