Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Sistem Persekolahan Sebelum Merdeka Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disebut sebagai sekolah-sekolah yang wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Sistem ini telah dikawal sepenuhnya oleh pihak penjajah Inggeris. Tujuan utama di wujudkan sekolah dan sistem pendidikan pada waktu ini lebih kepada kepentingan politik pihak penjajah itu sendiri bukan bagi kebaikan rakyat tempatan. Ia juga dikenalpasti bertujuan agar perpaduan tidak wujud dikalangan rakyat Tanah Melayu Ia merupakan satu sistem vernakular yang tidak seragam, dimana rakyat dibahagi mengikut kaum, kepentingan dan fungsi ekonomi mereka. 4 jenis sekolah telah diwujudkan, antaranya Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah India dan Sekolah Inggeris. Ciri-ciri utama sistem persekolahan ini adalah:- 1. Sekolah-sekolah yang di dirikan adalah mengikut kaum : Sekolah Melayu untuk kaum Melayu, Sekolah Cina untuk kaum Cina dan Sekolah Tamil untuk kaum India. Manakala Sekolah Inggeris adalah untuk sekolah anak-anak pegawai British. 2. Bahasa pengantar yang berbeza : tiada keseragaman bahasa antara sekolah-sekalah ketika itu iaitu Sekolah Melayu menggunakan Bahasa Melayu, Sekolah Cina menggunakan bahasa ibunda mereka begitu juga Sekolah Tamil menggunakan Bahasa Tamil. 3. Sekolah terdapat dikawasan-kawasan tertentu sahaja : Di kampung-kampung adalah bagi kaum Melayu, pinggir bandar bagi kaum Cina dan di ladang-ladang bagi kaum India. Pada waktu ini sekolah sudah dibahagikan kepada 2 peringkat persekolahan iaitu Pelajaran Rendah dan Pelajaran Menengah. Namun begitu terdapat lebih banyak sekolah rendah berbanding menengah kerana Sekolah Menengah diwujudkan untuk kepentingan penjajah sahaja. Namun begitu terdapat sedikit perubahan didalam sistem persekolahan ketika itu apabila Penyata Barnes keluar pada 1950 menyatakan ’pendidikan sekolah rendah adalah sebagai alat perpaduan masyarakat’. Pernyataan ini menyebabkan sistem pendidikan telah dikaji semula secara terperinci. Hasilnya satu sistem pendidikan kebangsaan wujud dan terbuka kepada semua kaum. Bahasa pengantar bagi sekolah kebangsaan ada dua iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Rentetan dari ini, Sekolah Cina dan Tamil dihapuskan. Sistem Persekolahan Semasa Sistem pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat pada akhir abad ke 20. Ini adalah seiring dengan matlamat wawasan negara untuk menjadi negara yang membangun seterusnya mencapai status negara maju pada 2020. Perlaksanaan dasar pendidikan bermula dengan mengukuhkan asas perundangan bagi melaksanakan dasar dan akta pendidikan. Antaranya adalah :- Akta Pendidikan (1996) – menggantikan Akta Pelajaran 1961, memberi peruntukan kuasa kepada Menteri Pelajaran dan pengiktirafan institusi pra-sekolah. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Negara 1996 – mempunyai matlamat menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 – sebuah majlis telah ditubuhkan bagi menentukan dasar penyelarasan pembangunan pendidikan tinggi. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (1996) – peruntukan pinjaman dan tabungan bagi meningkatkan tahap akses kepada pengajian tertiary. Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 – kerajaan memperluaskan autonominya dalam pengurusan bagi menentukan program yang akan ditawarkan dalam institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 – akta di wujudkan bagi memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti dan kawalan mutu pendidikan di pelihara. Disamping ia juga sebagai persediaan bagi pendidikan tinggi swasta. Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 – menaikkan taraf Institut Teknologi Mara kepada universiti. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000 – membenarkan pelajar-pelajar dari IPTA dan IPTS membuat pinjaman pendidikan melalui PTPTN. Seperti yang telah sedia maklum, selepas kemerdekaan negara pada 1957, asas pendidikan menumpukan kepada matlamat perpaduan antara kaum di Malaysia. Namun begitu, perubahan yang ketara daripada penggubalan akta-akta seperti diatas telah menjadikan sistem pendidikan negara menghala ke arah satu tujuan yang baru iaitu :- Pengaksesan kepada pengajian peringkat tertiary khususnya menjadi lebih mudah. Ia telah menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti awam mahupun swasta. Selaras dengan pembangunan dan perkembangan ICTdalam pendidikan yang pesat, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari. Kelayakan menjadi seorang guru juga telah dinaikkan taraf daripada hanya sijil kepada diploma bagi mencapai teras kualiti pendidikan di sekolah. Ekuti pendidikan diambil perhatian dengan menaikkan taraf Institusi Pendidikan Sultan Idris kepada universiti. Kemudian semua sekolah – sekolah Vokasional di negara ini naik taraf kepada Sekolah Menengah Teknik. Selaras dengan perubahan-perubahan yang berlaku akibat penggubalan banyak akta, sistem persekolah masa kini juga telah mengalami peralihan. Jika sebelum ini pendidikan hanya diperoleh melalui Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Dan Sekolah Teknik Dan Vokasional, berikut adalah senarai sekolah yang bertambah akibat pembangunan dan perkembangan pesat dalam pendidikan.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Perpaduan Melalui Pendidikan Sistem pendidikan yang dilaksanakan sehingga kini adalah sebagai salah satu usaha kerajaan untuk merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pendidikan adalah tunjang kepada perpaduan negara, maka tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan negara. Satu cara pendekatan penting untuk mewujudkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, pendidikan adalah tonggak utama dalam membina perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda. Berikut adalah cara bagaimana sistem pendidikan negara ini boleh membentuk perpadua Bahasa MalaysiaSebagai Bahasa Pengantar Utama Bahasa Malaysiaadalah medium paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain telah dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara. Melalui penggunaan dan penghayatan Bahasa Malaysia yang bersepadu, semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan akan dapat dilaksanakan. Bahasa Malaysia juga digunakan di semua sekolah kebangsaan sebagai matapelajaran wajib, manakala bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing wajib mengajar Bahasa Malaysia kepada pelajarnya. Peperiksaan Yang Seragam Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah ke sekolah yang lain. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Kelulusan kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menjadi satu keperluan bagi mendapat jawatan ataupun untuk diserap ke jawatan tetap. Kelulusan Bahasa Malaysia pada peringkat kemahiran bertutur juga menjadi syarat untuk lulus dalam peperiksaan ijazah di universiti. Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum.Sekolah Wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah.Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain dan akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Dengan ini Sekolah Wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepatkan integrasi nasional. Pada masa kini terdapat 6 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu : • Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak • Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah • Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang • Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor • Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak Kurikulum Sekolah Yang Sama Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara, di samping menghasilkan modal insan yang terlatih untuk keperluannegara. Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Ianya berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap subjek yang diajar di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi serta moral para pelajar. Kesimpulan Perpaduan kaum adalah elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi kesejahteraan negara.Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada keharmonian dan kestabilan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, negara memerlukan rakyat yang berpendidikan, berilmu dan semangat patriotisme yang tinggi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam memacu negara ke arah mencapai Wawasan 2020.