1. Apakah pandangan anda mengenai aktiviti yang dijalankan oleh JPNIN dalam memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan kanak-kanak tadika?
1. Pada pandangan saya mengenai aktiviti yang dijalankan oleh JPNIN dalam Karnival tunas jiran tersebut adalah salah satu platform yang terbaik dalam memupuk perpaduan kaum di dalam masyarakat bukannya sahaja di daerah tersebut malah menjadi satu contoh yang terbaik dalam negara kita. Menyemarakkan semangat perpaduan diantara berbilang kaum di Malaysia perlukan kerjasama yang padu diantara kaum, bukanlah bergantung hanya pada satu agensi atau badan-badan NGO sahaja tetapi kesedaran yang berterusan itulah yang perlu agar keharmonian ini sentiasa terjaga. Dalam memupuk semangat perpaduan ini haruslah bermula diperingkat bawahan iaitu peringkat awal kanak-kanak, kanak-kanak ini ibarat kain putih yang masih alpa apa itu perpaduan. Bagi mereka bermain bersama itulah keseronokan mereka, waktu inilah kita harus terapkan sikap positif antara berbilang kaum. Tugas kita sebagai ibubapa juga harus bersama membantu dalam memupuk semangat perpaduan ini. Dari sini kanak-kanak akan lebih besikap terbuka dan tidak prejudis terhadap sesuau kaum, pandangan-pandangan negatif yang sering diterapkan pada seawal kanak-kanak ini akan mengakibatkan banyak isu-isu perkauman yang akan mereka timbulkan diusia remaja mereka kelak. Usaha seperti JPNIN ini harus lah dicontohi oleh agensi-agensi lain dan perbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti bersama antara kaum agar kesedaran ini timbul dan dirasaikan bersama.
2. Adakah aktiviti yang dijalankan ini berkesan dalam memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan kanak-kanak tadika?
2) Adakah aktiviti yang dijalankan ini berkesan dalam memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan kanak-kanak tadika? Objektif aktiviti ini dijalankan sememangnya untuk memberi peluang kepada kanak-kanak ini bergaul serta bercampur bersama kaum-kaum yang lain, merasai keseronokan melakukan aktiviti bersama, mengenali antara satu sama lain diantara kaum-kaum disekeliling mereka. Seawal kanak-kanak inilah mudah untuk kita memupuk perpaduan diantara mereka kerana kanak-kanak mudah bergaul dan berkawan dan tidak mengira siapa pun kawan-kawan mereka kerana matlamatya adalah sama iaitu :- - Menyemai dan memupuk semangat mihibah, kejiranan dan perpaduan dikalangan kanak-kanak. - Mengeratkan hubungan serta memupuk perpaduan dikalangan ibu bapa dan masyarakat. -Memperkembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang betul -Menggalakkan kanak-kanak mengamalkan nilai-nilai murni, kerohanian dan moral yang positif -Mengamalkan nilai agama/moral dalam kehidupan harian - Mewujudkan perasan ingin tahu melalui pelbagai deria ke arah pembentukan kognitif, penyelesaian masalah serta meneroka ilmu pengetahuan - Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua -Memperkembangkan konsep kendiri ke arah pembentukan peribadi dan perwatakan yang positif dalam memperkembangkan daya kreatif dan estetika