Soalan 1
Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.Perbezaan antara agama dan penganutnya seperti agama Islam dan muslim. Agama Islam merupakan pegangan umat Islam atau muslim di mana sebagai panduan untuk muslim mengikuti segala suruhan dan menjauhi segala larangan yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam kehidupan ini. Agama Islam berpandukan dua sumber yang ditinggalkan oleh Rasulullah, pesuruh Allah iaitu Al-Quran dan Hadis. Agama Islam mempunyai dua rukun iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman. Muslim pula bermaksud penganut agama Islam. Muslim wajib beriman atau berpegang kepada Al-Quran dan Hadis serta Rukun Islam dan Iman. Muslim perlu melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan agama kerana ini merupakan perintah daripada Allah di dalam Al-Quran. Muslim juga wajib melakukan 5 perkara yang terkandung dalam Rukun Islam. Namun begitu, terdapat juga segelintir muslim yang tidak mematuhi peraturan dan ajaran agama Islam. Agama Islam tidak sepatutnya dipersalahkan disebabkan perkara ini. Pada zaman sekarang, agama Islam sering dipersalahkan sekiranya segelintir muslim menimbulkan sebarang kekecohan yang boleh menggugatkan keamanan negara. Hal ini disebabkan masyarakat sekarang terpengaruh dengan golongan pemberontak ISIS, Abu Sayyaf , militan dan sebagainya. Hal ini sepatutnya menjadi kesalahan golongan individu tersebut tetapi bukan agama Islam yang memikul kesalahan tersebut. Masyarakat sekarang seharusnya mengkaji secara terperinci intipati agama Islam bukan menilai daripada penganutnya iaitu muslim kerana sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas daripada melakukan sebarang kesalahan. Konklusinya, perbezaan antara agama dan penganut adalah amat besar dan kita tidak sepatutnya menyamakannya kerana ia merupakan dua perkara yang berbeza. Setiap agama semestinya mengajar ajaran yang benar untuk penganutnya patuhi, maka mustahil sekiranya agama Islam mengajar muslim melakukan keganasan di muka bumi ini. Jadi sekiranya ada kesalahan yang dilakukan oleh muslim, semestinya ia datang daripada diri sendiri bukan kerana agamanya.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat.Budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat dengan sifat atau amalan kerja kita dalam kehidupan seharian. Amalan yang selalu kita praktikkan ketika menjalani kehidupan seharian amatlah mempengaruhi amalan agama kita. Hal ini kerana sekiranya kita sering melakukan kejahatan dan kemungkaran terhadap orang lain di muka bumi ini, amatlah mustahil untuk kita terus melaksanakan amalan agama. Agama kita mengajar kita melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran, namun kita melakukan sebaliknya. Sudah terang lagi bersuluh, kita pasti tidak akan melaksanakan tuntutan agama kita melainkan masyarakat sekeliling melarang atau menegur budaya kerja kita. Budaya setempat juga berasal daripada sifat-sifat atau kelakuan masyarakat sekeliling kita. Hal ini bermaksud jika kita dikelilingi orang yang sentiasa memahami dan mematuhi amalan agama, sudah pasti kita akan terdorong untuk melakukan perkara tersebut kerana mata kita memerhati, otak akan menyimpan memori tersebut dan menganalisis data itu. Tidak lama selepas itu, sedikit demi sedikit kita mula mempraktikkan budaya tersebut. Oleh yang demikian, kita sering dipesan oleh orang-orang tua bahawa berkawanlah dengan orang yang berilmu, insyaAllah suatu hari nanti kita juga akan menjadi seperti mereka. Budaya setempat juga membina penganut yang mempunyai jati diri yang kuat di mana sentiasa melakukan amalan agama dan tidak mudah terkesan dengan sebarang pengaruh yang datang dari luar. Tuntasnya, untuk membina penganut agama yang kuat, pilih tempat di mana budaya setempatnya berpandukan kepada ajaran agama. Hal ini kerana budaya setempat mempengaruhi sebanyak mana amalan agama yang dilakukan oleh individu tersebut.