1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik dengan menerapkan identiti setiap kaum di Malaysia. Contohnya, sewaktu sekolah rendah murid mengambil matepelajaran kajian tempatan manakala di sekolah menengah murid mengambil matepelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Dari situ apa yang boleh kita lihat murid telah didedahkan dengan hubungan etnik sejak kecil lagi terutamanya bagi yang bersekolah di sekolah kebangsaan. Buku teks juga dilihat dapat memupuk hubungan etnik dengan memaparkan nilai-nilai murni seperti semangat kekitaan, bekerjasama, bertolak ansur dan lain-lain lagi. Kandungan yang dimutkan dalam buku teks tersebut perlulah bersifat menyeluruh dan tidak melanggar sensitiviti etnik di Malaysia. Maka dapatlah disimpulkan disini bahawa buku teks juga memainkan peranan dalam memupuk hubungan etnik.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan di Malaysia semakin berkembang dengan adanya ramai penyanyi baru yang semakin meningkat naik. Industri hiburan juga merupakan satu usaha untuk memupuk jalinan hubungan dalam kalngan masyarakat pelbagai budaya dengan menganjurkan konsert pada bulan kemerdekaan iaitu pada malam 31 Ogos setiap tahun dilihat sebagai salah satu makanisme yang patut diteruskan saban tahun. Selain itu, industri hiburan juga patutlah menngunakan muzik sebaiknya dengan menghasilkan lagu-lagu seperti 1 Malaysia, Negaraku dan banyak lagi lagu-lagu berunsur patriotik yang dapat memupuk jalinan hubungan masyarakat pelbagai budaya. Kemudian, pemupukkan jalinan hubungan ini boleh dilaksanakan dengan adanya iklan di media cetak mahupun media elektronik mengenai kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Apresiasi seni dalam masyarakat boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk contohnya seni suara, kesemua etnik di malaysia mestilah lagu kebudayaan masing-masing. Jadi setiap etnik perlulah merakamkan semula lagu kebudayaan masing-masing dan memperdengarkan lagu tersebut kepada semua. Dari segi seni lakonan pula, dengan adanya teater mahupun filem bertemakan kepebagaian etnik di Malaysia diharap dapat menapresiasikan seni dalam masyarakat pelbagai kaum. Seterusnya, kewujudan budaya lama dapat diwarisi oleh generasi kini dalam seni tampak di Malaysia seperti dalam tarian kuda kepang, ulik mayang, dan sumazau dilihat sebagai salah satu apresiasi seni dalam masyarakat dalam negara kita. Akhir sekali bagi seni reka pula, dengan adanya muzium ataupun galeri yang memaparkan barang-barang lama dan lukisan-lukisan abstrak juga merupakan apresiasi seni yang terdapat di Malaysia.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia ialah dengan mengawal kuasa-kuasa asing mahupun anasir jahat yang ingin memburukan ataupun menjadikan Malaysia berpecah belah dengan bergaduh atau bermusuhan sesama sendiri. Hal ini demikian, kawalan yang terdapat di sempadan perairan juga perlu diperketatkan bagi menjamin keselamatan Malaysia. Walaupun kita mempunyai hak untuk bersuara, kita seharusnya pandai mengawal perasaan dengan memberi pendapat yang tidak mengguris hati mana-mana pihak atau kaum lain seterusnya dapat menjaga sensitiviti kaum di Malaysia yang sememangnya belum mendapat perpaduan. Nyatalah di sini bahawa perpaduan di Malaysia masih ada jalnnya tetapi masih memerlukan sokongan semua rakyatnya.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Kewujudan parti politik seperti MIC, MCA dan PAS dilihat sebagai kecenderungan kearah polarisasi. Walaubagaimanapun, kita saling memerlukan antara satu sama lain jadi orientasi parti politik di Malaysia perlulah diperkemaskan lagi untuk ke arah perpaduan kerana apa yang dilihat kita hanyalah lebih ke arah polarisasi kaum sahaja. Bagi parti politik yang memenangi pilihan raya di Malaysia, langkah proaktif dan bergerak terus perlu diaplikasikan kerana jika dibiarkan lama masalah ini mungkin akan menjadi lebih teruk dan membimbangkan rakyat yang sedang mencari jalan keluar daripada masalah ekonomi yang kian membelenggu fikiran mereka.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
NGO pada masa sekarang lebih cenderung ke arah perpaduan kerana terdapat badan-badan yang membantu geladangan contohnya dengan memberi mereka rumah tumpangan selain membantu mereka dengan mengagihkan makanan setiap hari. Selain itu, terdapat juga NGO yang turun padang membantu orang yang miskin ataupun kurang berkemampuan dengan menyalurkan bantuan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang lebih selesa. Di sini dapat dilihat bahawa NGO sekarang menuju ke arah perpaduan dengan mereka membantu orang yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Jika dahulunya, permainan tradisonal di Malaysia dimainkan setiap hari tetapi pada masa kini ia semakin dilupakan dengan wujudnya teknologi terkini. Permainan tradisional seperti congkak, gasing, ting ting, layang-layang atau wau dan batu seremban merupakan warisan permainan tradisional di negara kita yang harus dikekalkan. Permainan tradisional juga merupakan satu wadah untuk memupuk persefahaman antara pelbagai etnik kerana sebagai rakyat Malaysia, permainan ini sering dimainkan terutamanya dalam pertandingan permainan dalaman tidak kiralah sama ada di sekolah mahupun di peringkat masyarakat. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk persefahaman antara etnik di Malaysia.