Muhammad shahmi amsyar bin Abdul aziz's 6.A2 : Memperkenalkan Ahli Parlimen Anda - OpenLearning

http://dun26bangi.blogspot.my/

Dr. Shafie Abu Bakar adalah seorang ahli politik dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N26 BangiSelangor. Beliau juga adalah bekas seorang Pensyarah dan Profesor Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia. sebelum menyertai politik secara sepenuh masa. Lahir pada 27 Mei 1942 di Paka, Dungun dalam negeri Terengganu Darul Iman. Kini beliau menetap di No. 11, Jalan 1/3K, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Beliau belajar di sekolah agama di Pondok Islahiah, Kuala Berang; Sekolah Melayu Kampung Nyiur, Paka, Terengganu (1949-1955); Sekolah Arab Kuala Berang (1956-1958). Kemudian belajar di Sekolah Menengah Agama (Arab) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan lulus Ibtidai 5 dan Thanawi 9 (1958-1962).

Semasa menjadi guru Sekolah Menengah Agama di Terengganu (1963–1970) Shafie bekerja sambil belajar dan lulus Sijil Rendah Pelajaran (1964), Sijil Pelajaran Malaysia (1966) dan kemudiannya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (1969).

Apabila Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada tahun 1970, Shafie menjadi antara mahasiswa sulungnya. Semasa di UKM, beliau menjadi pengasas Persatuan Mahasiswa UKM (1970-1972). Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Kelas Satu (1974). Beliau juga mendapat Diploma Pendidikan dengan Kepujian dari UKM (1975). Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana Persuratan (1977) dan Doktor Falsafah UKM (1991).

Program "Anda Dihati Kami" sasar 32 buah rumah seminggu.

Sebanyak 32 buah rumah disasarkan untuk diziarahi setiap minggu. Demikian dijelaskan oleh Hj. Rosdi Lokman, Pengarah Program Anda DIhati Kami-Sumbangan Kepada Yang Memerlukan."Program ziarah kebajikan ini dibuat pada setiap hujung minggu. Ada dua sesi iaitu pagi dan petang. Kebanyakkan mereka yang kami ziarahi terdiri dari golongan warga emas, OKU, pesakit kronik dan golongan susah yang memerlukan bantuan," katanya seusai menziarahi Rumah Kebajikan Penyayang Hani,Bangi Villa, Pekan Bangi Lama.
Tindakan susulan seperti mendaftar mereka samada di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Lembaga Zakat Selangor akan dilakukan oleh sukarelawan di 18 buah Pusat Khidmat Masyarakat Setempat (PKMS) yang telahditubuhkan. Sehingga kini sebanyak 13 siri telah berjaya dilaksanakan melibatkan kerja sama Lajnah Kebajikan Pusat Khidmat ADUN Bangi, Dewan Muslimat PAS Serdang, Unit AMAL Malaysia, PKMS dan pemimpin masyarakat tempatan.

 

MASIH RAMAI WARGA EMAS KAUM TIONGHUA BELUM MENDAFTAR SMUE

Masih ramai warga emas terutama kaum­ Tionghua  belum mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas. Pekara ini didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi , Ustaz Shafie Ngah dalam ucapan alu-aluannya sempena Program Jamuan Tahun Baru Cina 2014 di Padang Awam Putra Kajang. Mereka yang mendaftar di bawah skim ini layak menerima sumbangan khairat kematian sebanyak RM2,500. “Bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga emas kerjaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan skim ini tanpa mengira kaum, fahaman politik, jantina dan sosial. Saya menyeru orang ramai terutama warga emas yang hadir pada hari ini untuk mendaftar di Pusat Khidmat ADUN Bangi yang dekat sahaja di sini atau di mana-mana Pusat khidmat Masyarakat Setempat yang berhampiran.” “Berilah peluang kepada kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda,”mengakhiri ucapan beliau.

Terdahulu dari itu Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Meng dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa beliau yakin dan optimis dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor mampu membawa anjakan Pakatan Rakyat ke arah menguasai Putrajaya.

“Pengundi di Kajang akan lebih beruntung sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili mereka dalam plihanraya kecil nanti. Oleh itu saya menyeru mereka yang hadir hari ini memberitahu jiran kita, pengundi di Sungai Chua untuk turut menyokong Pakatan Rakyat (mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim).”

En. Abu Bakar Alias, pengarah program menjelaskan,”Sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini Pejabat ADUN Bangi dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Serdang mengadakan 3 program jamuan di tempat yang berasingan. Putera Kajang, Bukit Mewah dan Pekan Bangi. Sebanyak 500 baucer bernilai RM100 diagihkan kepada warga emas dan orang susah semasa program itu”

Di samping jamuan dan sumbangan baucer dilakukan, kemeriahan lebih terasa dengan pemberian ‘ang pow’ kepada kanak-kanak yang hadir.

 

 

 

Comments

Chat