Rosmiati Ahmad's 7.A1 : Perbincangan 1 - OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
A)Agama Islam Agama islam boleh diberi maksud sebagai seseorang yang menyerahkan diri dan mengikuti perintah Allah s.w.t serta mencontohi Nabi Muhammad s.a.w. Penganut Islam juga perlu bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan-Nya. Kepatuhan ini perlu dibuktikan dengan melaksanakan tanggungjawab contohnya bersembahyang lima waktu dan menunaikan zakat. Sumber ajaran Islam ialah berasaskan kepada Al-Quran dan juga Al-Sunnah. B)Agama Cina Direkodkan bahawa keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia adalah sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Kaum ini dikenali sebagai orang Cina dalam dalam kalangan penduduk Malaysia dan mengekalkan identiti komunitinya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas faktor agama dan budaya. Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik. C)Agama Kristian Berlainan dengan agama yang lain, agama kristian mengekalkan identiti mereka berpandukan kitab Bibble. Kitab Bibble adalah berasal dari bahasa Latin dan Yunani yang bermaksud ‘buku’ kerana bagi mereka Alkitab mereka adalah buku untuk semua orang dan selamanya. Ia mempunyai kelas yang tersendiri termasuk buku undang-undang, buuku-buku sejarah, buku-buku puisi,buku-buku nubuatan, biografi dan surat-surat rasmi. Agama Kristian mempunyai pelbagai jenis tempat beribadat yakni Gereja Katolik, Gereja Protestan, Gereja Ortodoks. Nama tuhan mereka dikenali sebagai Jesus dan difahamkan Dia memenuhi konteks perjanjian lama atas sebab menjalani hidup yang sempurna, meninggal dunia untuk menjadi penyelamat dan daripada kematian. D)Agama Hindu Agama Hindu adalah satu kumpulan adat istiadat,budi pekerti dan gambaran kehidupan orang Hindu. Ia dikenali dengan nama agama Brahma dan wujud sejak awal abad ke 8 S.M . Kitab suci agama Hindu adalah Veda, dan berpandukan Undang-Undang Manu, Mahabharata, Gita, Vasishtha dan Ramayana. Kitab Veda mengandungi kronologi tentang kehidupan bangsa Arya di India pada masa dahulu dan ianya terdiri daripada empat jenis iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Sans Veda dan Athar Veda. Setiap Veda mempunyai empat bahagian iaitu Samhita, Brahman, Aranyaka dan Upanishads. Tuhan mereka dinamakan sebagai Brahma, Vishnu dan Siva atau dikenali sebagai tiga dalam satu. Agama Hindu juga mempunyai sistem kasta dan dibahagikan kepada empat mengikut tugas seperti dalam Peraturan Manu iaitu pertama, Brahman sebagai ketua agama, kedua Kshatriya sebagai perajurit, ketiga Vaishya sebagai bertani dan berniaga dan terakhir Shudra berkhidmat pada ketiga-tiga golongan yang dianggap mulia.   E)Agama Buddha Agama Buddha adalah agama kedua terbesar di Malaysia, Mengikut peratusan taburan penduduk majoriti terdiri daripada Mazhab Buddha Mahayana yang mengamalkan Buddha Theravada. Agama Buddha asalnya muncul daripada akibat penindasan golongan Brahman. Agama Buddha diasaskan oleh Siddhartha Gautama kerana mendapat petunjuk dibawah sepohon pokok di Hutan Urvela. Agama ini menekankan ajaran moral yang jitu iaitu menghormati kehidupan sama ada manusia, tumbuhan dan juga haiwan. Terdapat pelbagai material digunakan dalam upacara keagamaan Buddha dan ianya dipecahkan mengikut agama-agama kecil iaitu “ Tiga Permata atau Triple Gem” bagi Buddha, kedua adalah Dharma bagi ajaran Buddha dan terakhir adalah Sangha khas buat komuniti Buddha. Upacara penyembahan agama ini dilakukan di Tokong, Wat atau dirumah dengan tujuan untuk memohon perlindungan. Perayaan agama Hindu adalah Wasek.      F)Agama Animisme Kepercayaan animisme boleh diintrepetasikan sebagai satu agama dan kepercayaan kepada makhluk halus dan roh. Ia merupakan asas kepercayaan dahulu kala sebelum kedatangan agama-agma lain di dunia. Animisme mengajar penganutnya tiap-tiap benda, baik ianya bernyawa ataupun tidak mempunyai roh. Mereka juga mempercayai bahawa tempat-tempat seperti hutam, gua atau batu besar mempunyai semangat roh dan harus dihormati. Kebanyakan penganut adalah berasal dari kelompok pribumi Sabah dan juga Sarawak.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
Pada pandangan saya sendiri, kepelbagaian agama dan etnik di Malaysia telah memberi pelbagai impak yang positif dalam mengukuhkan perpaduan dan kesepaduan sosial . Sentimen nilai saling bertolak ansur sesama etnik sesungguhnya sangat penting bagi negara yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan kaum, ini kerana apabila sifat masyarakat yang menghormati antara satu sama lain dijiwai, maka ia dapat mengukuhkan kesepaduan sosial antara mereka. Ini secara tidak langsung memberi mereka ruang dan peluang untuk etnik-etnik di Malaysia saling mengenali bahkan berenteraksi antara satu sama lain, ini boleh dilihat apabila etnik melayu boleh hadir ke majlis perayaan tahun baru cina yang diadakan oleh etnik cina ketika perayaan menjelang, etnik india boleh menghadiri majlis perayaan orang melayu dan seterusnya.  Tidak dilupakan penggunaan bahasa melayu sebahai bahasa pengantara dikalangan rakyat Malaysia. Ini akan menyebabkan interaksi antara kaum yang mempunyai bahasa yang berlainan menjadi lebih mudah. Mereka dapat berinteraksi dalam kehidupan seharian dengan baik dan lancar contohnya apabila mereka berinteraksi dalam kegiatan jual beli, pertukaran pendapat oleh pelajar-pelajar di Universiti. Oleh itu, penggunaan bahasa melayu sebagai lingua franca dapat mendekatkan jurang bahasa diantara masyarakat Malaysia.

Comments

Chat