Farah Nursyahirah Binti Mohamad Dahlan's 6.A2 : Memperkenalkan Ahli Parlimen Anda - OpenLearning

Tan Sri Shahrir Abdul Samad merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau juga pernah menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia (PAC) dan kini Ahli Parlimen Johor Bahru. Beliau juga merupakan bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC). Beliau dilahirkan pada 22 November di Kuantan, Pahang. Beliau adalah abang kepada Datuk Seri Khalid Abdul Samad, ahli politik Amanah yang juga merupakan ahli parlimen bagi Shah Alam.

            Beliau pernah meluangkan masa beramah mesra dengan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dan menjelaskan mengenai perkembangan pembangunan di Iskandar Malaysia. Beberapa perkara turut disentuh mengenai peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan dan boleh direbut oleh mahasiswa/i anak Johor USM. Dengan program ini, secara tidak langsung kita dapat tahu mengenai pembangunan etnik di negeri Johor dan banyak peluang pekerjaan yang diterapkan kepada semua etnik-etnik yang bertapak di Johor. Dengan tertubuhnya Iskandar Malaysia, etnik-etnik di Pontian contohnya boleh menjual pelbagai kraftangan hasil buatan dari pelbagai etnik dan etnik di Kg. Senibong boleh memperkenalkan pelbagai jenis masakan yang berbeza dari etnik yang lain. Iskandar Malaysia merupakan transformasi kerajaan negeri Johor untuk pelbagai etnik dan kaum serta negeri itu sendiri. Program ini mendapat sambutan yang baik dari semua etnik dan kaum dalam usaha pembangunan negeri dan pembangunan etnik itu sendiri. 

Comments

Chat