Nur Farahlisa's 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan - OpenLearning

NUR FARAHLISA ABD.SURA 

IIO160018

KUMPULAN 11

DR.MUHAMMAD SHAMSINOR BIN ABDUL AZISS

 

Saya adalah tebal batas etniknya kerana saya tidak mudah untuk bergaul dengan etnik-etnik yang lain . Sebagai contoh , saya amat susah nak bergaul dengan budak semenanjung kerana perbezaan bahasa yang wujud . Memandangkan saya berasal dari Sabah , jadi agak susah bagi saya untuk bergaul dengan mereka dek kerana saya menuturkan bahasa sabah yang tulen dan saya takut sekiranya bahasa yang saya gunakan tidak difahami . Jadi  , untuk menjadi pemula perbualan sememangnya agak mustahil bagi saya . Sebab yag lain adalah saya bukanlah seorang yang peramah dan tidak mudah untuk menyapa dan melayan orang lain apatah lagi jika orang itu tidak dikenali .  

Kemudian , saya juga merasa susah untuk bergaul dan berinteraksi dengan etnik yang lain seperti etnik india dan cina . Hal ini kerana , perbezaan agama dan imej saya sebagai seorang muslimah yang bertudung labuh sememangnya mewujudkan jurang dan  menjadi penghalang bagi saya untuk berinteraksi dengan mereka . Ditambah lagi dengan sifat saya yang pendiam , sudah semestinya agak susah bagi saya untuk meyapa mereka .

Namun , selepas melanjutkan pelajaran di Kelantan dan Kuala Lumpur , saya cuba untuk mencuba personaliti dan perspektif saya dalam hal ini . Semasa di kelantan , saya bertemu dan bergaul dengan pelajar -pelajar yang datang dari pelbagai tempat dan daerah . Kesan dari itu , saya belajar untuk bergaul dengan budak semenanjuang dan mula mempelajaril menuturkan bahasa melayu semenanjung dengan  cara dan kaedah yang betul . Selain itu , saya juga mempelajari dialek negeri lain seperti Kelantan dan Sarawak . 

 

NUR FARAHLISA ABD.SURA 

IIO160018

KUMPULAN 11

 

DR.MUHAMMAD SHAMSINOR BIN ABDUL AZISS

hubungan kebergantungan melalui pengalaman harian saya 

Yang pertama adalah kebergantungan saya dengan keluarga besar saya . Misal pertama , adlah ketika mana rumah nenek saya terbakar , semua ahli keluarga saya membantu untuk menyumbang samaada dari segi wang dan tenaga untuk membina rumah yang baru  .  Yang keduanya , setiap kali saya melanjutkan sesi pelajaran di universiti , saudara mara sentiasa hulurkan duit walaupun jumlahnya sedikit . Dan seterusnya , ketika mana ayah saya bekerja di luar kawasan , saya dan keluarga akan tinggal di rumah nenek . 
 
Seterusnya , kebergantungan saya terhadap sahabat saya yang pernah saya pernah alami dalam kehidupan seharian . Pernah sekali ketika melanjutkan pelajaran ke Kelantan , telefon saya rosak dan saya tidak lagi dapat menghubungi keluarga . Tapi dengan bantuan sahabat sarawak saya , dia dengan rela hati meminjam telefon keduanya untuk saya gunakan . Dengan itu , saya dapat menghubungi keluarga saya dan dapat memaklumkan mengenai masalah yang saya alami .

Bagi saya , penyebab utama kebergantungan ini berlak adalah nilai kepercayaan yang tinggi terhadap orang lain . Dengan adanya kepercayaan , lebih mudah bagi kita untuk bergaul dan meletakkan pergantungan ataupun pengharapan kita terhadap orang lain . Komunikasi yang baik , tolak ansur serta sikap saling menghormati juga salah satu elemen yang penting dalam hubungan ini . 

 

NUR FARAHLISA ABD.SURA 

IIO160018

KUMPULAN 11

 

DR.MUHAMMAD SHAMSINOR BIN ABDUL AZISS

 

Takrifan autoriti dan takrifan harian melalui pengalaman harian . 

