http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3240
https://khairuddinattakirii.wordpress.com/category/info-komuniti/

|
Parti |
PAS |
|
Name Kerusi |
Kuala Nerus |
|
No Kerusi |
P035 |
|
Pusat Perkhidmatan Utama |
11713 Tingkat Atas |
|
Pusat Perkhidmatan Kedua |
Tiada |
|
Alamat Dewan Rakyat |
Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, |
|
Nombor Talian (Rumah/Pejabat) |
Tiada |
|
Nombor Fax (Rumah/Pejabat) |
Tiada |
|
Mobile |
|
|
E-mel |
|
|
Website/Personal Blog |
|
|
|
https://www.facebook.com/DrKhairuddinTakiri https://www.facebook.com/pages/Ustaz-Khairuddin-at-Takiri/106192699447211 |
|
|
Tiada |
Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali merupakan seorang Pendakwah, Pendidik, Ahli Politik & Ahli Perniagaan. Beliau berasal dari Seberang Takir. Bekas Pensyarah UIA 1999 dan Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM 2002-2008. Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan Phd Pengajian Islam di UKM.
Sekarang, beliau diamanahkan sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus (2013) di samping tugas sebagai Pendakwah, Pendidik, Penulis, Aktivis Sosial dan Ahli Perniagaan. Antara falsafah dan kecenderungan politik yang dipegang oleh beliau ialah menawarkan kewarganegaraan kepada penduduk di malaysia yang tiada dokumen dan digelar “tiada status kewarganegaraan”. Mempercepatkan dan menyelesaikan isu mengeluarkan dokumen kewarganegaraan kepada ribuan orang yang tinggal di Malaysia tanpa dokumen tetapi boleh memperolehi testimony lisan/bertulis bersumpah sebagaisokongan.
Selain itu, beliau berjanji untuk mengemaskini sistem pendidikan kebangsaan kepada satu daripada empat (agama, cina, tamil dan melayu). Semua sekolah bawah kerajaan mengamalkan satu sistem pendidikan, tidak kira nisbah pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dengan ada nya jabatan-jabatan bahasa minoriti (Mandarin, Tamil, Iban, Kadazanetc) dan agama. Sekolah-sekolah agama, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, swasta dan antarabangsa boleh diteruskan tanpa peruntukkan kerajaan.
Seterusnya, beliau juga berazam untuk membenteras kegiatan kurang bermoral menerusi pemantauan, penggubalan undang-undang dan pendakwaan. Menyokong kerajaan menerusi agensi-agensinya untuk membenteras kegiatan kurang bermoral menerusi pemantauan, penggubalan undang-undang, dan pendakwaan. [Contoh: Menahan/Memulih lelaki yang “cross-dress” (berpakaian dan bermekap seperti wanita) dan mereka yang beragama Islam meminum arak.