Soalan 1
Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.Pada pandangan saya,sebuah masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama tentunya mengundang persoalan tentang hubungan antara mereka. Pada satu sisi, terdapat persepsi yang melihat agama-agama yang ada sebagai berlainan antara satu sama lain. Pada sisi yang lain, terdapat persepsi mengatakan semua agama adalah sama kerana mereka berasal dari sumber yang satu walaupun bentuk agama mereka berbeza. Bagaimanakah seharusnya seorang Islam melihat kepelbagaian agama? Jadi bagi saya,semua agama mengandungi kepercayaan atau satu kuasa yang dianggap suci dan mulia sebagai asas agama mereka dan kepercayaan ini memastikan keharmonian alam semesta melalui ajaran-ajaran kepada manusia tentang bagaimana mereka harus menjalani kehidupan serta membuat kebaikan dan menjauhi daripada kemungkaran. Tentang adanya kepercayaan, tujuan kewujudan dan ajaran mengenai baik dan buruk, semua agama mengandungi unsur-unsur ini tetapi sebaliknya mereka mempunyai perbezaan yang tersendiri. Antara contohnya disini, agama Hindu mereka berpegang teguh kepada sumber Rig/Yajur/Sams/Athar/Veda ataupun Samhita or Brahman misalnya melihat Brahman sebagai asas segala yang ada dan Brahman boleh menjelma sebagai dewa dan dewi dalam bentuk manusia, haiwan dan sebagainya dan mereka dianggap sebagai pencipta, pemelihara dan juga pemusnah alam dan manusia. Tiga dewa utama mereka yang dipanggil Trimurthi ialah Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Bagi agama Islam pula,Al-Quran merupakan sumber rujukan yang paling utama dan penting untuk memahami ajaran dan arahan yang terdapat dalam agama Islam. Oleh kerana Nabi Muhammad merupakan insan teristimewa dan paling rapat dengan Allah maka Nabi Muhammad merupakan manusia yang paling memahami dan mengerti segala kandungan ajaran dan arahan yang terdapat dalam Al-Quran. Segala aktiviti yang Nabi Muhammad lakukan berkaitan dengan pengajaran dan penyebaran ajaran dan arahan Islam telah dikumpulkan dan dibukukan yang kemudiannya dinamakan hadis. Al-Quran dan Hadis merupakan dua sumber utama dalam Islam. Orang Islam wajib beriman dan bercaya kepada ajaran dan perintah sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis. Keimanan dan kepercayaan dimanifestasikan melalui amalan-amalan seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Seterusnya agama Kristian pula hadir dalam alam Melayu bersama-sama dengan kedatangan orang Barat ke rantau ini seperti orang Portugal, Sepanyol dan Belanda. Pengasas agama Kristian ialah Jesus Christ yang dilahirkan pada kira-kira tahun 6 SM. Kitab suci agama Kristian iaitu Bible yang dibahagi kepada dua iaitu Old testament dan New Testament. Empat prinsip utama dalam ajaran Kristian Terdapat satu tuhan yang merupakan pencipta seluruh alam. Berpegang kepada konsep “trinity” iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan “Holy Spirit”. Ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai Tuhan serta melayan semua orang secara adil dan hidup secara aman dan damai. Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkah lakunya di dunia. Seorang Kristian yang taat kepada agamanya akan menikmati kehidupan abadi selepas mati manakala seorang yang berdosa akan menghadapi kesengsaraan abadi. Ajaran asas agama Kristian terdapat dalam dua rukun utama iaitu cintailah Tuhan dengan seluruh jiwa ragamu dan cintailah jiranmu seperti kamu mencintai diri sendiri. Agama Buddha dalam bahasa Sanskrit bermaksud “Yang bebas daripada kejahilan”(Enlightened one) – gelaran kepada pengasas agama Buddha, Saiddharta Gautama Buddha. Agama Buddha telah berkembang dan memainkan peranan utama dalam kehidupan rohaniah penduduk di Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara, negara China, Korea dan Jepun. Di Malaysia, agama Buddha merupakan antara agama utama di kalangan masyarakat Cina. Agama Buddha pertamanya menekankan Empat kebenaran Mulia mengenai alam. Kebenaran-kebenaran ini ialah ; Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah lumrah alam Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan. Bagi mengelakkan penderitaan, seseorang itu harus mengatasi nafsunya; Bagi mengatasi nafsu, seseorang itu haruslah mengikuti Jalan Mulia Berlapis Lapan (Noble Eightfold Path).
Soalan 2
Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat.Pada pandangan saya juga sikap kerjasama, tolong menolong dan saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan masyarakat majmuk perlu diterapkan. Bekerjasama dalam masyarakat pelbagai etnik bertujuan ke arah kebaikan, mengelakkan musibat demi mencapai kepentingan bersama. Bentuk pertolongan bergantung kepada kemampuan seseorang contohnya pertolongan dalam bentuk tenaga, harta benda dan masa. Kita juga haruslah saling melindungi antara satu dengan yang lain. Keadaan ini melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat untuk membantu ahli masyarakat yang lain ketika mereka menghadapi kesusahan atau memerlukan pertolongan.Kita juga harus menekankan 2 prinsip kerjasama dalam pendekatan Islam Hadhari iaitu : · Kerjasama umum, iaitu setiap individu bertanggungjawab untuk menjamin mata pencarian orang lain mengikut kemampuannya · Prinsip jaminan sosial, iaitu tanggungjawab negara menjamin sesuatu tingkat kemakmuran bagi semua warga negara. Secara keseluruhannya pendekatan Islam Hadhari Perkataan “hadhari” bermaksud “yang bertamadun” atau “Islam yang menekankan aspek tamadun”. Malek Bennabi – istilah “hadharah” membawa maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dan spiritual. Islam Hadhari ditakrifkan sebagai islam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan ketamadunan tinggi yang menekankan peri pentingnya kedua-dua aspek fizikal (material) dan spiritual. Islam Hadhari juga merupakan perlaksanaan Islam secara lebih bertamadun dan dinamik, sesuai dengan kebangkitan ilmu dan teknologi terkini, tanpa membelakangi asas akidah yang amat unik. Pembentukan Masyarakat Hadhari Matlamat utama pembentukan masyarakat Hadhari adalah untuk membangunkan warga Malaysia menurut acuan sendiri berasaskan masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang. Prinsip pertama “Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T” berteraskan pegangan asas penganut agama Islam di Malaysia, namun turut memperakukan bahawa setiap agama di Malaysia juga mempunyai pegangan spritual masing-masing. 9 prinsip Islam Hadhari yang berikutnya merupakan prinsip-prinsip yang selaras dengan nilai-nilai sejagat yang diamalkan oleh agama-agama lain. Sekiranya prinsip-prinsip ini dihayati sepenuhnya oleh warganegara maka tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara contoh yang utama di dunia dalam merealisasikan keharmonian hubungan multi-etnik .