AZMAN SYAFRI AMIR's 6.A1 : Refleksi Perjuangan Dato Onn - OpenLearning
Berdasarkan video diatas saya mendapati banyak memperlihatkan cara-cara atau langkah-langkah  pemimpin dari pelbagai suku kaum dan etnik yang telah dilakukan secara bekerjasama dari segi politik untuk mencapai kemerdekaan bagi tanah Melayu. Dalam hal ini, British telah mengenkan beberapa syarat kepada masyarakat tanah Melayu iaitu mesti wujudnya pembinaan perpaduan kaum terlebih dahulu. 
          Melalui video ini, ia secara umumnya menjelaskan terdapat dua usaha yang dilaksanakankan dalam mencapai matlamat ke arah berkerajaan sendiri iaitu   yang pertama melalui penubuhan  Communities Liason Committe (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. Penubuhan CLC bertujuan untuk memupuk perpaduan antara kaum. CLC ini ditubuhkan pada tahun 1949 oleh Sir Malcom MacDonald (Pesuruhjaya British Untuk Asia Tenggara) dan dianggotati oleh Dato Onn Jaafar,Tan Cheng Lock,Thuraisingham serta beberapa lagi orang lagi. setrusnya, langkah yang turut diambil  ialah kerjasama politik antara kaum atau parti perikatan. UMNO yang mewakili etnik melayu bekerjasama dengan MCA sebagai parti etnik cina serta disertai juga dengan MIC yang mewakili etnik India. Parti perikatan ini sekarang dikenali sebagai "Barisan Nasional". Dato On Jaafar semasa menjadi YDP UMNO telah memberi cadangan supaya UMNO dibuka kepada bukan Melayu. Ahli-ahli UMNO tidak bersetuju. Ini menyebabkan Dato Onn Jaafar meletak jawatan dan menubuhkan IMP iaitu Parti Kemerdekaan. Namun ianya kurang sambutan kerana pada masa itu rakyat masih belum menerima parti berbilang kaum. Disebaliknya,i Parti perikatan meneruskan usaha kemuafakataan dengan usaha yang giat dan hasilnya negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 
          Oleh sedemikian, dirumuskan bahawa hubungan etnik di negara ini mampu wujud dengan adanya semangat toleransi antara kaum dan persefahaman yang tinggi menjadi tonggak utama kearah pencapaian sesebuah matlamat yang besar bagi negara Malaysia.

Comments

Chat