Soalan 1
Tuliskan refleksi tentang video yang anda tonton tadi. Huraikan video yang anda tonton mengikut kronologi termasuk : • Masa • Tempat • Individu yang terlibatApa yang dapat saya simpulkan dari video tersebut adalah di Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri dari pelbagai kaum, keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam. Kepelbagaian kaum dan etnik ini maka,wujudlah pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan dan merupakan salah satu perkara yang dapat menyatukan rakyat Malaysia menjadi 1Malaysia.masyarakat yang majmuk mewujudkan sikap sirratulrahim di antara masyarakat. Setiap kaum mempunyai adat resam tersendiri. Sebagai contoh, bukan sahaja masyarakat islam yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha,Malah setiap masyarakat meraikan perayaan itu bersama. Secara khususnya, ternyata faktor etnik yang harmoni menjadi anak kunci utama bagi mewujudkan keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap dan teguh amat diperlukan dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan etnik. Namun, untuk mencapai perpaduan dan kerjasama daripada pelbagai kaum bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh sebab perbezaan, bahasa, budaya, aktiviti ekonomi, tempat tinggal dan cara hidup menyebabkan usaha-usaha untuk menerapkan semangat kerjasama atau kekitaan dalam kalangan masyarakat akan mempunyai cabaran dan masalahnya Keunikkan yang terdapat di dalam masyarakat di Malaysia, sebagai contoh dari segi keunikkan menu makanan yang pelbagai. Bagi kaum melayu, terdapat makanan- makanan tradisional yang menarik iaitu nasi lemak, lontong, ketupat, dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan kaum-kaum yang lain sebagai contoh kaum india popular dengan roti canai, muruku, magele dan sebagainya. Manakala bagi kaum cina popular dengan masakan yong tau foo dan kuih bulan. Itulah keunikkan yang ada di Malaysia. Setiap kaum ada mmpunyai menu tradisi yang pelbagai. Kesimpulannya, negara kita adalah sebuah Negara yang sangat unik kerana mempunyai pelbagai kaum, budaya dan adat resam yang berbeza. Negara yang mempunyai tradisi-tradisi yang masih di amalkan turun temurun oleh lapisan generasi. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam kehidupan bermasyarakatan. Nilai toleransi,bekerjasama, hormat menghormati antara satu sama lain perlu diterapkan dalam kehidupan kita kerana ianya mampu memberikan suasana harmoni dalam kelompok kemasyarakatan yang dinamik.
Soalan 2
Nyatakan perasaan positif dan negatif anda: • Gembira, ceria serta memperoleh sesuatu bermanfaat daripada video. • Kecewa, sedih dan menerima pengaruh buruk daripada video.Berdasarkan video yang ditayangkan, saya bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia. Hal ini kerana di Malaysia, saya masih boleh hidup dengan aman dan harmoni serta dapat menjalankan kehidupan dengan baik tanpa ada sebarang peperangan. Walaupun mempunyai pelbagai etnik namun kita masih boleh bertolak ansur dalam menjalani kehidupan seharian. Namun begitu saya juga berasa sedih mengenai video tersebut, kerana video tersebut kurang menyatakan penceritaan mengenai kaum bumiputera yang ada di Sabah dan Sarawak seolah-olah hanya ada tiga kaum saja di Malaysia. Malaysia mempunyai pelbagai etnik merangkumi 3 Wilayah utama iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung.Walaubagaimanapun keunikan negara Malaysia ini membolehkan saya belajar mengenai budaya lain yang dimiliki oleh etnik lain. Saya tidak perlu menjelajah ke negara China atau India untuk mempelajari budaya mereka, kerana di Malaysia saya dapat mempelajarinya dengan mudah.
Soalan 3
Apakah yang dapat anda pelajari daripada video tadi?Berdasarkan video tersebut, terdapat pelbagai langkah untuk melahirkan MPPB dengan harapan dapat menambah penyertaan etnik Melayu dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Di samping itu, matlamat DEB adalah kearah mencapai perpaduan nasional melalaui penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi untuk mengurangkan ketakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara etnik.Selain itu pihak kerajaan sangat memainkan peranan yang penting dalam membangunkan negara walaupun pelbagai ancaman-ancaman dari pihak luar yang cuba menjatuhkan negara.Di samping itu, matlamat DEB adalah kearah mencapai perpaduan nasional melalaui penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi untuk mengurangkan ketakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara etnik. Kerajaan juga telah melakukan perubahan dan menggubal dasar-dasar yang bersesuaian dengan perdagangan antarabangsa. Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama berganding bahu tanpa mengira kaum untuk mempertahankan negara daripada dicerobohi oleh pihak luar.