Muhammad shahmi amsyar bin Abdul aziz's 6.A1 : Refleksi Perjuangan Dato Onn - OpenLearning

          Dato’ Onn Jaafar ialah pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian, meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO. Dato’ Onn Jaafar telah dilahirkan pada tahun 1895.

          Semasa pendudukan Jepun, beliau mula terlibat dalam bidang politik dan perjuangan bangsa Melayu. Pada tahun 1946, British telah menubuhkan Kesatuan Malaya (Malayan Union) tetapi telah ditentang hebat oleh bangsa Melayu kerana Malayan Union diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Dato’ Onn telah bertindak dengan mengadakan Kongres Melayu Sa-Malaya bagi meyatukan orang Melayu untuk menentang Kesatuan Malaya. Wakil-wakil dari 41 Persatuan Melayu telah menghadiri Kongres tersebut yang diadakan dari 1 hingga 3 haribulan Mac tahun 1946. Antara keputusan yang telah dicapai ialah memulaukan Kesatuan Malaya, berkabung selama tujuh hari dan memakai lilitan putih pada songkok oleh setiap ahli. Kemudian, pada 4 Mac 1946, Dato’ Onn bersama-sama beberapa pemimpin Melayu telah bersidang untuk membantah penubuhan Malayan Union yang kemudian membawa kepada penubuhan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malay National Organization) untuk menyatukan bangsa Melayu dalam menentang Kesatuan Malaya secara habis-habisan.

          Pada tahun 1946, Dato’ Onn telah dilantik selaku Yang Di-Pertua UMNO yang pertama. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

 

 

Comments

Chat