Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah merupakan Menteri Kewangan II Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen bagi bahagian Tambun di Perak. Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak dan bekerturunan Suku Banjar[1]. Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Fauziah Kamarudin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 , Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan Ahmad Husni menang di Tambun dengan majoriti sebanyak 7,084.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Ahmad Husni menewaskan Dr Khairuddin Abd Malek dari PAS dengan majoriti 17,360. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tambun , negeri Perak. Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 27,942. Calon lawan ialah Mohamad Asri Othman dari PKR, mendapat 22,556 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 927.
Namun begitu, terdapat juga beberapa kontroversi tentang Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, yang mana pada 7 Mac 2010, Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun meminta Ahmad Husni memohon maaf berhubung ucapan perkauman dalam majlis Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang 5 Mac 2010. Pada 3 November 2016, Dato' Seri Husni bersama 2 orang bekas menteri kabinet, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah disabitkan dengan Akta Hasutan 1948 kerana membidas dan mempertikai syarikat sarat hutang, 1MDB.
Tidak terkecuali juga, Dato' Seri Husni telah menjalinkan hubungan yang mesra bersama rakyat. Antaranya mengadakan ‘Program Penerapan Amalan Gaya Hidup Sihat Komuniti Gugusan Manjoi’. Dalam program tersebut, beliau turut mengingatkan hadirin supaya memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan kerana kebanyakan dari kita hanya menyedari nikmat sihat apabila sudah ditimpa sakit.
Selain itu, beliau turut menghadiri perayaan di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan Yuk Choi di Jelapang, yang mana dalam perayaan beliau turut membawa beberapa lagi kawan melayu yang dipercayai lebih mengeratkan hubungan antara kaum. Beliau juga turut mahir dan fasih dalam banyak peribahasa dan kesusasteraan Cina. Dato' Seri Husni merupakan antara ahli parlimen yan paling disegani dan dihormati dalam kalangan rakyat manjoi.