Soalan 1
Tuliskan refleksi tentang video yang anda tonton tadi. Huraikan video yang anda tonton mengikut kronologi termasuk : • Masa • Tempat • Individu yang terlibatKepelbagaian kaum dan etnik ini maka,wujudlah pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan dan merupakan salah satu perkara yang dapat menyatukan rakyat Malaysia menjadi 1Malaysia. Makanan tradisional orang melayu adalah nasi lemak, lemang dan otak-otak. Pakaian mereka seperti baju melayu, kebaya, bajukurung songkok dan kain pelikat. Manakala makanan tradisional orang cina adalah kuih bulan dan kuih bakul dan pakaian mereka seperti Hanfu, Cheongsam dan Sam Fu. Baba dan Nyonya pula adalah golongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British berbangga dengan kedudukan ini. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba”. Makanan tradisional orang india pula seperti muruku, capati, tosai dan roti canai dan pakaian seperti Sari, serban, kurta, dhoti dan sarung. Malaysia merupakan tanah air gemilang yang kira-kiranya terdapat 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Pelbagai usaha dirancang dan dilancarkan demi untuk meneruskan usaha memupuk keharmonian kaum di negara ini. Pelbagai cabaran dihadapi dalam mengekalkan dan memupuk perpaduan etnik. Antara cabaran dari aspek nilai-nilai etnik adalah setiap etnik di Malaysia mempunyai perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan berbeza. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap etnik fanatik dengan bahasa dan kebudayaan masing-masing. Kesannya, setiap etnik lebih mengutamakan anggota sendiri daripada etnik yang berbeza dalam memilih sahabat dan mendapatkan perkerjaan. Kesukaran untuk hidup dalam satu kelompok yang sama akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini kerana masyarakat pelbagai etnik mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan etnik-etnik lain memandangkan mereka terbiasa hidup dengan masyarakat dalam etnik yang sama. Antara perpaduan dan kesepaduan sosial adalah proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan Negara melalui ideologi yang membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama. Takrifan harian oleh masyarakat lebih pelbagai dan terdapat tolak ansur serta salingmemahami bagi memastikan kehidupan mereka diteruskan dengan aman tanpa sebarang konflik. Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini negara telah mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 52 tahun. Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi kepada negara secara tidak langsung. Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini. Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak. Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.
Soalan 2
Nyatakan perasaan positif dan negatif anda: • Gembira, ceria serta memperoleh sesuatu bermanfaat daripada video. • Kecewa, sedih dan menerima pengaruh buruk daripada video.Saya bersyukur kerana dilahirkan di negara yang telah merdeka daripada penjajahan. Ini menyebabkan saya dapat menikmati kemakmuran dan keamanan yang dikecapi oleh negara ini walaupun berbeza agama dan etnik. Saya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan yg berbeza agama dan etnik. Selain itu saya kita dapat menceburi bidang perkerjaan dalam pelbagai sektor tanpa ada pengkhususan pekerjaan dan saya boleh tinggal di bandar atau di kampung atau di estet. Ini menyebakan saya dan rakan-rakan saya dapat menikmati hasil ekonomi secara adil dan saksama. Pengaruh buruk yang saya rasa ketika menonton video tersebut adalah saya berasa marah dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak british iaitu melaksanakan dasar pecah dan perintah di mana orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Bagi saya ini adalah satu perkara yang tidak adil kepada masyarakat. Ini menyebabkan kesepaduan tidak dapat dipupuk dan menyebakan orang kaya akan menindas orang miskin.
Soalan 3
Apakah yang dapat anda pelajari daripada video tadi?Apa yang saya pelajari daripada video yang saya tonton ini adalah hubung kait antara ekonomi dan etnik amatlah berkait rapat dimana sebelum kemerdekaan pihak british telah melaksanakan dasar pecah dan printah. Dasar tersebut telah menyebabkan kepada pengkhususan perkerjaan dan tempat tinggal iaitu orang melayu di kampung sebagai nelayan, orang india di estet sebagai penoreh getah dan orang cina di bandar sebagai pelombong. Ini menyebabkan jurang ekonomi yang ketara antara kaum. Selepas kemunculan DEB jurang antara kaum pun semakin hilang , kerana DEB dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan. Oleh itu, saya belajar erti kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh tokoh-tokoh negara kita untuk mencapai perpaduan tetapi sehingga kini kita belum mempencapai perpaduan lagi. Walaubagaimanapun pelbagai usaha yang dilakukan oleh semua pihak terutama pihak kerajaan.