1) Isu jual beli emas secara online
Hukum Fiqh menerima dua kaedah pemilikan.
1. قبض حقيقي :
(Pemilikan Hakiki)
2. قبض حكمي.
(Pemilikan Hukmi)
Pemilikan Hakiki- Kita dapat lihat barang yg dibeli tu didepan mata kita dan dapat disentuh dan dipegang dengan tangan.. Ia bertukar tangan sebaik bayaran dilakukan.
Pemilikan Hukmi- Barang yang kita beli tu ada di tempat lain.. ia sudah menjadi milik kita sebaik bayaran dilakukan.. Cuma perlukan masa beberapa hari untuk proses penghantaran kerana tempat yang jauh dan sebagainya.
Maka ulama telah bersepakat beli emas secara online adalah haram kerana terdapat unsur –unsur penangguhan dan wujudnya riba padanya. InsyaAlllah.
2) Isu jual beli emas secara lock harga
Lock harga masih dianggap penangguhan serahan bayaran. Dalam pembelian emas serahan bayaran mesti serentak dengan penerimaan emas dan tidak boleh ditangguh. Jika kedua-dua tangguh haram hukumnya.
Contoh
“ katakana saya lock harga pada hari isnin, kemudian saya bayar pada esoknya selasa beserta menerima barangan serentak. Harga yang perlu dibayar adalah pada harga hari isnin itu. “