A ) ISU JUALBELI EMAS SECARA ONLINE :
Jualbeli emas secara online adalah tidak sah dan haram kerana bercanggahan dengan 2 daripada 3 syarat juslbeli barang ribawi iaitu akad dan penyerahan barang dalam satu majlis dan tiada penangguhan.Bagaimanapun jualbeli emas secara online telah menyalahi syarat jualbeli barang rebawi kerana berlaku tempoh penangguhan barang elepas bayaran , segaligus tidak memungkinkan akad dan penyerahan dalam satu majlis.
B ) ISU JUAL BELI EMAS SECARA ONLINE 'LOCK HARGA' :
Isu jual beli emas secara lock harga ini merupakan transaksi yangterdapat riba' dan syubhah didalamnya.Hal ini telah berlaku penangguhan dalam proses jual beli emas dan secara tidak tunai.Selain itu , jual beli emas ini juga tidak berlaku dalam satu majlis akad selain tidak mengikut syarat jual beli emas iaitu sama nilai , jual beli emas secara tunai dan penyerahan emas dalam majlis akad tanpa penangguhan menyebabkan berlaku riba'.