Pada pendapat saya, kita sebagai rakyat Malaysia perlu untuk merasa kesempurnaan dan kebahagiaan, Hal ini disebabkan oleh negara kita yang banyak belajar daripada apa yang pernah berlaku kepada kita. Rakyat Tanah Melayu mempunyai etnik yang pelbagai seperti etnik Melayu, Cina dan India. Segregasi merujuk kepada suatu proses yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan yang lain. Pada zaman pemerintahan penjajah, pelbagai dasar yang telah diperkenalkan, antaranya ialah dasar pecah dan perintah. Konsep segregasi ialah suatu konsep di mana pengasingan dilakukan oleh pihak pemimpin. Pengasingan ini termasuklah dalam segi penempatan, yang mana kaum Melayu ditempatkan di kawasan kampung. Manakala etnik India ditempatkan di kawasan estet. Seterusnya, kaum Cina ditempatkan di kawasan bandar. Selain itu, pengasingan dari segi kemudahan awam dan sekolah. Kaum yang berada di kawasan bandar akan cenderung untuk mendapatkan pelbagai akses dan kemudahan yang disediakan oleh pihak pemimpin pada masa itu, namun ianya bersifat kontra bagi kaum yang tinggal di kawasan pedalaman dan kawasan kampung. Pengasingan melalui persekolahan ialah, kaum cina bersekolah di sekolah cina dan mereka dapat menyambung pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Manakala, kaum Melayu hanya diberikan tahap pendidikan yang rendah, di mana hanya pelajaran yang diberikan hanya berunsurkan pertanian . Hal ini disebakkan oleh, pihak penjajah British mahu mengekalkan ekonomi penduduk Tanah Melayu. Tambahan pula, kaum India hanya diberi pendidikan di sekitar kawasan estet sahaja. Hal ini telah membawa kesan yang negatif kepada perpaduan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negara kita. Pemisahan atau integrasi ini menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain dan peluang mereka untuk saling memahami menjadi semakin terhad. Segregasi boleh bersifat rela dan tanpa rela .Segregasi secara rela ialah merujuk kepada keadaan dalam golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan untuk berada dalam kumpulan mereka sendiri sahaja. Segregasi tanpa rela ialah timbul kerana paksaan daripada pihak yang berkuasa seperti segregasi de jure apabila kerajaan memaksa manusia dengan pelaksana undang-undang seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan.