SYAZIRAWATI BINTI ISMAIL's 3.A4 : Aktiviti 4 - OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


Kandungan buku teks dapat memupuk hubungan etnik melalui perantaraan medium bahasa yang terkandung dalam buku tersebut iaitu bahasa melayu yang menjadi bahasa penghantar utama di dalam buku tesk tersebut. Justeru itu, penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan akan memudahkan dan menghasilkan komunikasi yang baik antara etnik yang berbilang kaum. Selain itu, buku tersebut mengadungi nilai nilai murni yang mudah difahami beserta gambar ilustrasi yang menarik. Secara tidak langsung akan menarik minat pembaca yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbilang kaum dan penyampaian nilai nilai murni tersebut tercapai objektinya.

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.


Industri hiburan merupakan mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia kerana kebanyakkan di Malaysia, artis dijadikan sebagai idola kepada masyarakat. Tingkah laku artis senang menjadi ikutan masyarakat kita. Sebagai contoh, artis-artis tersebut akan bergaul dengan artis yang pelbagai etnik seperti Faizal Tahir merupakan artis berketurunan Melayu dan Elizebert Tan berbangsa cina boleh berduet bersama menghasilkan satu lagu. Secara tidak langsung, masyarakat akan terpengaruh dan cenderung untuk menjalinkan hubungan antara kaum serta memahami budaya masyarakat lain.

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.


Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Apresiasi Seni merupakan penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan sesorang atau sesuatu pihak yang berusaha memperluas kegiatan seni di kalangan masyarakat.Seni merujuk kepada sebagai hasil ciptaan manusia yang mempunyai nilai estika yang tersendiri. Setiap kaum mempunyai seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka dan lain lain yang tersendiri. Sebagai contoh, kaum melayu terkenal dengan tarian zapin manakala kaum cina terkenal dengan tarian kipas.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Antara kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia ialah dari segi dasar pendidikan guru-guru haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan etnik dan bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar seperti mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di sekolah. Seterusnya Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan.

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Pada masa ini, parti politik lebih menjurus ke arah polarisasi kaum berbanding perpaduan. Hal ini amat jelas dilihat daripada sikap pemimpin parti politik itu sendiri. Kebanyakan pemimpin parti politik gemar menyentuh isu-isu perkauman berbanding perpaduan bagi meraih undian yang tinggi daripada kaum tertentu. Mereka juga lebih berpihak kepada kebajikan kaum mereka sendiri daripada ke arah perpaduan kaum yang pelbagai. Sebagai contoh semasa pemilihan rakyat, mereka akan membuat maniefesto maniefesto tertentu dan kebanyakkan rakyat memilih kaumnya untuk mengundi.

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) sekarang lebih cenderung ke arah perpaduan berbanding polarisasi kaum. Hal ini jelas dapat dilihat apabila, badan NGO gemar memberi bantuan kemanusian kepada mangsa yang ditimpa bencana alam tanpa mengira kaum, latar belakang, agama dan budaya. Sebagai contoh, badan NGO yang terdiri daripada ahli-ahli koporat sudi memberi dana bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di Kelantan dengan sama rata tidak mengira latar belakang politik.

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.


Permainan tradisional adalah merupakan salah satu wadah yang dapat memupuk persefahaman antara pelbagai etnik. Hal ini jelas dapat dilihat, apabila sekumpulan atau individu yang berlainan etnik berminat untuk menyertai permainan tradisional etnik lain. Mereka juga bersorak menyokong satu pasukan yang sama walaupun berlain bangsa,agama, dan latar belakang. Sebagai contoh, etnik melayu menyertai konda kondi iaitu permainan tradisional india, etnik india pula menyertai permaianan congkak yang merupakan permainan tradisional melayu dan etnik cina bermain batu seremban yang merupakan permaianan tradisional melayu. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat menyatupadukan etnik yang berbilang kaum tanpa mengira warna kulit agama dan bangsa.

Comments

Chat