Soalan 1
Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)Pembangunan ekonomi sememangnya berkait rapat dengan hubungan etnik di Malaysia. Hal ini kerana kestabilan sosiopolitik bergantung kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Sesebuah negara itu aman dan makmur sekiranya mempunyai tahap ekonomi yang bagus yang menjadikan kualiti hidup rakyat lebih tinggi dan memberangsangkan. Kekayaan yang dimiliki oleh sesebuah negara itu haruslah diagihkan dengan adil dan saksama kepada setiap etnik yang berada dalam negara untuk mengelakkan daripada berlakunya konflik antara etnik akibat ketidaksamarataan yang diagihkan oleh kerajaan. Berdasarkan video yang telah tersebut, pembangunan ekonomi di Tanah Melayu dapat dipisahkan mengikut kaum iaitu kaum Melayu berorientasikan ekonomi tradisional dan lebih kepada sara diri, manakala masyarakat India pula lebih kepada estet iaitu ladang getah, manakala masyarakat Cina pula lebih kepada perlombongan dan lebih kepada perniagaan di bandar. Dasar Ekonomi baru diperkenalkan bagi mengganti ekonomi tradisional. DEB ini diwujudkan bagi membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat. Matlamat utama DEB ialah untuk membangunkan kawasan tanah untuk perpaduan negara dan pembangunan penduduk melalui dua strategi iaitu golongan yang tidak memiliki tanah dan menyusun semula agensi kerajaan. Strategi ini berperanan untuk menghapuskan perbezaan kelas kaum berdasarkan tempat tinggal dan ekonomi yang telah diperkenalkan oleh penjajah. Ianya bertujuan untuk memperlihatkan kewujudan pelbagai kaum di Malaysia. Selain itu, merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan perbezaan ekonomi antara kaum di samping dapat menjamin pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan pada masa sama cuba mewujudkan keseimbangan antara kaum. Ekonomi pada masa sekarang lebih terbukadan amat mementingkan perpaduan antara kaum di Malaysia di mana setiap sektor pekerjaan adalah terbuka untuk semua kaum. Taraf peluang pekerjaan juga amat adil di mana tiada sebarang sifat ketidakadilan wujud.
Soalan 2
Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.Sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan, kedudukan ekonomi setiap etnik jauh berbeza antara satu sama lain. Hal ini kerana penjajah mengamalkan konsep pecah dan perintah. Setiap etnik telah dipisahkan mengikut penempatan dan bidang ekonomi masing-masing. Oleh yang demikian berlakulah jurang ekonomi yang ketara antara etnik. Lebarnya jurang ini yang menjadi punca utama konflik antara kaun kerana timbul perasaan tidak puas hati dalam etnik masing-masing. Berdasarkan tahun 1970, ekonomi Bumiputera berada pada kedudukan kedua dengan memiliki kekayaan hanya 2.4%. Kaum India memiliki kekayaan paling rendah di mana menunjukkan kedudukan ekonomi yang teruk iaitu hanya 1.1% sahaja manakala ekonomi pada ketika itu dikuasai oleh kaum Cina yang memiliki ekonomi jauh ke hadapan dengan kekayaan sebanyak 27.4%. Daripada peratusan ini dapat dilihat bahawa agihan ekonomi tidak diagihkan secara adil dan saksama. Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru diwujudkan untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan penambahan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Selain itu, DEB ini adalah untuk menyusun masyarakat bagi memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. DEB yang dilaksanakan sehingga hari ini memberi impak yang positif. Dari segi politik, pelaksanaan DEB menyebabkan berlaku hubungan diplomatik antara agensi-agensi yang bersama-sama membangunkan DEB ini. Hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan rakyat dapat dibantu dengan keterlibatan pelbagai agensi yang berada dalam negara ini. Selain itu, dari sudut ekonomi pula, pembangunan negara semakin memberangsangkan, jurang antara entik dan antara masyarakat bandar dan luar bandar semakin menipis. Perkembangan positif ini menyebabkan peratusan berlakunya konflik antara kaum semakin menipis manakala dari segi sosial pula masyarakat mendapat taraf hidup yang lebih baik kerana memperoleh peluang pekerjaan yang lebih terjamin. Tiada lagi wujudnya sektor yang dimonopoli oleh sesuatu etnik. Setiap etnik memperoleh agihan yang sama rata sekaligus menjadikan individu sentiasa berpeluang untuk memajukan diri sendiri.
Soalan 3
Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.1) Dasar Ekonomi Baru (DEB) - Diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Tun Abdul Razak. - Matlamat : a) untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata. b) membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. c) mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi. 2) Dasar Wawasan Negara - Menentukan arah pembangunan negara dalam dekat pertama abad ke-21 - Bertujuan mencapai pertumbuhan mampan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama. - Menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas iaitu DEB dan DPN. - Menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. - Objektif utama : a) Mencapai perpaduan nasional. b) Penyusunan semula masyarakat. c) Pembangunan yang seimbang. 3) Dasar Pembangunan Nasional (DPN) - Bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek seperti berikut : a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama. b) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua. c) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan
Soalan 4
LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.Globalisasi ialah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan oleh kepesatan dan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Kesan globalisasi terhadap ekonomi ialah: Kesan positif : 1) Meningkatkan aliran perdagangan - Aliran perdagangan negara menyebabkan ekonomi negara meningkat. - Defisit perdagangan akan mengecil dan ini membolehkan pendapatan negara meningkat kesan kerjasama perdagangan yang lebih erat. 2) Peningkatan kualiti produk - Pasaran bebas akan menyebabkan kadar tarif barangan dikurangkan atau dihapuskan. - Ini menyebabkan pelbagai produk memenuhi pasaran. - Pengusaha akan cuba meningkatkan kualiti barangan dan dijual pada harga yang lebih murah. Kesan negatif : 1) Penguasaan ekonomi negara oleh Syarikat Multinasional (MNC) - Syarikat asing memiliki modal besar dan teknologi tinggi. - Mereka mampu melakukan manipulasi pasaran sehingga pesaing tempatan gulung tikar. - Pesaing tempatan akan dikuasai MNC melalui penjualan syarikat kecil atau penguasaan saham. 2) Ancaman kepada pengusaha produk tempatan / IKS - Kecenderungan penduduk tempatan menggunakan produk luar yang berjenama sekaligus memberi kesan kepada produk tempatan. - Daya saing yang lemah dalam produk tempatan menyebabkan ia tidak mendapat sambutan di pasaran.