Soalan 1
Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)Berdasarkan video di atas, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi merupakan pemangkin utama dalam kestabilan dan keharmonian sosiopolitik di negara kita. Hal ini membuktikan bahawa pembangunan ekonomi dengan hubungan sesama etnik di Malaysia sangat berkait rapat dengan kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah negara. Ekonomi sebelum merdeka mengamalkan dasar pecah dan perintah di mana kaum Melayu menjadi petani dan tinggal di kawasan kampung, kaum India menjadi peladang dan tinggal di kawasan estet manakala kaum cina menjadi pelombong dan tinggal di kawasan bandar. Hal ini bertujuan untuk memisahkan semua kaum daripada berinteraksi sesama yang lain supaya penjajah pada masa itu dapat mengelakkan penduduk tempatan daripada bersatu-padu dalam mencapai keharmonian antara mereka. Selain itu, sosioekonomi yang baik juga dapat mengurangkan jurang pendapatan antara etnik sebagai contoh, kaum cina mendominasi kekayaan manakala kaum Melayu mendominasi kemiskinan semasa awal kemerdekaan di tanah Melayu. Hal ini dapat menyebabkan isu berbau etnik berpotensi untuk dibangkitkan melalui isu-isu kemiskinan dan ketidakseimbangan ini jika ia gagal ditangani oleh kerajaan. Namun, setelah beberapa dasar dilaksanakan, maka terdapat perubahan dalam ekonomi negara. Setiap kumpulan etnik menikmati peningkatan taraf ekonomi. Selain itu, perbezaan pada masa dahulu dan sekarang dapat dilihat khususnya melalui pekerjaan di mana masyarakat pada masa dahulu menjalankan kegiatan pertanian menggunakan kaedah tradisional manakala pada masa sekarang kaedah moden menjadi pilihan utama disebabkan oleh teknologi yang membangun.
Soalan 2
Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.Berdasarkan video yang telah ditonton, didapati Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 hingga 1990. Ia merupakan sebuah usaha kerajaan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tragedi 13 Mei 1969 dan strategi ke arah pembentukan perpaduan nasional. DEB merangkumi dua objektif, iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi dihapuskan. DEB mempunyai agenda serampang dua mata yang dapat menyatupadukan pelbagai etnik dan merupakan permulaan baharu kepada etnik Melayu untuk bergiat di dalam bidang perdagangan, perindustrian dan perniagaan. Falsafah perpaduan masyarakat ialah falsafah yang menjadi panduan bagi mencapai perpaduan masyarakat ialah pertumbuhan dengan agihan. Perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, budaya dan agama akan dapat dicapai sekiranya perbezaan dan ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat dihapuskan. Matlamatnya adalah untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur masyarakat i Malaysia. DEB merangkumi dua objektif iaitu Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi dihapuskan. DEB mempunyai agenda serampung dua mata iaitu menyatupadukan pelbagai etnik dan permulaan baharu kepada etnik Melayu untuk bergiat di dalam bidang perdagangan, perindustrian dan perniagaan. DEB berpegang kepada prinsip bahawa ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan dan konflik antara etnik dan seterusnya mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.
Soalan 3
Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.Melalui pembentangan video di atas saya dapat menyimpulkan bahawa perpaduan dalam masyarakat amat penting terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik budaya dan agama untuk mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku Hal ini kerana keharmonian hidup antara pelbagai etnik akan menyumbang kepada kestabilan sosiopolitik dalam negara. Negara yang tidak stabil sosiopolitiknya mempunyai kesan negatif terhadap tingkat pelaburan dalam negara tersebut dan akan mengundang pelbagai masalah yang mampu memberi kesan yang buruk kepada negara. Kemerosotan pelaburan akan memberi kesan ke atas pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Jadi, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi amat berkait rapat dengan kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah negara. Dalam usaha mencapai keharmonian hidup antara pelbagai etnik dan kestabilan politik, kekayaan negara perlu diagihkan secara adil dan saksama demi mengekalkan perpaduan. Di Malaysia, pertumbuhan dengan agihan menjadi pegangan dan panduan dalam Dasar Ekonomi Baru serta matlamat teras serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan dan menstruktur masyarakat diteruskan dan dikekalkan dalam dasar- dasar pembangunan negara yang akan datang iaitu Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Nasional. Namun, agihan yang dimaksudkan dalam falsafah pertumbuhan dengan agihan adalah berpusat kepada agihan antara etnik. Falsafah ini mengambil kira sekiranya perbezaan dan ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat dihapuskan, maka perpaduan dalam masyarakat akan dapat dicapai. Kesimpulannya, di sebalik pertumbuhan ekonomi negara dan kejayaan mengurangkan kemiskinan, terdapat perkembangan yang mendadak. Namun pelaksanaan agihan pula dalam keadaan tertentu memberi kesan yang negatif kepada pertumbuhan ekonomi, ditambah dalam keadaan ekonomi Malaysia kini yang semakin terbuka akan melemahkan keupayaan kerajaan bagi melaksanakan agihan dengan lebih tegas dan saksama.
Soalan 4
LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.Berdasarkan video tersebut, saya dapati Tun Abdul Razak iaitu perdana menteri Malaysia pada masa itu telah menyelesaikan masalah ketidakseimbangan ekonomi antara kaum-kaum di Malaysia pada ketika itu. Dasar ekonomi baru telah diaplikasikan kepada masyarakat Malaysia. Dasar ekonomi baru inilah yang menwujudkan Malaysia pada hari ini. Dasar ini mendedahkan orang di luar Bandar tentang ekonomi-ekonomi. Seterusnya, Orang di luar bandar juga diberikan pengetahuan untuk memudahkan mereka menjalankan pekerjaan masing-masing. Dengan ini, ketidakseimbang yang wujud sebelum dasar ekonomi baru telah dikurangkan. Kesalahfaham dan ketidakselesaan anatara kaum telah dikurangkan dengan ini. Internet yang diperkenalkan di Malaysia pada mulanya tidak menerima sambutan yang ramai dari masyarakat Malaysia kerana masyarakat Malaysia lebih focus kepada kesan negatif. Tetapi Dato’ Tun Mahathir menyatakan bahawa kita sebagai satu negara bukan dengan cara menyekat ilmu daripada mengalir tetapi kita harus mendidik masyarakat untuk menghadapi cabaran globalisasi. Ini adalah salah satu contoh globilasasi. Akhir kata, dasar ekonomi baru memang mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di Malaysia.