Sofiah Sajap's 6.A2 : Memperkenalkan Ahli Parlimen Anda - OpenLearning

Saya tinggal di Kepala Batas, Pulau Pinang dan ahli parlimen bagi kawasan tersebut ialah YB Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican. Selain menjadi ahli parlimen Kepala Batas, beliau juga merupakan  Timbalan Menteri Kementerian Luar Negeri Malaysia. Beliau bertanding kerusi Parlimen melalui Parti Barisan Nasional.

Reezal Merican lahir pada 29 Julai 1972 di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikkan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor Lelaki, Pulau Pinang dan seterusnya menyambung pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Arab. 

Beliau memulakan perjalan kariernya dalam bidang perbankan sebelum bergiat aktif dalam politik dan perbadanan bukan kerajaan pada tahun 2000. Penglibatan beliau dalam UMNO termasuklah sebagai ahli Pemuda Umno, Malaysia dari tahun 2004-2008, Ketua Informasi Pemuda UMNO pada tahun 2008-2013, Ketua UMNO cawangan Kepala Batas dan ahli majlis tertinggi UMNO (2013-sekarang). 

Dalam organisasi swasta pula, Dato Seri Reezal aktif sebagai presiden Gabungan Pelajar  Melayu Semenanjung (GPMS) dari tahun 2004 hinggan 2008 dan kini berkhidmat sebagai penasihat kepada GPMS. Beliau juga merupakan salah seorang lembaga pengarah Malaysia Prihatin. 

Dato' Reezal merupakan seorang yang amat prihatin akan penduduk-penduduk kawasan Kepala Batas. Beliau sentiasa 'turun padang' dan sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti komuniti. Beliau juga sentiasa terbuka mendengar pandangan dan suara rakyat serta amat cepat dan responsif mengenai masalah setempat. Video berikut merupakan sebuah video yang dirakam ketika beliau melawat Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana di Kepala Batas:

Comments

Chat