 
Saya juga pernah mengalami hal sedemikian ketika mana masyarakat kampung menganggap saya sebagai ustazah hanya disebabkan nisbah tudung labuh yang saya pakai . Setiap kali saya bertemu dengan penduduk kampung , gelaran ustazah tidak akan pernah lekang dari bibir mereka . sedangkan secara dasarnya , perempuan muslim itu seharusnya menutup aurat melalui cara memakai tudung dan berpakaian yang labu dan longgar . Tetapi bagi saya , itu bukanlah satu penghalang untuk terus berinteraksi dengan orang kampung sya bahkan mereka lebih mudah melayandan mesra bergaul dengan saya  . Dan saya berpendapat perkara ini medium untuk mereka mengenali saya dan agama islam yang saya anuti. 
 
manakala takrifan autoriti pula , saya masih lagi menjadi satu masalah bagi saya kerana perbezaan agama antara saya dengan rakan cina , india hatta melayu semenanjung . saya beranggapan bahawa agar sukar bagi saya untuk bergaul dengan rakan semenanjung kerana perbezaan bahasa yang adakerana bahasa yang saya gunakan adalah bahasa Sabah tulen dan saya malu untuk memulakan perbualan dan bergaul dengan mereka  . kadang kala saya merasa sedikit terpinggir dek kurangnya layanan rakan semenanjung terhadap saya .manakala dengan rakan cina dan india , perbezaan agama adalah salah satu elemen yang membuatkan saya agar sukar untuk mendekati mereka. Saya beranggapan mungkin mereka tidak berminat untuk bergaul dengan saya dek pegangan agama yang saya ada .  
 
Melalui pengalaman ini , saya berusaha untuk mengubah persepsi saya dan cuba untuk bergaul dengan mereka walaupun pada mulanya terasa agak kekok . selepas beberapa usaha , saya boleh bergaul dan berinteraksi dengan lebih baik bahkan saya mendapat rakan yang baru dari pelbagai negeri seperti kelantan , kedah , selangor dan sebagainya . dan saya mampu untuk mempelajari bahasa dan budaya mereka .  
 
 

NUR FARAHLISA ABD.SURA 

IIO160018

KUMPULAN 11

DR.MUHAMMAD SHAMSINOR BIN ABDUL AZISS

 

Rundingan sosial yang perlu saya lakukan adalah saya akan membawa rakan-rakan ataupun orang yang mengenali saya untuk mempelajari etnik yang ada di Sabah . saya mencadangkan sedemikian kerana etnik yang terdapat di Sabah lebih variasi jika dibandingkan dengan  etnik yang ada di kawasan semenanjung . 

Yang pertama , Bahasa dan dialek yang ada dielak yang ada di Sabah lebih unik dan lebih menarik untuk dipelajari . Dan bahasa Sabah boleh dikatakan sebagai bahasa Melayu yang asli kerana pertuturan dan penulisannya lebih kurang sama dengan Bahasa Melayu yang baku .  Dan bahasa Sabah dijolokkan dengan perkataan 'Bah' yang menjadi simbol dan lambang bagi Orang Sabah .

Tambahan lagi , makanan yang ada negeri Sabah lebih pelbagai dan mencuit rasa . hal ini kerana , makanan yang terdapat di Sabah tidak terdapat di negeri lain . Cara penyedian dan sumber makanan juga berbeza dengan makanan yang terdapat di negeri lain. Sebagai contoh , di Sabah menyediakn makanan seperti Sushi yang terdapat di Korea kerana bentuk penyediaan adalah secara mentah. 

Kesimpulannya , adat dan budaya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri dan semestinya sangat menarik dan lebih unik daripada etnik -etnik yang lain . Sebagai misal , budaya masyarakat Bajau di Sabah kebiasaan mengadakan majlis persandinga di  malam hari .

 

NUR FARAHLISA ABD.SURA 

IIO160018

KUMPULAN 11

 

DR.MUHAMMAD SHAMSINOR BIN ABDUL AZISS

 

Pelan tindakan yang dapat saya usulkan ada 3 perkara adalah Kelas budaya Borneo, food Street dan demontrasi permainan tradisional semua etnik . 

Kelas budaya Sabah dan Sarawak ini saya cadangkan kerana saya berfikiran bahawa terdapat beberapa kelompok budak semenanjung yang  masih lagi tidak memahami dan mengetahui budaya yang terdapat di Negeri Borneo . Sebagai contoh , ada lagi pemikiran yang mengatakan bahawa masyarakat Borneo masih lagi tidak berkembang kerana tinggal di dalam hutan dan berpakaian cawat . Jadi , untuk menepis tanggapan yang salah itu , eloklah kiranya diadakn kelas ini untuk memperkenal dan memberi pencerahan kepada budak semenanjung khususnya dan amnya kepada budak borneo juga.

Manakala Food Street saya cadangkan adalah yang berbentuk percuma . Seperti kita sedia maklum tidak semua orang mengetahui dan mengenali makanan daripada etnik yang lain secara lebih mendalam . Dan dengan adanya usaha ini , ada kemungkinan besar untuk  menimbulkan rasa ingin tahu masyarakat terhadap makanan dari etnik yang lain dan cubaan untuk menyediakannya .

Dan yang terakhir , demonstrasi permainan tradisional dari pelbagai etnik  .Dengan adanya program ini , kita dapat memperkenalkan variasi permainan secara teori dan praktikal sekaligus melatih masyarakat kita untuk bergiat aktif dalam sukan yang sihat .

 

Comments

Chat