Berdasarkan pada video yang dipaparkan menunjukkan bahawa konsep kesepaduan social adalah berbeza dari konsep perpaduan. Terdapat dua perspektif dalam konsep perpaduan iaitu psikologi social dan antropologi-sosiologi. Kesepaduan sosial merupakan satu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman yang mendalam terhadap perpaduan dan mendorong ahli masyarakat untuk berusaha dalam mencapai makna perpaduan. Ia juga merupakan suatu keadaan yang aman, stabil dan makmur sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Terutama sekali masyarakat berbilang etnik kerana wujudnya kesepaduan sosial yang terbina kuat. Dasar perpaduan nasional di Negara ini adalah berasaskan integrasi, iaitu kesepaduan sosial dan integrasi nasional.
Manakala, perpaduan ialah prosess yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki persaan cinta dan bangga kepada tanah air. Perpaduan juga bermaksud kesamaan atau kesatuan iaitu satu bangsa, satu bahasa dan satu Negara. Konsep perpaduan dapat dilihat dua perspektif yang berbeza. Pertama, psikologi sosial yang membawa maksud rasa kesatuan yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal. Ia juga suatu kajian tentang pengaruh sosial terhadap perilaku manusia dalam merentas pemerintahan fizikal dan psikologikal yang juga meliputi konsep metafizikal. Malahan, menurut antropologi-sosiologi adalah rumusan tentang bagaimana manusia mengurus tentang bagaimana mangurus dan menyusun perbezaan sosial di kalangan mereka.