Soalan 1
Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?Globalisasi bukanlah satu fenomena baru yang hanya berlaku pada abad 21, sebaliknya sudah lama berada dalam lingkungan masyarakat.Namun pengaruh dan kesannya yang cukup minimum suatu ketika dulu kini menjadi semakin hebat dan ketara dalam semua aspek kehidupan sejagat.Dalam dunia pendidikan, globalisasi juga dilihat sebagai satu transformasi yang memungkinkan pelbagai langkah proaktif dilaksanakan bertujuan memastikan sektor pendidikan tempatan mampu bersaing dan bersedia dengan segala kemungkinan.mpak globalisasi baik yang seterusnya ialah rakyat Malaysia dapat meningkatkan mutu produk dalam era globalisasi supaya dapat bersaing dengan negara lain. Selain itu, kemajuan dalam bidang ICT membolehkan kita berhubungan dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Hal ini membolehkan pakar-pakar tempatan dalam pelbagai bidang memanfaatkan penemuan-penemuan terbaru oleh rakan mereka dari seluruh dunia dan dalam masa yang singkat rakyat Malaysia juga dapat menikmati hasilnya. Juga, globalisasi mendatangkan kesan buruk kepada rakyat Malaysia. Ia menjadikan budaya Amerika diikuti oleh semua penduduk dunia. Tambahan pula, globalisasi juga telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat Malaysia. Globalisasi juga menyebabkan jurang perbezaan antara negara-negara kaya dengan negara-negara miskin bertambah luas.
Soalan 2
Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?Impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia ialah impak kepada pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat. Globalisasi memberi impak negatif terhadap pengukuhan dan hubungan etnik kerana budaya-budaya yang terhasil dari globalisasi seperti hedonisme. Pada masa yang sama, dasar segregasi yang dilakukan oleh British masih jelas apabila masih terdapat di beberapa kawasan. Walaupun sudah merdeka, kaum Melayu masih berada di sektor rendah seperti pertanian, Kaum Cina menguasai peniagaan dan kaum india di estet.Dari sudut politik pula, politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya. Impak kepada agama, bahasa dan budaya pula ialah kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan.Pemisahan fizikal timbul akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia.
Soalan 3
Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?Bagi menangani cabaran globalisasi pada masa kini, langkah yang harus dilakukan ialah dengan mewujudkan universiti yang bertaraf antarabangsa. Pihak universiti haruslah menjalin kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa agar pertukaran idea dan ilmu dapat terlaksana dalam kalangan pelajar. Aktiviti yang melibatkan semua kaum perlu kerap dilakukan seperti sukan ataupun karnival. penglibatan dari setiap kaum akan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka seterusnya menjamin geneasi muda yang bersatu padu. Pembelajaran di dalam kuliah juga perlu diambil berat. pembelajaran yang fleksibel dan menarik akan membuatkan pelajar tertarik dengan suasana pelajaran yang selesa.Peningkatan taraf teknologi harus sentiasa mengikuti masa agar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Pihak universiti haruslah mampu menetapkan kuota bagi setiap aplikasi dalam sesuatu pembangunan.
Soalan 4
Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?Konsep kesaksamaan atau kesamaarataan dalam agihan pertumbuhan dari segi Wilayah antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak belum lagi tercapai sepenuhnya. Hali ini kerana, ekonomi di Sabah dan Sarawak tidak setanding dengan ekonomi di Semenanjung. Kemajuan belum dapat dirasai oleh semua masyarakat Sabah dan Sarawak, sebilangan masyarakat Sabah dan Sarawak masih lagi menjalani kehidupan daif kerana kurangnya kemudahan pendidikan terutamanya di kawasan pendalaman. walau bagaimanapun, pelbagai usaha untuk menangani kadar kemiskinan dengan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam negara. Masih ramai kaum dan etnik minoriti di Sabah dan Sarawak yang terpinggir tanpa bantuan. Tiada konsep agihan dan kesamarataan membuatkan etnik seperti orang asli kekal dalam kemiskinan.. Pemantauan oleh pihak bertanggungjawab perlu memandang serius mengenai pembangunan di Sabah dan Sarawak agar Wawasan 2020 dapat dicapai dengan jayanya. Konsep kesamarataan harus dikaji dan dijalankan dengan betul pada masa akan datang, agar masyarakat dapat merasai kemajuan.