Maizan Sofia Binti Mohd Maarof's 8.A3 Aktiviti 3: Peranan Agama, Budaya dan Ekonomi - OpenLearning

1. Huraikan peranan (i) agama dan (ii) budaya dan nilai dalam membina personaliti berjiwa Malaysia.


Peranan agama dalam membentuk personaliti berjiwa adalah sangat penting terutama sekali di Negara Malaysia. Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan. Akan tetapi agama mempunyai dua makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan. Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti perlakuan, sikap, penyataan dan benda-benda material. Salah satu ciri agama ialah ianya berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Agama dapat meningkatkan ketaqwaan penganutnya sekaligus dapat meningkatkan perilaku, sopan santun, dan menjaga kepentingan masyarakat untuk meningkatkan kesejahteraan, rasa harga diri, dan keamanan. Masyarakat di Malaysia tetap hidup dalam keadaan aman walaupun terdapat perbezaan dalam kepercayaan dan agama masing-masing walaupun mempunyai kepelbagaian agama tetapi masyarakat tetap hidup harmoni. (ii) Dalam membentuk negara yang harmoni yang didiami oleh pelbagai bangsa dan agama, budaya dan nilai memainkan peranan penting dalam mewujudkan personaliti yang berjiwa. Peranan budaya dan nilai dapat mewujudkan keharmonian negara serta rakayat lebih bersatu hati dalam membangunkan nama negara.

2. Ekonomi boleh memberikan kesan negatif kepada perpaduan kaum di Malaysia. Bincangkan.

What is the answer to this other question?
Ekonomi boleh memberikan kesan positif kepada perpaduan kaum di Malaysia sekiranya permasalahan ekonomi tidak dibendung lebih awal. Hal ini kerana ianya boleh menimbulkan pelbagai jenayah yang melibatkan semua pihak seperti berlaku kecurian dan penculikan yang inginkan wang yang banyak untuk menyara hidup. Sekiranya kegawatan ekonomi berlaku, rakyat akan lebih cenderung melakukan pekerjaan yang melanggar undang-udang yang boleh mendapatkan wang yang banyak.

Comments

Chat