| No. | Tajuk | Bidang | Laporan/Catatan ringkas |
|---|---|---|---|
| 1 | Perubatan tradisional | Kesihatan | Tujuan utama ialah mengubati penyakit tetapi lebih kepada penjagaan dan pencegahan. Perubatan tradisional kaum Cina terkenal dengan herba dan tumbuhan yang juga turut diterima baik oleh semua kaum terutamanya kaum Melayu dan India. Penyakit seperti demam atau selsema, terseliuh atau patah tulang mahupun bisul, ada ubatnya. Kebiasaannya ubat adalah daripada akar kayu. |
| 2 | Sukan tradisional mengikut kaum | Sukan dan rekreasi |
Kaum Melayu ada Batu Seremban. Tujuan utamanya ialah berlawan siapa yang akan mendapat mata tertinggi. Permainan ini memerlukan fokus yang sangat tinggi (koordinasi tangan dan mata). Kemahiran mengira pemain akan bertambah baik. Kaum Cina ada Xiangqi yang merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi juga digelar sebagai Catur Cina. Kaum India ada Kabadi. Sukan ini bertujuan untuk menjaga kemantapan badan. |
| 3 | Amalan pantang larang selepas bersalin | Adat resam |
Tidak kira kaum, semua akan berpantang selepas bersalin. Tujuan utama ialah mencegah masalah kesihatn apabila meningkat tua. Proses amalan berpantang selepas bersalin adalah turun menurun dan mesti dilakukan. Selepas bersalin, kaum Melayu kebiasaannya akan berbengkung, berurut, minum air akar kayu dan jamu. |
| 4 | Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian | Agama; Budaya; adat resam & kepercayaan |
Setiap kaum mempunyai agama, budaya, adat resam dan kepercayaan yang berbeza. Pastinya setiap kaum lebih mengutamakan agama berbanding adat resam. 1. Azan di telinga kanan manakala iqamat di telinga kiri. Simboliknya adalah supaya itu akan menjadi seruan pertama yang bayi dengar dan supaya anak itu akan mendengar yang perkara yang baik sahaja. 3. Mencukur rambut atau jambul. 5. Berkhatan (wajib untuk kanak-kanak lelaki, sunat untuk bayi perempuan) supaya kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit berkenaan(lelaki). Kaum India 1. Membawa ibu dan anak balik ke rumah daripada hospital pada hari nombor ganjil. (hari ketiga,kelima, ketujuh dan seterusnya). 2. Mengasingkan ibu dan anak di bilik lain supaya terjaga kebersihannya.
Perkahwinan Kaum Melayu 1. Merisik 2. Meminang 3. Akad nikah
Kaum India 1. Merisik 2. Mengkaji kecocokan pengantin 3. Niccoyam (ikat janji) 4. Thirumanan (ikat janji) dan ada upacara menanam pokok yang lurus dan disapukan kunyit 3 hari sebelum pernikahan. 5. Bersanding
Kematian Setiap yang hidup pasti akan mati. Kaum Melayu Mengikut kaedah pengkebumian berasaskan garis panduan Islam dan sedikit adat-adat kemelayuan Apabila ada kematian, 1. Memberitahu imam atau siak di masjid lalu beritahu kepada orang ramai 2. Jenazah diletakkan ditengah rumah. Kepala menghadap kiblat. Jasad ditutup dengan kain dan yang menziarahi jenazah akan sedekahkan ayat-ayat al-quran (Al Fatihah / Yaasin ) 3. Mandi wajib 4. Kafan 5. Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda, waris akan meminta maaf dan menghalalkan segala hutang serta meminta untuk menuntut hutang tersebut daripada waris jenazah. 6. Solat jenazah (diadakan di rumah / di masjid / di surau) 7.Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah ke perkuburan. Kaum perempuan tidak digalakkan kerana di khuatiri akan meratapi dan menangis berlebihan ( meratapi dan menangis berlebihan tidak digalakkan dalam islam) 8. Bacaan talqin 9. Kenduri arwah adalah tidak wajib. bagi yang mampu boleh buat dengan tujuan mendoakan kesejahteraan jenazah di alam barzakh.
Kaum India 1. Semasa kematian, mayat di letakkan di tengah rumah dan menghadap selatan.sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas.. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
2. Upacara menanggalkan thaali sekiranya suami yang meninggal. 3. Upacara Vaaikkarisi ialah Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir. 4. Kollic Catti ialah periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat.
5. Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan dilakukan seperti membersihkan rumah, mengumpul abu mayat dan berkabung.
Rumusan : Setiap kaum ada adat masing-masing berkenaan kelahiran, perkahwinan dan kematian. |
| 5 | Makanan/Minuman tradisional | Makanan; Budaya |
Setiap kaum ada makanan dan minuman tradisional tersendiri dan kebiasaannya dijamu ketika perayaan.
Kaum Iban di Sarawak, ada minuman keras iaitu air tuak. Kaum Dusun pula ada minuman keras seperti goribon, tumpung dan kombos. Kebiasaannya air ini dihidangkan semasa perayaan Gawai dan Pesta Kaamatan. |
| 6 | Perjuangan kemerdekaan | Politik |
Negara menghadapi dugaan yang besar. Malayan Union yang diperkenalkan oleh British mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu. Berikutan dengan tentangan tersebut, Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam masa yang sama ancaman komunis yang ganas dapat ditumpaskan. Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1948 ditamatkan pada tahun 1960. Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan yang penting dalam usaha negara mencapai kemerdekaan.
|
| 7 | Pemodenan dan pembangunan negara | Politik; Sosio-Ekonomi | Pembangunan negara yang adil akan berkekalan. Masyarakat Malaysia yang sedang membangun mesti benar-benar percaya bahawa pembangunan akan melahirkan umat yang berwawasan serta ciri-ciri yang baik dari segala sistem dan ideologi yang ada berlandaskan pembangunan yang mengikut perspektif Islam. |